Kawan-kawan kakcik

Khamis, 17 Mei 2012

Senyumlah...

jangan dimarah dahan yang sekah
jatuh ke tanah bukan kehendaknya
senyumlah kerana senyum itu sedekah
lara hatimu tiada siapa dapat membaca

bawa pulut ke rumah Mak Jah
hendak ditempah menjadi tapai
seyumlah kerana senyum itu pemanis wajah
walau mustahil langit itu dapat kau gapai

17 ulasan:

  1. salam
    senyum tu sedekah paling murah
    senyum tu penawar segala gundah
    senyum tu boleh menjalin ukhuwah
    senyum tu penyeri wajah..

    BalasPadam
  2. senyum itu sedekah
    senyum itu penghias wajah
    senyumlah dengan ikhlas

    BalasPadam
  3. Sekawan itik di hujung kali
    Diberi makan oleh pendeta
    Senyumanmu Kak Cik manis sekali
    Tak jemu dipandang penyejuk mata..:)

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera,

    Mama senyum kat sini dah nah...dah sampai kat KC..senyuman maya!

    BalasPadam
  5. Sy pun, klu hati tgh berduka-lara tp luar tetap senyum. nape nak tempiaskan pd org yg tatau apa2? Tak adil dan tak wajar kan?

    Comelnya Kakcik. Hehehehe...

    =D

    BalasPadam
  6. tapi jangan senyum sorang-sorang tau..nanti dibilang sasau..hihi

    :)

    BalasPadam
  7. Sukar menggambar gundah di hati
    walau banyak nasihat diberi
    pahala senyum mudah diperolehi
    asal jangan senyum-senyum sendiri

    BalasPadam
  8. mulakan dengan senyuman...hehehehe

    BalasPadam
  9. senyum itu sedekah...manisnye kakcik...:)

    BalasPadam
  10. alamak... arini takde idea nk bt pantun la kakcik... heheheh

    yg pastinyer senyum itu kn sedekah, hati yg marah boleh gembira ngn 1 senyuman

    BalasPadam
  11. berpantun bagai kak cik arini ye..

    BalasPadam
  12. tahu tak pe kan kak chik, bukan kena bayar pun nak senyum ye dak?

    BalasPadam
  13. alahai saya tak reti nak berpantun..hehehehe

    BalasPadam
  14. senyum tu biasa tengok..
    jelingan tu menusuk !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.