Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Jun 2012

Kenangan di Pulau Gaya (Bahagian 2)...

Gambar-gambar berikut dirakam menggunakan kamera telefon bimbit disebabkan kad memori kamera kecil kakcik telah penuh...

Langit bagaikan hendak runtuh, tapi kami tetap teruja hendak ke sana.



Cikgu Fahmi baru teringat hendak memimpin anaknya. Zana tetap tinggal di belakang.

Ada juga kedai runcit di sini, tapi kakcik tak teringat nak tengok harga barangannya.

Bukan main lagi dia bergaya di situ. Tapi dalam perjalan balik, hilang
terus ke'macho'annya... hahaha...

Mereka pun nak bergaya juga.  Tong biru yang besar itu adalah untuk
mengisi bekalan air tawar.

Langit semakin gelap dan awan semakin berat.  Rancangan hendak
singgah di sekolah tempat Cikgu Fahmi mengajar terpaksa dibatalkan.


Kakcik memang tak berani nak meniti titian itu!

Hujan sudah mula turun.  Saat ini bot laju yang kami naiki beroleng
dengan kuat akibat dipukul ombak.  Dalam takut, kakcik tak dapat

hendak menahan ketawa melihat gelagat suami yang sampai terduduk
atas lantai bot sambil menjerit minta bot dipandu dengan perlahan. 
Menurut pemandu, sekiranya bot dipandu dengan perlahan, kemungkinan
untuk terbalik adalah lebih besar. Satu ketika ombak datang menghempas
dengan kuat dari arah hadapan bot menyebabkan kami semua basah kuyup.

Sebaik tiba di jeti, hujan turun dengan lebat disertai angin.  Syukur
Alhamdulillah, kami semua selamat. Walaubagaimana Amer (pemandu bot)

meneruskan semula perjalanannya balik ke Pulau Gaya dalam ribut itu.

Rasa macam hendak terhumban ke laut badan kakcik yang besar ini
ditiup angin yang kuat.

21 ulasan:

  1. Takut juga kalau hujan lebat kakcik. Mana tahu jambatan runtuh heee.... kakak bayangkan yg tidak-tidak. Air tawar tu ada yg hantar atau mereka kena ambil dari luar. Kesiannya....

    BalasPadam
  2. Kenangan la tengok ni..
    Titi tu masih sama macam dulu, tapi rumah2nya dulu lebih daif.. dulu air disimpan dalam tong2 kecik, diangkut dengan bot dari pasar basah (bot angkut ayaq ni la makchaq naik nak ke sana)
    Kalau masa angin dan hujan, w/pun rintik2 laut memang bergelora..dan biasanya bot dibawak laju..rasa boleh terpelanting..

    BalasPadam
  3. wow!!! ngeri tengok titi nya yg kecik tu...kalau angin kuat mcm agaknya ye... takut jugak

    BalasPadam
  4. Pengalaman berharga...kagum dgn mereka yg hidup kat situ.

    Salam kenal...saya follow blog KakCik :)

    BalasPadam
  5. syukur semuanya selamat.. ;)
    tak pernah lagi naik bot dalam keadaan hujan..

    BalasPadam
  6. woh!!! adventurous giler la mak!!! i likeee!!! hihihi~

    BalasPadam
  7. suka tengok laut tp bila dah hujan mcm tu jadi takut..

    BalasPadam
  8. sama mcm trip kami dari semporna ke mabul dgn bot laju... ombak kuat hujan pon lebat... alhamdulillah ok.. seriau & takut betol masa tu...

    BalasPadam
  9. fuh. boleh nampak pulak pemandangan En Amer tu dalam ribut angin tu ye kakcik. takutnye. dorang yang kat rumah tu macamana keadaannya kalau air pasang?

    BalasPadam
  10. gayat betul kak..tengok titi tu...airnyer membirukan..

    BalasPadam
  11. eh dah bahagian 2 dah? ketinggalan ni :p

    kat pulau gaya ni mmg kmpung atas air eh?

    BalasPadam
  12. saya mmg takut klu naik feri/boat dlm cuaca gelap camtu..kat tgh laut mcm2 dipkirkan..alhamdulillah semua okay kan kak...

    BalasPadam
  13. kalo naik bot/feri time hujan - memang mengerikan kakcik...
    iols penah lalui - tho perjalanan tak lah lama mana pun - dalam setengah jam ke 45minit saja!

    teringin rasa nya melawat perkampungan air tu...

    BalasPadam
  14. Bestnye dpt melawat pkampungan air tu... Klu x ujan, agak2 jernih tak airnye kak cik? Tp tgk gambar pun mmg agak gayat jugak ye nak meniti titi kayu tu... Sekali terpelecik, oiiii tenggelam!!

    BalasPadam
  15. Seram Marya baca coretan ni... Terbayang2 ombak yg kuat & air laut yg bergelora tu... Alhamdullillah semua selamat... Tersenyum baca ttg suami k.cik tu, klau Marya dh tentu nagis dah... Pemandu bot tu pasti cekap kan kalau tak takkan dia boleh berpatah semula sdgkn ujan sedang lebat...

    BalasPadam
  16. Orang kata best ye kakcik, sebenarnya bila dah disana......rasa nak balik cepat kan?
    Hero kakcik memang lawak la......kita org selalu tergelak kalau buka kisah ni...huhu....hilang malu bila takut:-)

    BalasPadam
  17. Wah ombak laut tu nmpk jelas betul.
    Alhamdullillah selamat.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.