Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Julai 2012

Tiba-tiba kakcik rasa rindu...

Rindu pada nasi lemak yang emak masak - dengan sambal bilis dan timunnya.  Dibungkus dengan daun pisang hingga menerbitkan bau yang wangi.

Rindu juga nasi panas yang dibungkus bersama sambal bilis tapi lebih banyak bawang besar dan ikan gelama masam yang digoreng.  Pembungkusnya daun pisang juga. Waktu bersekolah, tak segan-segan bawa bekal bersama teh o yang dah sejuk.  Kadang-kadang bawa bekal bubur kacang.  Masih boleh berkongsi makan dengan kawan-kawan.

Wang saku atau disebut duit belanja, hanya 10 atau 15sen.  Bila bawa 20 atau 50sen (jarang sangat dapat berbelanja begitu, kecuali apabila dah masuk ke sekolah menengah dan kakcik mendapat biasiswa) mulalah rasa macam pipit yang mendapat bulu merak! (eh... pipit tak tahu apa-apalah... kenapa nak libatkan dia sama?)

Bila pergi berkelah, selain sambal bilis yang wajib ada mesti telur rebus.  Sampai pergi rombongan ke Pulau Pinang pun bawa telur rebus.

Tapi anak-anak sekarang, disuruh bawa bekal bagaikan menjatuhkan hukuman ke atas mereka (maaf, kakcik tak kata anak orang lain, tapi anak-anak kakcik sendiri).  Mahu tak mahu bagi sahajalah duit supaya mereka boleh beli apa yang mereka hendak makan.  Jumlahnya?  Setakat RM3.00 hanya habis di kantin sekolah sahaja - belum lagi pergi rombongan!

43 ulasan:

  1. samalah dengan anak2 saya .. mungkin mereka berpakat kot.

    BalasPadam
  2. sy bl balik kg....mak sll bekalkan nasi tuk mkn ms bas bhenti... memula malu sangat sbb kita dah tua tua ni bawak bekal....rasa mcm smua tgk bila buka bekal tu mkn kat tempat bas bhenti... rasa semua mata tgk... ya... sy malu!!! tp bila ingatkan mak yg buat smua tu... bangun pepagi tuk sediakan bekal tu.... ya Allah... berdosanya!!!
    sekarang sy bangga sgt nk ckp nga smua org kalau tgh makan bekal... mak aku buat okayh...ko ado????

    BalasPadam
  3. dulu tak sma dgn skg ni kak,skg ni budak2 lebih advance..bukan nak kata tapi mmg itu kenyataannya..

    BalasPadam
  4. bila dah dewasa nanti baru dia tahu nilainya bekal seorang ibu tu kakcik

    BalasPadam
  5. betul kak, anak saya pun camtu, ada harinya tergedik2 sgt nak bwk bekal, ada harinya, malas sgt nak bwk, puas paksa pun tak nak bwk. gerammmmm

    BalasPadam
  6. masa sy kecik dulu, mak bg duit belanja ikut harga mknan utama yg jual kat skolah..kalau nasi lemak 3posen ngn air 2posen, mak bg 5posen je..kt skolah agama xde kantin, mak bg 2p0sen je buat beli eskrem, makcik sebelah surau jual..hihi...rindu la! :)

    BalasPadam
  7. jangan kata anak2 je..kalau tengok di ofis ni pun bila kita bawak bekal orang pandang macam kita nak takde duit nak makan dikedai.. hairan sungguh kan..

    BalasPadam
  8. betoi.. betoi... setuju.. dulu kita bawak bekal macam hebatjerkan.. nak bukak sekolah dapat beli satu bekas baru bangga giler... ah rindunyer saat itu

    BalasPadam
  9. Rindu juge dengan aroma nasi lemak daun pisang emak saya..
    kakcik..setuju sangat dengan pesanan somi kakcik kat atas tu...

    BalasPadam
  10. Dulu mak sy rajin bt nasi lemak bungkus daun pisang nie.

