Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 Januari 2012

Jangan menangis anakku...

bila keputusan itu bukan seperti yang kau mahu


biar seribu alasan kau beri
biar beribu kau bawa saksi
biar segala yang wajar kau tolak ke tepi
biar yang ingin turut kau ikat tangan dan kaki

bila Tuhanmu berkata tidak
maka segalanya akan tertolak
bila Tuhanmu tidak memberi restu
maka segalanya menjadi buntu

jangan menangis anakku
masih ada waktu buat dirimu
andainya kau benar
tiada yang perlu kau gusar
tapi jika kau sengaja membuat onar
jalan untukmu kembali masih terbuka lebar

notahati : otak masih membeku dan dada terasa sebu.  Esok aku akan merehatkan diri di rumah sahaja sekiranya masih dipinjamkanNya nyawa...


22 ulasan:

  1. selamat berehat ma
    orang trg kata jangan ditebeng kalu dok rock =)
    *Jangan dipaksa kalau tak larat * =)

    BalasPadam
  2. SALAM
    Selamat berehat kakcik. Masa pertemuan semalam, kakcik aktif sangat. Apapun tkasih atas kehadiran

    BalasPadam
  3. rehat tidoq rehat tidoq rehat tidoq...baru releks hehehe

    BalasPadam
  4. Redha jelah Kakcik! Tak apa. Allah Maha Mengetahui segala!

    BalasPadam
  5. Segala Dalam Kehidupan Telah dijanji
    Semua Perancangan Biar Pun Teliti
    Hanya Allah yg mampu merealisasi
    Jangan Sekali Kita Kesali

    Andai telah tersilap langkah
    Berusaha lah untuk berubah
    Kepada Allah kembali menyerah
    Kerana DIA adalah sebenar pemerintah

    BalasPadam
  6. Dengan Iman kita yakin ujian dan cabaran itu dtg drp Allah.Iman menimbulkan rasa baik sangka,rasa pengharapan dan keyakinan kpd pembelaan Allah,Selagi kta yakin kepadaNya yakni dgn berpegang teguh kpd agama,kita akan dapat kekuatan dr dlm diri utk menghadapi apa jua keadaan..

    BalasPadam
  7. kakcik,
    tak sihat ke?selamat berehat...kl dekat, boleh sy hantar sup ayam atau bubur kak...(ceewahhh, kl dekat laa...heheheh)

    BalasPadam
  8. Selamat berehat dan bercuti Kakcik.. :)

    BalasPadam
  9. saya sudah berehat kat rumah hari nie sebab Muaz tak sihat... tapi esok dah kena masuk kerja

    BalasPadam
  10. selamat berehat di rumah kakcik...

    BalasPadam
  11. Moga akan kembalo sihat selepas berehat kelak..: )

    BalasPadam
  12. Jaga diri ye Kakcik.. Mungkin Kakcik banyak berfikir agaknya.

    BalasPadam
  13. jalan di hadapan sebenarnya masih panjang walaupun masa semakin pendek

    BalasPadam
  14. selamat berehat kakcik. jgn pula ibunya yang terlalu sedy pabila berkongsi rasa dengan anaknya. gagal hari ini bukan bererti gagal selamanya.

    BalasPadam
  15. Selamat berehat & menenangkan fikiran, Kakcik..semoga yg kusut tu akan terungkai jua, insyaallah..

    BalasPadam
  16. kalau dah berusaha...tapi gagal...bukan le gagal nama nya...tak de rezeki...kan...kan....ahakz

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.