Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 4 Februari 2012

Suasana pagi hari cuti...

Semua lelaki Melayu dalam rumah ini menyambung tidur selepas menunaikan kewajipan kepada Tuhan - Allah Yang Satu. Tapi, hari ini sehari suntuk Bangcik ada kursus kokurikulum di sekolahnya.

Aku juga yang terkebil-kebil.  Cuma tadi, selepas hantar Bangcik ke sekolah sempatlah aku ajak suami naik ke bukit konon untuk ambil gambar.  Bila balik, tengok gambar satu-satu, tiada yang menarik rupa-rupanya yang telah kurakam. Sedih! 







notahati : entah mengapa sejak TV9 menukar pengacara wanitanya kepada wanita yang tidak bertudung untuk rancangan NLKO, aku jadi tidak lagi berminat untuk menonton rancangan itu.  Lebih baik aku menonton rancangan Assalamu'alaikum di TV Al-Hijrah.



39 ulasan:

  1. best..
    pagi2 dah dapat udara segar
    saya ni, dok la bw dlm bilik.. budak2 dan bapaknya dok ngorok lagi.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr. Hanie...

      hubby dah balik ek? Sekejapnya 14 hari berlalu, kan? Kakcik dah tak ada akaun FB, jadi tak tak dapat ikut catatan Hanie di sana lagi... :(

      Padam
  2. seronoknya waktu pagi kakcik..jap lagi saya nak bersiap main boling, hehe..selamat bercuti kakcik dan keluarga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huda...

      selamat berbowling. Nanti kongsikan ceritanya, ya? :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Lea...

      sebenarnya ada juga gambar2 lain yang kakcik ambil. Bila tengok balik macam goyang je, terus kakcik buang. :(

      Padam
  4. saya lak banyak nak kena selesai urusan.... semoga dipermudahkan semua urusan hari ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. eelobor...

      InsyaAllah. Semoga segalanya dipermudahkan. :)

      Padam
  5. Kakak hari ini kerja, adik ada tuisyen, abang memang tak kerja sabtu. Mak Zah dah kemas...so semua kena bangun pagi. Esok bolehlah macam adik dgn abang mus, lepas subuh sambung golek-golek atas katil... bestnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik ni bila dah terjaga dan lepas solat, memang susah nak lelap balik. Bangun dan ke dapur buat apa yang patut. :)

      Padam
  6. cantik la kak seroja.....redup mata memandang sejukkkkkk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khairiah...

      memang sejuk je kawasan itu di awal pagi. :)

      Padam
  7. Assalamualaikum kakcik...
    sape kata tk cantik gambar2 tu..cantik apa...
    ida pulak..lepas subuh dah mula masak..terus masak nasi dgn lauk..sambal ikan merah dan udang masak tempoyak...

    ni dah kat tempat keje...lewat sikit dr hari biasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Ida...

      Ida kerja 7 hari seminggu ya? Gambar2 yang tak sesuai disiarkan, dah kakcik padam semuanya. Hari ini kakcik masak asam pedas ikan kembung je. Kot2 ada yang nak makan. Kami sekeluarga makan tengahari di majlis perkahwinan. Alhamdulillah. :)

      Padam
  8. cantik je kak ..
    tenang rasa kan ..
    kita nie org perempuan kalau x bangun pagi x sah
    saya kalau ari minggu lepas semayang subuh saya dah x tidur kak .. terus siapkan sarapan buat keluarga ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ieda...

      selalunya kakcik pun macam tu. Selepas solat, terus ke dapur untuk sedikan apa yang patut sebelum 'tuan-tuan besar' bangun. :)

      Padam
  9. kalau mentari belum keluar memang berkabus2 & kelam camtu.. tapi saya suka time ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mulan...

      suasana redup dan dingin itu memang sangat menyamankan. :)

      Padam
  10. senangnya hati...suami mak sudi temankan mak naik bukit..
    romantik lak rasa...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Munna...

      dah tak ada apa nak buat, berjalanlah berdua2an. :)

      Padam
  11. walaupun suram tapi nmpk damai jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hajar...

      memang tak ramai orang meriuhkan suasana. :)

      Padam
  12. Salam,

    Alhamdulillah..suami kakcik sporting
    sarapan aper kakcik tak citer pulak..hehehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Nani...

      setakat ini, Alhamdulillah. :)

      Sarapan? Saya bancuh teh o je. Makanan cuma beli lima bungkus nasi lemak RM1.00. :)

      Padam
  13. ehmmm bes la dah cuti ABK masih bekerja separuh hari ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABK...

      takpe, esok sampai Selasa cuti, kan? :)

      Padam
  14. Salam,
    cantik tu ... bukit mana tu ? Kakcik, tengok program ustaz don, bagus jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dato'...

      Taman Bukit Permai, Cheras saja.

      Ya, program Ustaz Don itu santai dan ada ilmunya. :)

      Padam
  15. saya suka suasana pagi dlm gmbr tu kakcik. tak panas sgt dan redup, baik utk beriadah dan baik juga utk tido, kan. Kahkahkah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ella...

      kakcik ni kalau hari kerja, memang ingat nak tarik selimut bila cuaca begitu. Tapi, bila hari cuti tak mahu tidur pulak. :)

      Padam
  16. aku pun tak berminat nasib tv3 ada alyy dan fitri yang wanita nya pun tak bertudong..

    BalasPadam
  17. oh yeke kakcik, jarang tgk tv, hem alhijrah mmg very islamic kan, pun jarang2 dpt tgk =)

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum my dear KakCikS:)

    Cuti2 ni...InsyaAllah..nak 'berkepit' dengan makbonda kat kampung..:):)

    Kdg2 jee KakCikS tini mengadap NLKO..aduhaii..;)

    anyway...selamat bercuti and take care!!:)

    BalasPadam
  19. kat atas bukit tu ada jual nasik lemak sedap... sebelah malam. Sekarang tak tau ada lagi ke tak...

    BalasPadam
  20. Kita pagi2 dah ngadap ikan kt pasar, kakchik berjogging ye?

    Zana suka NLKO sebab trio setiap ahad, kalau perempuan punya host mcm slow je..

    BalasPadam
  21. seronok dapat tidur balik pagi2..masalahnya kak,,kalau time cuti,,mata ni pandai je tak ngantuk..kalau kerja..nk bukak mata tak larat huhu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com