Kawan-kawan kakcik

Rabu, 27 Jun 2012

Lega melihat Aiman membuka mata...

Gambar dari fb milik Ella
Masa melawat Aiman di ICU, Hospital Sg Buluh tadi
kakcik tidak merakam gambarnya.  InsyaAllah sedikit
waktu lagi Aiman akan dipindahkan ke wad biasa.
Alhamdulillah, sewaktu kakcik dan suami melawat Aiman tadi, Aiman telah membuka mata dan mengangguk serta senyum sewaktu kakcik memanggil namanya.

Aiman ditimpa kemalangan sewaktu balik dari sekolah pada hari Isnin 25/06/2012.  Aiman menunggang motorsikal dan terlanggar penunggang basikal yang tiba-tiba keluar dari simpang.  Aiman terjatuh dan mungkin kepalanya terhentak pada 'sesuatu yang keras'.  Menurut Ella, Aiman memakai topi keledar tapi mungkin tidak diikat kemas.  Kebetulan selepas Aiman terjatuh, guru sekolahnya melalui kawasan itu.  Guru itulah yang telah 'menguruskan' Aiman dengan membawanya ke klinik dan menghubungi Ella.  Syukur juga Aiman tidak pengsan selepas kemalangan hinggalah di bawa masuk ke wad pembedahan.

Sama-samalah kita berdoa semoga Aiman pulih sepenuhnya dengan segera dan dapat kembali menceriakan mereka yang sentiasa menyayanginya.

Sewaktu kakcik melawat tadi, blogger terkenal Ben Ashaari bersama isteri dan anaknya Qhaliff pun ada sama.

42 ulasan:

  1. syafahullah...
    moga aiman cpt sembuh...

    BalasPadam
  2. alhamdulilahh..semuga cepat sembuh lah kann..

    BalasPadam
  3. saya baru tahu psl ni
    semoga aiman selamat
    YaAllah..selamatkan Aiman

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah.. semoga Aiman cepat sembuh..
    malang tidak berbau... kadang2 sebabkan salah org lain, kita yang tanggung akibatnya..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.
    semoga aiman cepat sembuh.

    BalasPadam
  6. alhamdulillah....
    moga heols cepat sembuh....

    BalasPadam
  7. syukur alhamdullillah, semoga aiman cepat sembuh.

    BalasPadam
  8. Syukur Alhamdulillah..semoga Aiman cept sembuh

    BalasPadam
  9. Salam Kakcik,

    Alhamdulillah..Aiman dah buka mata, moga cepat sembuh dan Ella banyak2 bawa bersabar

    BalasPadam
  10. semoga aiman cepat sembuh...!

    padanlah masa bukak2 entry ni tadi dah kata dlm hati.. macm muka anak kakcik ella.. rupanya betul..

    sabar ye kakcik ella...doa byk2..

    thanks kakchik for sharing this info..

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah....entry yg ditunggu ni...tq kakcik...

    BalasPadam
  12. smoga aiman cepat smbuh...kesian..klu le saya kt tmpt ella..adehhhh

    BalasPadam
  13. semoga aiman cepat sembuh.....mudah-mudahan semua nya selamat

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah..perkembangan positif tu. mudah2an aiman cepat sembuh...

    BalasPadam
  15. alhamdulillah aiman dah stabil..moga dia lekas sembuh..


    teringat arwah sepupu sy..jatuh motor lps kereta terlanggar dia..jatuh sikit je lgsung x cedera..siap boleh bangun balik rumah makan-makan tp lps tu dia meninggal dunia..rupanya sbb pendarahan dalaman..tp sbb lambat dapatkan rawatan arwah x dpt diselamatkan..

    BalasPadam
  16. Semoga aiman cepat sembuh. Hospital mana ni kak?

    BalasPadam
  17. Pada DIA yang maha memberikan kesembuhan, semoga Aiman cepat sihat. Amin.

    BalasPadam
  18. moga Aiman cepat sembuh & Ella sekeluarga tabah dgn ujian

    BalasPadam
  19. Syukurlah dah sedar kakcik. Sekurang-kurangnya memberi kelegaan pada Ella dan family..

    BalasPadam
  20. Semaga aiman cepat sembuh... alhamdulillah dah boleh buka mata n senyum..

    BalasPadam
  21. moga aiman cepat sembuh ye n pulih mcm biasa.

    BalasPadam
  22. semoga aiman cepat sembuh sepenuhnya..

    BalasPadam
  23. semoga aiman cepat sembuh dan bersabarlah hadapi semua ujian ini.

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah, moga Aiman cepat sembuh hendakNYA..

    BalasPadam
  25. alhamdulillah.. moga aiman cepat sembuh..

    BalasPadam
  26. ehh sy dh lama ketinggalan ketapi ni mak...sape aiman? dh ada pkembangan positif dah tu

    BalasPadam
  27. tgk gambar je dah perasan ni mesti kat icu sungai buloh.. sepupu sy ada di katil2 bersebelahan.. baru melawat dia sabtu dan ahad yg lepas...

    BalasPadam
  28. Alhamdulillah.. semoga Aiman cepat sembuh..

    BalasPadam
  29. Tu lah..ada terbaca kat blog rakan tadi..tp waktu tu Aiman belum sedar..syukur lah kalau aiman dh sedar skrg..Moga aiman cpt sembuh..Insyaallah..ramai yg mendoakan ni..

    BalasPadam
  30. salam..

    alhamdulillah semuanya sudah selamat ;)

    BalasPadam
  31. semoga aiman cepat sembuh..sedih plk tgk gambar atas tu..

    BalasPadam
  32. Semoga aiman cepat sembuh dah pulih kembali seperti biasa...aminnn..

    BalasPadam
  33. Semoga Aiman cepat sembuh...Aminnn..
    Yg penting Aiman kena kuatkan semangat..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com