Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 Jun 2012

Ustaz Zulkarnain kata apa?...

Waktu ini Ustaz belum tiba.  Agaknya kaum Adam kian pupus kerana
kerusi 'di sebelah sana' kelihatan banyak yang kosong.
Ada skrin besar untuk yang kurang nampak

Untuk gambar yang kabur ini, sila salahkan kamera kakcik!


Sebenarnya kakcik tak tunggu hingga habis program yang agak lewat bermula itu tadi.  Sebabnya, kakcik dan suami ke Hospital Sungai Buloh untuk menziarahi Aiman.

Antara yang kakcik ingat tadi, Ustaz kata :

i)  Wanita dijadikan dengan perasaan malu.  Tapi wanita sekarang telah banyak yang hilang rasa malu.  Tidak malu hendak mendekati lelaki, termasuk ustaz.  Sanggup 'menghimpit' untuk bergambar dan sebagainya.

ii)  Wanita yang dalam edah, adalah masih hak suaminya kerana mereka boleh rujuk pada bila-bila masa (dalam waktu edah).  Jadi, adalah haram untuk lelaki lain cuba 'mendekati' wanita itu - sama ada untuk berkenalan atau pun untuk meminang.

iii)  Wanita yang baru kematian suami, janganlah bersolek dan berhias serta keluar rumah tanpa keperluan seperti keluar bekerja, ke kedai/pasar atau menghantar anak ke sekolah.

iv)  Haram hukumnya membeza-bezakan tetamu di majlis perkahwinan.  Contohnya, untuk tetamu 'utama' diberikan cenderahati yang mahal dan untuk tetamu lain diberikan buah tangan yang biasa-biasa sahaja.

v)  Cabaran untuk mereka yang terlibat dalam bidang dakwah adalah sangat hebat.  Sedangkan Rasulullah lagikan diuji, inikan pula manusia biasa. Hendak memanggil orang datang ke kuliah agama yang diberikan secara percuma pun sukar mendapat sambutan.

vi)  Pelbagai rancangan hiburan/realiti adalah agenda untuk melalaikan umat Islam.

Bila ustaz mengalunkan ayat-ayat suci Al-Qur'an beserta terjemahannya, Subhanallah, meremang bulu roma kakcik.  Terasa meresap hingga ke sudut hati.

11 ulasan:

  1. mmg terbaekk kalo ader ceramah gini..sy pon rjin p dgar ceramah coz jabatan km mmg slalu mgadakan ceramah..mujur bkeja di jabatan yg ader program gini..sesetengah jabatan mn ader ceramah² nih semua :)

    BalasPadam
  2. Salam Kakcik,
    yang membeza-bezakan tetamu tu yg selalu akak perati. Terasa hati jugak.

    BalasPadam
  3. bezakan tetamu memang selalu berlaku kakchik.

    BalasPadam
  4. tertarik dengan nombor 4 tuh.....

    BalasPadam
  5. Salam kak chik..tu lah yang Nekcik selalu rasa sediih bila pergi ke majlis perkahwinan ni..muzik bukan main kuat...dan banyak lagi laa...( ada yang marah lak nanti )

    BalasPadam
  6. Salam KC

    Hehe saya pun ada himpit ustaz utk bergambar, tapi dgn suamilah...tu dulu.

    BalasPadam
  7. ya allah KC, salam simpati saya untuk aiman, semoga dia cepat sembuh dan meneruskan hidup macam anak remaja lain, insyaallah... sy baru je baca berita ni di blog pok amai2...

    BalasPadam
  8. chik na tgk sekarang ni, ramai executive muda suka dressing ala ala k-pop, kadang malu nak pandang...

    BalasPadam
  9. majlis ilmu..kenapalah kaum adam 'pupus' di situ, penangan bola kah?.., perkara iv)tu..memang selalu terjadi mungkin dlm keadaan tak sedar..inilah pentingnya hadir dalam majlis ilmu..dan bagus kakcik sebarkan di sini .

    BalasPadam
  10. Rasullullah diuji bukan saja dengan air mata tp dgn darah, tapi itu pun ramai tak nak ambik iktibar

    zmn kita setakat air mata apalah sgtkan :-)

    ckp pd diri sendiri

    BalasPadam
  11. eeei...kita mmg suka sangat kalau ustaz zul ni muncul kat kaca tv..

    especially time dia baca yassin ngan taranumnya tu kat Astro Oasis

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com