Kawan-kawan kakcik

Selasa, 28 Ogos 2012

Sudah 10 Syawal, masih ramai yang belum memulakan perniagaan...

Mungkin untung berjualan di bulan Ramadhan dulu belum habis digunakan, kot...

Lengang sahaja tapak niaga yang disediakan (jangan tanya kakcik
di mana gambar ini kakcik rakamkan, ya?)
Rekabentuk tudung yang hampir sama dengan jenama terkenal.  Walaupun
harganya mungkin jauh lebih murah, tapi kakcik tidak berminat untuk memakainya.
Dua helai tudung yang kakcik beli.  Setiap satu hanya berharga RM10.00 sahaja.

12 biji pau segera yang berharga RM11.00
  Bolehlah dikukus dan dimakan untuk berbuka nanti.
3 paket makanan sejuk beku = RM10.00 (cucur badak/cek mek molek/sardin gulung)
Saja-saja kakcik rakam gambar ini.  Pengagihan makanan untuk
mereka (agak kakcik mereka adalah murid-murid sekolah) yang
menyertai raptai perhimpunan sempena sambutan kemerdekaan.

Tempat membuang sampah telah disediakan.  Pandai-pandailah memanfaatkannya, ya?


23 ulasan:

  1. saya degil..

    kak ..
    kat mana tu kak..?

    heheheheee

    BalasPadam
  2. Rm10 pun cantik jugak kak cik. Asal kita suka dan sesuai serta menutup aurat itu yg penting.

    BalasPadam
  3. saya takbolehpakai tudung ekspress! hehehe!

    BalasPadam
  4. tudung tu pun cheqna tak berminat nak pakai..cantik memang cantik tapi bagi cheqna..agak singkat...takpelah tak up to date pun....janji cantik di sisi Allah =)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    saya tak reti berpesen tudung segala...lambat! leceh jugak nak bukak 2-3 kali sehari ;)

    Kalau saya beli jugak tudung tu maknanya untuk anak buah sekolah rendah ----> masih menutup aurat utk dia, tapi kufur nikmatlah pulak sebab harganya mahai bebenor untuk budak kecik pakai ;)

    BalasPadam
  6. malam tadi puas carik tempat makan, restoran yg slalu makan pun xbukak lagi. masih beraya di Kelantan agaknya..
    saya ok je tudung camtu tapi takdela membeli byk sgt takat 3/4 helai je. sbb pikir tudung ni kalau leh nak pakai lama. sampai masa, kita rasa dah tak sesuai lak nak pakai tudung sebegitu.

    BalasPadam
  7. Ramai peniaga yg masih bercuti lagi mungkin 2 minggu kut.. iyelah sebelum raya dah pulun keja kan skrg time rehat laa plak.

    Nampak sedap je tgk pau tuh..

    BalasPadam
  8. haah...semalam nk berbuka kat kedai yang biasa kitorg makan sebelum bulan puasa...tapi xbuka...terpaksa lew cr kedai lain....

    BalasPadam
  9. betul lah..lama benor dorang nk on bisnes..kedai mamak bersepah lah bukak..

    iskhh..tong sampah dh dekat pun ade lagi mangkuk2 buang tak tentu hala gitu..pencemaran mata ku..

    BalasPadam
  10. semua tgh mood raya lagi tu kak chik... ^_~

    BalasPadam
  11. aah mood raya lagi nie akk
    ekeke
    tmpt saya dah ada yg buka , cuma dua tiga gerai masih tutup .. ;))

    BalasPadam
  12. hari ni depan umah saya ni pasar malaam, pun samo gak ramai yang tak meniaga, saya pun heran, lame beno cuti nyer pun

    BalasPadam
  13. agaknya nak beraya puas2 dulu kot..hehehe

    BalasPadam
  14. tapi lemang dan rendang yang IM beli semalam masih lagi seperti harga sebelum Hari Raya.

    Teringin punya pasal, beli juga dan kualitinya tidak menghampakan!

    BalasPadam
  15. khik3 cam kenal je tempat nie...patut la cam kenal jek kak cik nie...hehehe

    BalasPadam
  16. semalam teringin nak makan pisang goreng kat tetengah bandar PJ ni tapi makcik tu tak meniaga lagi.. masih dalam mood raya lagi agaknya..

    BalasPadam
  17. kak cik...dah 2 hari lynn tak makan tengahari..kedai makan semua tutp.yg ada kedai mamak kaw2 je yg buka..orang punyalah ramai..hari ni langsung bawa bekal nasi goreng mak..lega..tak yah pening2 cari makanan tengahari..semua masih beraya lagi..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com