Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Ogos 2012

Rayaku satu ketika dulu...

sudah cukup bangga
bila dapat berkasut BATA
berbaju baru walaupun ala boria
dapat pula sekupang dua
dari mereka yang murah hatinya

bila sudah meningkat remaja
bersama kawan-kawan bersukaria
setakat berjalan ke rumah guru sahaja
balik ke rumah sebelum senja

tengok wayang di hari raya
jangan harap pergi bersama rakan sebaya
pastinya bersama ibu tidaklah segan pula
janji dapat keluar dari desa

anak-anak sekarang??
semoga tetap 'menjadi anak kita'
yang tidak mendahulukan kawan-kawan
berbanding ibubapa mereka
ngeri rasanya membaca pelbagai kisah
yang di luar jangkauan pemikiran
 berlaku di sekeliling kita

16 ulasan:

  1. manisnya kenangan raya suatu ketika dulu

    selamat hari raya kakcik

    BalasPadam
  2. raya masa zaman kanak2 jugak yang best kan kakcik :)

    BalasPadam
  3. Sewaktu kecil Dahulu bila beraya
    Kasut Bata pun ayah tak mampu beli
    beraya hanya berselipar sahaja
    Tapi hati tetap gembira

    Anak2 sekarang baju ada jenama
    Pandai pula memilih apa yg mereka suka
    Mak Ayah lah yg tak berbaju baru segala
    Janji keperluan anak2 terlaksana

    Semoga Anak2 kita tidak meminggirkan kita nnt kan kakcik...

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya buat kakcik & family.

    BalasPadam
  5. itu la ragam anak2 sekarang..dulu beraya dari diri sendiri ke adik bongsu semua kain kapas kaler dan corak sama..kasut pun...la ni...kasut kena sama ngan kaler baju..kalau 5 pasang baju..x kan 5 pasang kasut kan...anak2..

    BalasPadam
  6. semoga anak2 kita sentiasa di lindungi
    dan x lupa akan semua ajaran kita kan akk ;)

    BalasPadam
  7. Batul tu kak. saya pun risau dengan anak anak zaman sekarang ni. suka bangkang cakap mak ayah. mintak mintak dijauhkan lah ye.

    akak, selamat hari raya aidilfitri. maaf la kalau ada kesilapan di sepanjang perkenalan kita ek.

    BalasPadam
  8. adat dan adab yg mula hilang... sedih

    Selamat Hari Raya Kakcik

    BalasPadam
  9. betul, ngeri baca kisah budak2 skrg, raya time budak2 dulu jugak ye best

    bila dah remaja, kemain lg berdondon2 dgn kawan2 hehe

    selamat hari raya kakcik, maaf zahir batin, terkasar bahasa, terlebih komen

    BalasPadam
  10. betul tu kak...

    saya dulu kalau beraya mesti dengan family... walaupun kete tu dah sempit, tetap jugak nak menyelit.. kira ratu menyelitlah masa zaman kanak2 dulu...

    BalasPadam
  11. Cabaran membesarkan anak zaman sekarang ni lagi besar. Kena betul-betul jaga dan belajar nak jadi ibu bapa.
    Selamat Hari Raya Kak =)

    BalasPadam
  12. Kongkongan ibu bapa dulu2 membentuk kita menjadi insan. Kesusahan kita dulu-dulu kadang2 membuatkan kita hendak memberi apa yang kita tidak pernah dapat dahu kerana kita mengerti apa itu kecewa sekiranya permintaan tidak tertunai.

    Insyaallah...kita mendidik dengan acuan kita moga2 acuan itu tidak pecah atau sompek.

    Alhamdulillah kak cik sudah menmpakkan hasilnya, Aina pulak masih jauh perjalanannya. Takut2 sekiranya lain di harap lain pulak yang dapat.

    BalasPadam
  13. Lupa pulak...

    Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

    Kekadang maksut tersirat tidak sama dengan tersurat, andai ada maaf ye kak.

    BalasPadam
  14. zaman sekarang pun org masih gigih gi wayang masa hari raya kakcik...hehehehe

    BalasPadam
  15. Ye kakcik..kak cik yang mendengar dah terasa seramnya..inikan pulak lynn yg mengadap pelbagai salah laku mereka.Nauzubillah..moga anak kita semua terpelihara..Selamat ari raya kakcik..lynn da cuti esok..Maaf zahin batin

    BalasPadam
  16. moga dijauhkan..

    psstt: cuti raya dah lulus.. blog pun terpaksa diluluskan cutinye selama seminggu..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.