Kawan-kawan kakcik

Rabu, 1 Februari 2012

RTK - macam-macam...

Kek ini hasil 'air tangan' anakku BANGCIK sepenuhnya

Kek yang sama telah disalut coklat cair.

Jangan ganggu, saya nak berehat.

Vateren?  Hmmmm...

Pembuka selera.

Semoga kawan-kawanku semua sihat dan gembira.

68 ulasan:

  1. tentu coklat tu berhimpun dalam lubang kek itu ?

    patutnya gambar pembuka selera, letak mula2 sekali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Ngah...

      hehehe... lubang tu tak tertutup pun. :)

      Eh! betullah kan? Patutnya pembuka selera di permulaan. Tapi, boleh juga letak kemudian untuk menaikkan semangat selepas 'lemau' dengan hidangan yang sebelumnya kot!

      Padam
    2. kakcik, tak jumpa ruang untuk komen la
      acu cuma jumpa ruang balas nie je :(

      Padam
    3. Acu...

      ruang komen ada di bawah sekali. :)

      Padam
  2. moga kak cik juga sihat dan gembira hari ini, kakcik, gambar akhir tu memang betul-betul membuka selera saya..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Huda dan keluarga juga sihat sejahtera.

      Lauk tu makan dengan nasi panas, memang boleh 'berasap'... :)

      Padam
  3. Salam,

    Huishhh..tenggiri jeruk tuh makan dgn nasi panas2, dua pinggan mesti boleh punya..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Nani...

      tak perlu lauk lain dah, kan? :)

      Padam
  4. lepas ni kakcik bleh rehat masak...dah ada chef in the making :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mimi...

      InsyaAllah, bolehlah. Janji ada bahan2 di dapur. :)

      Padam
  5. Tahniah BANGCIK...! dah handal buat kek dah. Dasat tu. Azie pun tak reti. hehehe


    VATERAN? malu nak taip veteran kot!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azie...

      yang pasti, maknya memang tak reti! ;-)

      Padam
  6. Bagus2 anak lelaki pandai masak..mesti dia selalu suprisekan kakcik dengan masakkan dia..:)

    Kebetulan pagi ni masakkan suami Brunch, dia request ikan sepat masin..:)dan saya buatkan sup cendawan kat dia. Tadi goreng terliur juga..harus kot breakfast saya nasi ngan ikan sepat goreng tu..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rulza...

      kakcik memang tak halang bila anak lelaki kakcik (eh! kakcik mana ada anak perempuan) menunjukkan minat untuk memasak. Setidak2nya mereka tidak susah untuk makan bila kakcik tak berdaya hendak menyediakan.

      Kakcik baru lepas sarapan nasi lemak RM1.00, kalau tambah dengan ikan masin sedap juga. :)

      Padam
  7. wah..pandai bangchik buat kek =)
    vateren pun vateren la ma hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheqna...

      dia belajar dengan mak saudaranya sebab mak dia sendiri tak tahu buat... hehehe...

      vateren tapi bahagia... lalala....

      Padam
  8. Bagusnya bangcik. Salute betul kakak padanya kakcik. Itulah walau lelaki pun ada hati nak bantu mak dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakzakie...

      Alhamdulillah. Tapi, Bangcik ini ada anginnya. Kalau tiba ribut taufannya, satu apa pun tak boleh disuruh! :)

      Padam
  9. Waaaa... Hero rumah kakcik baking cake...

    Nak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakya...

      Kakcik ingat nanti nak hantar dia masuk kursus yang berkaitan bila dah habis sekolah. :)

      Padam
  10. Kak Cik belalang tu kalau kat siam orang makan, tak dak chance dia nak lepak2 gitu...hehehee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina...

      masa kakcik nampak belalang tu, kakcik terus cakap kat Along dan adik kakcik 'kat kampung dulu, ada orang makan belalang ni'... :)

      Padam
  11. itu belalang kunyit , kan ....


    boleh digoreng ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pB...

      ya, belalang kunyit. Tapi kakcik tak pernah cuba makan pulak. :)

      Padam
  12. kalau minat dia kesitu, biarlah dia terus mahir kat situ kakcik...lenkali senang kalu saya nak tukor2 selera haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Q...

      kakcik dan suami memang beri dorongan padanya. Maknya ni memang tak berminat bab buat2 kek, kuih bagai... ;-)

      Padam
  13. kak cik, saya dah terliur dgn pembuka selera tu.. klu dapat nasi panas memang layan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanis...

      meh datang sini. Nasi kakcik dah masak, panas2 lagi. Paprik ayam pun ada. :)

      Padam
  14. Kakcik .. gmbr last paling best!! hihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ella...

      ramai yang terpikat dengan gambar akhir tu. :)

      Padam
  15. ya allah kakcik... telan air liur saya tengok ikan tenggiri jeruk tu..tak pernah cuba lagi..tapi rasanya mesti sedap...saya suka ikan tenggiri..

