Kawan-kawan kakcik

Selasa, 10 Januari 2012

Hari ini...

berlari-lari di tengah sawah
tidak perasan tersepak sawa
hari ini duduk di rumah
rehatkan badan tenangkan jiwa

sudah penat berlari-lari
tak juga kurus badan yang montel
duduk berehat di rumah sendiri
lebih bahagia dari di hotel

kalau tak suka dengan kepedasan, jangan 'bermain' dengan cili...



36 ulasan:

  1. Kita ni dah terlebih berehat kakchik..tu yang penimbang tu dok naik jer..bak kata anak saya..kalau jarum tu turun..baik check alat tu..mesti dah rosak!...hahahahah

    BalasPadam
  2. rehat kak cik jangan tak rehat oke..

    BalasPadam
  3. tak suka kalau tak pedas..
    tapi cukup tak suka kalau TERlalu pedas!

    BalasPadam
  4. lepak hotel lagi best.ada astro~keh keh~~

    *mak tak sihat kah?

    BalasPadam
  5. hehehe...rehat di rumah, mesti mau update banyak2 entri yer akak....

    BalasPadam
  6. suke mkn pedas2, insya allah mulut tak berapa 'pedas' huhuhu

    BalasPadam
  7. dok rumah lagi tenang dari di hotel....

    BalasPadam
  8. Kalau tak ada cili tak le pulak power kak cik tapi saat2 macam ni terasa cam ank cili mulut org je.

    BalasPadam
  9. makan tak pedas rasa tak kick, selamat berehat di rumah kak cik..

    BalasPadam
  10. rehat kakcik...

    walaupun montel, tetap disayangi semua.. :)

    ehh bukan saya kata montel, kakcik yang kata.. saya ikut jer.. kekekeke..

    BalasPadam
  11. selamat bercuti kakcik...benar, bercuti di rumah kadangkala lebih best, dan yg penting, free! hahaha

    BalasPadam
  12. banyak nye cili..!!!
    lepas kejadian sakit perut aritu
    dktr dh nasihat kan acu tak leh makan pedas2...terasa hilang nikmat bila tak dapat makan pedas :(

    BalasPadam
  13. btul kak, rumahku syurgaku...

    cili tu bahaya tp sdap so kna hati2 slalu bila bmain dgnnya he..he

    BalasPadam
  14. kalau tumbuk sambal belacan mesti tangan saya pijar. heheh!

    BalasPadam
  15. Morning kakcik Seroja..

    Selamat bersantai dirumah...

    BalasPadam
  16. rehatkan diri kakcik
    semoga beransur sembuh ye..

    BalasPadam
  17. selamat berehat kakcik..
    saya tak suka tumbuk cili api nanti tangan jadi pijar..huhu

    BalasPadam
  18. berlari-lari di tengah sawah
    tidak perasan tersepak sawa
    setiap hari saya di rumah
    bantu isteri setakat terdaya.

    sudah penat berlari-lari
    tak juga kurus badan yang montel
    seronok berehat di rumah sendiri
    rumah saya pun serupa hotel.

    BalasPadam
  19. Nida tak suka kalau makan takde cili.. tak umphhhhh..hehe

    Dulu pernah masa di kedai "nak tom yam kasi pedas-pedas".. saya bagi order. Sekali tukang kedai tu bagi.. mak uih, sampai tebal bibir dibuatnya, punyalah pedas melampau. Start dari tu serik nak request kasi pedas-pedas..hehe

    BalasPadam
  20. kak cik gunakan masa yang ada untuk berehat sepuas2nya kak...

    BalasPadam
  21. sekali sekala di hotel bes jugak, ada yg tolong kemaskan bilik hehehe...

    BalasPadam
  22. berehat di rumah saat paling membahagiakan...:-)

    BalasPadam
  23. ayat mesti mau power ya kakcik/..

    siapa makan cili.. dia yang terassa pedasnyaa

    BalasPadam
  24. Berjalan kaki ke rumah nyonya,
    Niat di hati hendak bermanja,
    Oh, Kakcik cuti rupanya,
    Patutlah nampak gembira aje!

    Ala, tak kisah kalau badan montel,
    Debab-debab pun ada cik abang,
    Mana nak bahagia duduk di hotel,
    Duduk semalam RM pun terbang!

    Cik Ani suka main tarik tali,
    Tangan lembut dah naik kematu,
    Siapa berani main dengan cili?
    Tgk pijar tak pijar kalau tonyoh kat muka tu?

    BalasPadam
  25. Sallam Kakcik,

    Amboi seronoknya kakcik dapat berehat.Dapat plak kiriman dari Nadia. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  26. pndai akak buat pantun..tp mcm izan skrg mmg dok hotel la berbulan2 sbb nk dkt dgn suami..lps ni bila dah ke offshore,tinggallah kami =(

    slmt beristirehat akak! =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.