Kawan-kawan kakcik

Rabu, 4 April 2012

Undang-undang dibuat untuk dilanggar?...

Merujuk kepada catatan tanpa kataku yang INI, nampaknya ramai yang menyokong iklan itu.

Membaca komen Rina Avail membuatkan aku teringat untuk membuat catatan ini.



Sekarang ini di kebanyakan tempat telah diletak tanda DILARANG MEROKOK atau  KAWASAN LARANGAN MEROKOK atau papan tanda seperti ini :



Di kawasan tempat aku bertugas, tanda amaran itu terpampang di mana-mana.  Malangnya, mungkin betul kata sesetengah orang 'undang-undang dibuat adalah untuk dilanggar atau diingkari'.  Iyalah, undang-undang dari Allah seperti hudud pun dipermainkan apatah lagi undang-undang ciptaan manusia, kan?

Minggu lepas sewaktu aku hendak balik dari pejabat, di ruang lobi tempat aku bertugas berdiri seorang yang sangat dikenali di seluruh Malaysia (mungkin dunia juga mengenalinya).  Adalah beberapa kali aku terserempak dengan insan ini.  Mungkin adalah 'kerja'nya di tempat aku bertugas itu.  Yang aku kesalkan adalah sikap 'tidak endah'nya.  Terang-terang di belakang tempat dia berdiri ada amaran seperti di atas.  Tapi beliau dengan gelak tawa bersama-sama orang di sekelilingnya, selamba sahaja merokok! 

Mahu sahaja aku merakamkan gambar beliau itu, tapi aku bukan orang kaya yang mampu membayar saman atau ahli politik yang boleh mengelak dari membayar saman! Beliau itu adalah seseorang yang sangat besar pengaruhnya dan amat tinggi jawatannya dalam hal ehwal undang-undang! 

Jadi, undang-undang itu untuk apa bilamana mereka yang pakar dalam undang-undang pun memandangnya (undang-undang itu) bagaikan memandang udang yang boleh diratah pada bila-bila masa!

Wallahuaklam.


25 ulasan:

  1. hrmmm kakcik bukan dia tahu pun sapa yg siarkan gambarnya ;p

    BalasPadam
  2. tu namanya...
    "..bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.."

    BalasPadam
  3. jangan ikut perangai tak baik itu ok...
    tapi memang cam janga buang smapah kat situler orang buangkan...

    BalasPadam
  4. setuju ngn kakcik... kalu stkt simbol amaran dilarang merokok nih mmg org tak pndang sgt lah... bg diaorang merokok tu lbh pnting dr udara... huhuhu

    BalasPadam
  5. Kena buat undang undang, sila telan asap rokok anda,,

    BalasPadam
  6. sebabnya....maaf cakap..undang2 kat malaysia ni banyak yang tak dikuatkuasakan.. macam jangan buang sampah..lagi orang buang sampah merata.. bila ada penguatkuasaan baru org takut.. kalau takat ada je memang orang tak takut..

    BalasPadam
  7. as salam kakcik

    kat tempat saya ni kononnya menegakkan keadilan, denda kepada siapa yg merokok tapi kan yang memperjuangkan undang-undang terang-terangan merokok, nak cakap apa lagi?

    BalasPadam
  8. sedangkan kat hospital orang merokok~kat masjid orang merokok~~haih~~

    BalasPadam
  9. ramai jer yg tak reti bahasa kakcik
    dah kua fatwa pun, masih tak endah :(

    BalasPadam
  10. Biasalah tu kak, dah nampak tanda amaran tapi still merokok gak. Kat office nih...bos2 selamber jer merokok dlm bilik. Nak kata bodoh...pangkat besar2.

    Yang lagi saya tak suka, org2 yg kaki rokok nih merokok depan bebudak. Ko dah tau ada budak lagi nak hisap. Org m'sia nih pantang di tegur..cpt jer melenting. Nak tegur salah, tak tegur pon salah.

    BalasPadam
  11. tu bila dah buat undang2 lepa boleh ja langgar lg....biasa la org besar la katakan....

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik,

    teringat ayat ni.."rules are made to be broken"

    memang makan hati bila ada undang2 atau peraturan dah tertulis namun masih ada yang suka melanggar..tak rasa bersalah..dan buat2 tak perasan kewujudan peraturan tu.

    BalasPadam
  13. tu namanya tak paham bahasa. hehehe.

    BalasPadam
  14. dorang nie saje kan..dorang yg mrokok kita yg dok hisap asap nie lagi bahaya dari dorang :((
    sakit jiwa kalau org tak paham bahasa esp yg BESAR2 nie kan..

    BalasPadam
  15. Diorg tu berfikiran byk duit,klu kena denda pun nanti blh byr....

    BalasPadam
  16. kak cik orang macam tu boleh terlepas pulk kan

    BalasPadam
  17. memang geram dgn orang yg merokok tak tentu hala ni.. esp kat tempat makan, ramai budak2, ramai orang tua.. disuruhnya kita sedot asap sakit tu..

    BalasPadam
  18. Memang tak bleh tahan dengan asap rokok. Dah nampak terbentang tak bleh merokok pun naaaaakkk jugak hisap. Dah tu menyusahkan orang lain yg tak merokok, terpaksa hidu asap rokok dia yg jijik tu.

    BalasPadam
  19. macamanalah nak harapkan orang lain ikut kalau yang arif undang2 pun dah buat perangai macam tu.

    BalasPadam
  20. huhu..lya pon xsuka dgn golongan y merokok ni..kalo perokok jnis reti bahasa..blh la tahan.. tp y jnis x reti bahasa..main hmbus j asap merata-rata..tmpt y x sptutnya... n pling x suka klo dpn kanak2.. mujus husband lya bkn perokok.. n dia sndiri x suka bau rokok.. klo ada org hisap rokok kt asya..msti fain akn ambik buat lari anak dia..

    BalasPadam
  21. Kerana ‘orang sebelah’ saya memang merokok sejak dulu, saya terpaksa asing almari baju dan asing bakul baju kotor. Mujur dia merokok kat luar rumah jer.

    Tak larat nak bebel dah pun. Bukan bakar tembakau tapi bakar duit!

    BalasPadam
  22. Aslkm KS

    Org merokok di mana2. Tak hirau dah...

    BalasPadam
  23. Tu la kak cik, mereka yg besar dgn pangkat ni ssah nk dikata...dia ja yang sempurna, terang2 langgar peraturan, mcmana kita nk hormat dia..

    Sy mmg x ble bau asap rokok, tak suka, sgt rimas...dan sgt bersyukur sbb sekeliling yg terdekat kebanyakkannya tak hisap rokok..

    BalasPadam
  24. Papan tanda cam gitu.. pada yg perokok tegar.. tak de nya dia nak takut.. dibuat depan2 lagi ada laa.. Kdg2 geram betul laa.. Dan paling dibenci kalau masuk dlm lift dia bleh plak merokok dlam tuh.. aduhai lemasnya..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.