    BalasPadam
  16. Balasan
    1. Dah abis la... tapi boleh buat lagi. :)

      Padam
  17. Sallam kakcik,

    Pandai bangcik buat kek,
    gambar akhir sekali tu
    memang membuka selera saya
    tengahari ni nak makan ikan bakar
    cicah air asam laa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam LL...

      ikan bakar? Kesukaan suami kakcik tu. :)

      Padam
  18. eee suka tengok belalang kuning tu.. macam jinak jer.. hehe.. kalo kat umah saya tu harus dah masuk balang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ana...

      kakcik sempat rakam gambo dia je, pastu dia hilang masuk bawah kereta. Takut kakcik tangkap agaknya. :)

      Padam
  19. Gambar last tu ikan pekasam ek kakcik...sedapnyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qema...

      bukan pekasam, tapi tenggiri jeruk. :)

      Padam
  20. salam kakcik,

    lama dah tak kunjung sini..sodap kek tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Anitaare...

      terima kasih kerana masih ingat kat kakcik. :)

      Padam
  21. Salam,
    Kalau anak pandai buat kek, emaknya mesti hebat ! LF tak mahu pergi lagi kat Secret Recepi , pergi ke rumah kakcik je

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Dato...

      boleh, tapi taklah sesedap kek SR. :)

      Padam
  22. pembuka selera camtu, mmg feveret kami kat umah. sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Su...

      kakcik hanya boleh hidang sesekali je ikan masin tu, demi menjaga kesihatan. :)

      Padam
  23. kek coklat yang nampak memikat bila disalut coklat... huhu
    telan air liur tengokkan nya kakcik ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manje...

      hasil kreativiti (kononnyalah) Bangcik tu. :)

      Padam
  24. terliur tgk ikan masin tuh..makan ngan nasi panas pon sodap!!..rajin nyer ank kakcik buat kek..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ieja...

      anak kakcik tu, kalau dia kata dia nak buat makan dia akan buat bersungguh2. :)

      Padam
  25. Salam kakcik
    Pandai sungguh anak kakcik. Bertuah sungguh si ibu

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Ariff...

      anak2 kakcik ni, ada 4 orang - tapi ragam mereka macam2. :)

      Padam
  26. Assalamualaikum Kak Cik

    beruntung isteri Bangcik nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikummussalam Atuk...

      Bangcik baru nak masuk 15 tahun, lambat lagi nak beristeri tu... :)

      Padam
  27. Balasan
    1. PM...

      apanya yang macam orang ampang tu? Belalang tu ke? :)

      Padam
  28. pndai bangcik buat kek ye mak?bila boleh rasa ni?hihi

    malunya buat banner besau2 salah eja... =.=*

    BalasPadam
    Balasan
    1. Munna...

      datanglah ke rumah mak, nanti kita minta Bangcik buatkan kek. :)

      Padam
  29. saya seumur hidup tak pernah pun buat kek kakcik !! hebat lah bangcik tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dr Faiz...

      bab buat kek, Bangcik memang lebih hebat dari maknya sendiri. :)

      Padam
  30. bangcik mmg terro..
    pinjam 2 hari.. hehehe

    PS; suka pic last.. sayang kakcik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayu...

      meh datang ambil Bangcik tu. Kakcik bagi Ayu pinjam 3 hari. :)

      Padam
  31. Terer tu Bangcik....ABK mmg tak reti buat kek2 ni...cekodok tau le

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABK...

      kakcik buat cekodok pun kadang2 tak jadi! :)

      Padam
  32. pinjam bang chik, tlg buat kekk, pandainya dia tak sangka bang chik pandai buat kek. diam-diam ubi berisi : )

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Ina...

      kakcik pun dah 'segan' dengan Bangcik tau... :)

      Padam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com