Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Mei 2012

Tiada yang berjaya meneka dengan tepat. Jom kita cipta perbualan pula...

... sedih juga kakcik kerana tiada yang berjaya memberikan jawapan yang TEPAT dalam PERMAINAN INIUntuk soalan yang pertama, ramai juga memberikan jawapan yang betul iaitu AIR KELAPA (sebenarnya air kelapa TUA, tapi air kelapa juga dikira betul).  Untuk soalan kedua, berat sebenar seekor ikan buntal itu ialah 2kg.

Inilah air kelapa yang kakcik beli dengan harga RM2.00 sebungkus
dan kakcik salinkan ke dalam botol air minuman.
Bagaimanapun, kakcik tetap hendak agihkan kelip kuku yang masih ada dengan kakcik ini...


Untuk itu, apa kata kawan-kawan cuba tuliskan apakah agaknya yang diperbualkan oleh suami kakcik dengan lelaki di hadapannya itu?  Dailog untuk suami kakcik (berbaju merah) tidak lebih dari sepuluh (10) patah perkataan dan untuk lelaki itu tidak lebih dari lima (5) patah perkataan.  Senangkan?  Kakcik juga tidak mahu menyusahkan kawan-kawan dengan lain-lain syarat untuk menyertai 'permainan' ini...

Panduan : Suami kakcik agak kelakar orangnya, jadi pasti ayat
yang keluar dari mulutnya adalah agak kelakar juga. :)

Permainan ini akan berakhir pada 04/05/2012 jam 8.00 pagi.



20 ulasan:

  1. suami kakcik : kalau saya dapat free boleh tak, sekali sekala kan?

    lelaki itu : Macamtu abang kerja dengan saya la.

    haha, ampun saya merepek

    BalasPadam
  2. Kakcik, sy cuba. Tapi sy mulakan dgn lelaki yang tak dikenali tu ye?

    LELAKI: Muka abang macam Malek Noor...
    SUAMI KAKCIK: Kejilah kau dik! Tiada harapan aku jadi kembar Justin Bieber (muka serius seperti dlm gambar)

    BalasPadam
  3. Bagi laluan pada pembaca lain sebab acu bukan seorang yg kreatif...heheheee

    BalasPadam
  4. anak saya suka sgt minum air kelapa muda... mesti air kelapa kat rumah tok di kg jer yg dia minum...hehe

    BalasPadam
  5. salam..

    tak kelakar dan x kreatif, tp nak mencuba juga ;)

    suami : nak kena bayar ke? dompet tertinggal kat rumah lah!

    lelaki itu : penumbuk! kat tangan tu!!?

    BalasPadam
  6. Lelaki itu : Nak buat apa dengan penyodok????

    Suami Kakcik : Kat sana tu....banyak tahi lembu, cepat!!!

    BalasPadam
  7. alamak..tetiba lost pulak...hahahha
    rugi tak dapat kelip kuku tu.....weeee....

    BalasPadam
  8. si topi putih: sampai bila kite kene posing cenggini bang? saya dah sengal belakang nih!
    ayah: ko ingat ko punye sengal je. abis aku?

    *saya tau tak lawak pun. saya nak memeriahkan acara je nih. ehehehe!

    BalasPadam
  9. alamak sikit je lagi saya jawap 2.5kg hik2

    BalasPadam
  10. ahak2... salah lak dua2 jawapan dana yek kakcik.... alamak nk bt drama ni yg tak reti... dana surender

    BalasPadam
  11. Surenderlah kakcik,kurang sikit nak mereka cerita nie....

    BalasPadam
  12. saya tak pandai la plk nii..
    tumpang bace jer laa..

    BalasPadam
  13. ahahahaha...2 kg berat ikan buntal tu kakcik...jap, saya perah idea utk skrip nya..

    BalasPadam
  14. Abang Kakcik: Lenguh kaki merayap kalau awak mampu dukung saya bayar seringgit.
    Lelaki sana: Seringit tak mainlah encik...

    Sesaja nak meriahkan N3 kakcik

    BalasPadam
  15. Adoiyai.. tak pandai laa nak wat dialog..heheh..

    BalasPadam
  16. Adusss. tak reti pula nak reka .

    BalasPadam
  17. nnt esok nk tanya dialog sebenar dekat abang baju merah tu.. hehe

    BalasPadam
  18. alaaaa....idea kita tak dtg2 la kakcik....huhuhuuu

    BalasPadam
  19. alaaa dah tutup ler tempoh permainan.. saya terlambat singgah.. pagi tadi sibuk skek..

    muka abang bob comel versi serius.. heheh..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com