Kawan-kawan kakcik

Isnin, 29 Oktober 2012

Buat apa tadi?...

Bila bercuti, sekejap sangat rasanya masa berlalu.

Jam 5.00 pagi, keluar ke LCCT hantar adik angkat dan anak-anaknya yang hendak pulang ke Johor.

Balik dari LCCT, sampai di rumah jam 6.45 pagi.  Jam 7.15 keluar ke Taman Bukit Anggerik, Cheras hantar anak angkat yang ada program Qurban di Bangunan Telekom Malaysia.  Sempat sesat sekejap.

Jam 8.40 keluar pula hantar adik kepada adik ipar ke Stesyen LRT Chempaka.  Dia masuk kerja jam 9.30 di Jalan Ipoh.  Balik dari Stesyen LRT, singgah ke Tesco Ampang bersama suami, adik, adik ipar dan anak buah untuk beli sedikit baang keperluan (sedikit tak sedikit pun, jangan harap bayarannya di bawah paras kemiskinan RM100.00!  Kemudian sarapan dulu sebelum balik.  Tengok jam sekarang dah pun 11.00 pagi.  Mata mengantuk tapi tak sedap pulak nak biarkan adik ipar masak sendirian...

Malam tadi sempat ke Nilai untuk beli langsir dan hamparan.  Balik dah pukul 10.30, sempat lagi sembang-sembang dengan adik dan anak angkat sebelum melelapkan mata.

Sebelum itu tengaharinya, naik sekejap ke Bukit Tinggi, Pahang ambil adik dan anak angkat yang menginap semalaman di sana.

Semalam juga adalah hari adik-beradik kesemua sekali berkumpul di rumah kecilku ini.

Nak tidur sekejap sekarang boleh tak?

29 ulasan:

  1. Tidurlah kak cik.... Rehatkan badan....... :)

    BalasPadam
  2. padatnya jadual kacik tadi.
    skrg apasalah nak lelapkan mata sekejap kan :D

    BalasPadam
  3. Penatlah kakak bayangkan kakcik punya ligat. Kena tidurlah sekejap kakcik bagi rehat..

    BalasPadam
  4. kak cik perlu berehat sure bdn penat...

    BalasPadam
  5. waduh! bz ngalahkan menteri!
    tido lawahai permaizuri...

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum Kak Cik

    beradu sekejap tak pa....jaga kesihatan

    BalasPadam
  7. Betul tu...bila kita cuti, waktu sehari 24 jam tu terasa cepat sgt berlalu ;)

    BalasPadam
  8. tidurlah kakcik.. rehat sekejap.. ;)

    BalasPadam
  9. rest kakak .. sama macam saya .. rest2 kena masak bagai jugak huhuh

    BalasPadam
  10. assalamualaikum kakcik...sibuk juga kakcik ni yer..:)

    BalasPadam
  11. busy nye kak cik.. jgn lupa rehat kan diri.

    BalasPadam
  12. lega rasanya dapat selesaikan pelbagai urusan keluarga..lepas tu senang hati boleh lelop..

    BalasPadam
  13. Amboi kakcik... ke sana sini menghantaq, mengambik dan membeli...
    Makchaq pun terasa penatnya... tidur la kakcik rehatkan badan...

    BalasPadam
  14. kalah PM camni.mmg sibuk sungguh kakcik.

    BalasPadam
  15. wah akak full jadual tu ha. takpe tetamu datang bawak balik dosa2 kecil kita...

    BalasPadam
  16. Ulang alik sekitar KL tu ampun lagi. Tapi kalu sampai ke Bukit Tinggi... phiewww!

    BalasPadam
  17. jauhnya akak berjalan..
    tapi dapat berkumpul bersama tu yang seronok tu..

    BalasPadam
  18. wah..pasti meriah bila adik beradik berkumpul tu kan...hehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com