    BalasPadam
  11. Nilai duit dah berbeza.. makchaq dulu suka bawak bekal nak jimat duit
    Anak2 makchaq pulak suka bawak bekal sebab malas nak beratur kat kantin, tapi mak dia pulak kadang2 malas nak siapkan..

    BalasPadam
  12. saya lak malas nak buatkan bekal untuk anak... huhu..

    BalasPadam
  13. sampai sekarang masih bungkus nasik lemak yg mak sy buat tetiap pagi gi opis...

    BalasPadam
  14. sama seperti anak2 iols – tak berapa nak bawak bekal… along lah terutamanya…
    si adik kalo bawak pun – tak berbukak langsung tupperware nya – sama macam mula diletak kat dalam beg tu di pagi hari….
    So terpaksa lah beri duit belanja… tak sikit lah kak….
    si kakak enam ringgit sehari – adik plak empat ringgit sehari untuk dua waktu sekolah… – sekolah pagi dan SAR waktu petang…

    BalasPadam
  15. Suka bwk bekal zaman sekolah!
    Dah kawen mula2 je bwkkan bekal utk suami, lama2 agak suah sikit sebab cara kerja suami. Dia sendiri kata tamo bekal. Just bekal air aje satu botol mineral.

    Sedapnya nasi lemak...

    BalasPadam
  16. yna masa sekolah dulu pun malu nak bawak bekal..heheh..tp bawak duit pun 50sen jer ms sekolah rendah..sekolah menengah seringgit..kat sekolah pun tak makan..sampai hujung minggu duit kumpul tu keluar dengan kawan2 pergi makan kat kedai mee celup n abc pulut tapai..hehe

    BalasPadam
  17. tingat zaman sekolah...rietta bwk bekal juga...air masak jew...tapi wajib bawa...masa sesi ptg, mak ketuk ais kecil2 masuk bekas, supaya waktu rehat, ais jadi jadi air sejuk....

    BalasPadam
  18. anak saya pon tak mo bawak bekal gi sekolah..

    malas..

    BalasPadam
  19. saya bawak duit RM1. nasi goreng kicap 70sen dan air sirap 30sen...

    BalasPadam
  20. sama lah kakcik... dana pun rindu masakan mak... nasi lemak, bau nyer sedap sgt lain yg di buat sndiri, ngn kedai pun jauh sekali...
    bdk zmn sekarang malu nk bwk bekal...tp dana suke sgt tgk adik2 ipar dana...sume pg sekolah or kerja bwk bekal... hari2... bgs betul

    BalasPadam
  21. Oooo... ingatkan anak kami je yg macam tu....rupanya masalah sejagat dah ni.... haaa3x... gitulah anak2x sekarang...

    BalasPadam
  22. Samalah kakcik dgn anak2 saya..yg kecil tu masih mahu bawa bekal...yg dah menengah ni tak mahu..malu katanya...saya dulu tak sabar2 nak tunggu waktu rehat..nak makan bekal yg mak masak..padahal lauknya cuma lebihan makan malam...

    BalasPadam
  23. risya yg baru darjah 1 ni pon penah juga tak nak bawa bekal..katanya nk beli-beli dekat kantin..tp lps sy terangkan kenapa kena bawa bekal br dia nk bawa..x tahula nnt dh sekolah menengah mesti nk protes je kejenya huhu

    BalasPadam
  24. teringin nak makan jugak kak.. :) aduhhhhh lapa pulak ni...

    BalasPadam
  25. teringat nasi lemak yang mak beli masa kita gathering..sedap!

    BalasPadam
  26. anak2 kita jarang beli air di kantin sekolah..
    hari2 diorg mmg bawak air msak..

    kita bagi duit belanja RM1.70 jek kat depa sehari.. cukup utk beli makanan...
    kalau ada kokorikulum..baru kasi RM3.00..

    *makanan kat kantin sekolah depa lebih kurang harga di jugak...

