Kawan-kawan kakcik

Khamis, 4 Oktober 2012

Bila perasaan tidak keruan...

... tak pasal-pasal mesin pengeluaran wang kena maki kerana
menyangkakan wang dikeluarkan hanya separuh dari yang dipinta!
(selalunya yang keluar wang kertas RM10 dan RM50 saja)
Tiba di pejabat, jengah ke tempat mengambil kunci.  Perasan macam dah ada yang mengambilnya, terus saja naik.  Keluar lif, nampak pintu tertutup rapat!  Baru nak turun semula, nampak boss sampai dengan membawa kunci (memang kami berdua selalu 'berlumba' mengambil kunci itu).  Boss pun pelik tengok aku yang naik tanpa mengambil kunci... hmmmm...

Kasih sayang Ilahi tiada batasannya.  Saat dalam kekusutan pun,
diberikannya sedikit kegembiraan bila sarapanku pagi tadi dibiayai
sepenuhnya oleh seorang kawan lama tanpa kuduga.  Bukan setakat
laksam ini, malahan dia juga membayarkan harga dua biji karipap,
milo panas dan akhbar Harian Metro yang kuambil. Aku ambil
bukan sebab tahu ada yang akan membayar!


Syukur juga bila di tengahari, masih ada lagi yang mahu membelanjaku
makan.  Kalau hari-hari macam ini, mahulah nanti aku terpaksa
berabaya sepanjang masa gara-gara kain yang dipakai tak muat lagi!

Inilah adikku yang membelanja makan tengahariku.  Terima kasih Ummie.

36 ulasan:

  1. hehehe..kakcik..saya pun pernah sangka mamak pulangkan balance tak cukup sbb tak perasan note rm20 tu..hihi..

    BalasPadam
  2. heheheh ...sukanya ... ada org belanja.

    Saya pun ada org belanja gak hari ni

    Chik Att

    BalasPadam
  3. Syukur, Alhamdulillah. Nikmat Allah tidak pernah lupus..

    BalasPadam
  4. saya simpan rm 20, sebab pelanggan saya asyik sangka ayu pulangkan tak cukup RM.. hahahha..

    tak apa, masih baru.. esok2 pasti okey


    PS: baiknya ummie. thanks belanja kakak saya

    BalasPadam
  5. sedapnya laksam...lama tak mkn...=)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah..murah rezeki kak chik arini :)

    BalasPadam
  7. MURAH REZEKI KAK CIK..ALHAMDULILLAH
    SEMOGA ADIK KAK CIK DI LIMPAHKAN REZEKI JUGA..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah. tak lama lg anak mak ni pun dh kena simpan semua baju kurung n jeans! dah sendat.....! kt mana nk bli abaya murah? ahaha

    BalasPadam
  9. percaya tak shima baru jumpa sekeping hihihi...
    Murah rzeki kakcik

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, rezeki hari ini. Sedapnya laksam. Dah lama tak pekena laksam.

    BalasPadam
  11. qema terkena dgn duit syiling 50sen yang baru tu kan kecil , ingat 20sen siap p tanya tu huhuhu malu

    BalasPadam
  12. alahai..tetiba gambar laksam plk keluar..slurrpp..

    BalasPadam
  13. hahaa..tk psl2 kena maki mesin atm tu gara2 wang kertas rm20 tu..

    BalasPadam
  14. Betul la kakcik, duit rm20 tu selalu tersilap ngan rm10..Tapi nampaknya bukan main meriah lunch! hahahahaha

    BalasPadam
  15. Rezeki ALLAH...nampak kecik tapi itulah rezeki...

    BalasPadam
  16. sedapnyer laksam tu kak terliur pulak raser...murah rezeki akak pagi dan tengahari ader yang belanjer

    BalasPadam
  17. Lama tak makan laksam, juga lama tak pi Tangling!!

    BalasPadam
  18. okey la tu kakcik..alhamdulillah...murah rezeki.

    bukan penggemar laksam, tapi kalau orang belanja....takkan nak tunggu lagi..hehe

    BalasPadam
  19. salam kak cik.Alhamdulilah,murah rezeki kak cik...ramai yg nak belanja.laksam?xpernah makan tp nampak sedap tu..nanti leh cuba :)

    BalasPadam
  20. wah bestnye ade org belanja mkn...murah rezeki namanye tu...

    kena biasekan semula penggunaan rm20 tu kan..hihi

    BalasPadam
  21. syukur alhamdulillah, rezeki tu kakcik orang dah belanja... pasal duit rm20 tu kan, saya pun selalu macam terkedu jugak, ingatkan orang bagi rm10

    BalasPadam
  22. dalam kecelaruan perasaan tetap diberikan sedikit kenikmatan kan? bab duit ERM20 tu saya biasa kena kakcik. bayar RM20 penjual kata tak cuku plus pulang baki sikit. bila kata RM20 tu baru la dia orang tengok semula.

    BalasPadam
  23. sedapnya kak cik, alahai selagi boleh mkn ni kita rasa jelah kak cik

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com