    BalasPadam
  27. setakat ni dak Kakak takde masalah kalau bawak bekal.. siap share dgn kawan2.. tapi takdelah hari2 ikut mood dialah..

    BalasPadam
  28. kakcik, saya masa sekolah dulu pun malu bawak bekal..takut kawan2 ejek anak manja mak. tapi dah dewasa macam ni, pergi office boleh dikatakan kerap sangat bawak bekal, walaupun bukan tiap2 hari. bersih, jimat.. :-)

    BalasPadam
  29. saya dulu bawa 30 sen je kak
    waktu balik sekolah simpan 5 sen untuk beli ais krim.
    Saya cerita kat anak2 saya...dia org senyum je.
    Ais krim sekarang dah belas2 ringgit...bila anak2 nak beli Tutti frutti...saya mulalah story kisah saya zaman dulu...hihi

    BalasPadam
  30. zaman saya mak bagi 20sen. paling banyak 30 sen. bawak bekal syok tp mmg lagi syok beli kat kantin. bukan malu dgn bekal tapi rasa kaya mampu beli kat kantin.. boleh camtu?

    BalasPadam
  31. Zaman saya belanja mak bagi 20sen buat main kutu ,akhirnya dpt beli basikal..
    Mak bekalkan cucur bawang ikan bilis,bawa air sirap cap rose tu simpan sampai ptg kalau ada sukan..

    BalasPadam
  32. teringat gua kat mak gua bila baca n 3ni...ok kak cik gua nak tepon mak

    BalasPadam
  33. teringat mak jugak... bekal pun suka...sekarang kalau gi opis ada bekal bawak jer...

    BalasPadam
  34. Zaman saya sekolah rendah dulu kalau bawak 5 kupang pi sekolah tu masuk kategori kaya dah tu, kehkehkeh! La ni dah tua pun dok bawak bekai pi keja pasai merajuk dengan orang kantin :p

    BalasPadam
  35. tu lah kan akk
    sib baik lagi lahh anak2 saya ok layie bawak bekal
    tapi x tahulah kalau dah besar nanti ekeke ;)

    BalasPadam
  36. saya bekal kan anak2... sbb citer kat depa kesan baik buruk nya... kalo emergency baru kasi duit...

    BalasPadam
  37. Salam..

    Entri Kakcik ni membuatkan saya terasa nak balik kg..

    Anak2 zaman sekarang sangat berbeza.. Ibu bapa kena banyak memainkan peranan dan sentiasa menasihati mereka..

    BalasPadam
  38. As salam Kakcik,

    Alamak, kakcik terbayang-bayang nasi lemak daun pisang yg wangi & sedap itu! hiks...

    Sy suka kalau anak bwk bekal yg saya msk... Kat sini nnt kalau Iman pergi school mmg wajiblah sy masak! Klau x nak mamam apa lak die nnt kan...

    Skrg semua dah tak sama, mereka lebih selesa makan dikantin bersama kwn2... Susah jgk nak bentuk mereka ni ikut cara kite kan...

    Dulu ms sekolah sy belanja RM1 je 1 hari ms sekolah menengah... skrg brg pun dah mahal kan...baca komen2 kat atas tu, sedikit sbyk membantu juga... Ish, suka benor komen pjg2...errrk...

    BalasPadam
  39. saya pun suka kalau anak2 bawak bekal ke sekolah. mmg plan nak train dia orang jugak nnt. tp betul la jugak. zaman berubah. mmg anak2 tak berapa nak sangat bawak bekal keciuali kalau dia orang yang nak. saya dulu pun tak bawak bekal jugak. kadang2 mkn kat sekolah je sbb tak sempat mkn kat rumah. mcm ni la kalau besar dengan kakak dan ayah. huhuhu...

    BalasPadam
  40. pertama sekali bila akak menyentuh pasal masakan ibu.... dalam kepala dah mula terfikir2 nak cari cuti hujung minggu nak balik kampung pada awal puasa nie.... hihihi, rindu jugak.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com