Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Januari 2012

Antara KURANG AJAR dan TAK DENGAR AJAR...

Kita biasa mendengar apabila seseorang itu marah kepada orang lain, perkataan yang acapkali disebut ialah KURANG AJAR!   Malahan, ibubapa pun tanpa segan silu sering memarahi anak-anak mereka dengan perkataan KURANG AJAR.

Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan.  Kemudian tenangkan fikiran dan fikirlah sejenak.  Bila kita melaungkan perkataan KURANG AJAR kepada anak-anak kita, kepada siapakah sebenarnya kemarahan itu kita hamburkan?

Tidakkah anak kita itu menjadi KURANG AJAR hanyalah kerana kita sebagai ibubapa TIDAK MENGAJAR MEREKA DENGAN SEWAJARNYA?  Sebaliknya, jika kita rasa kita telahpun mendidik dan membimbing anak-anak kita dengan segala tata susila, tidaklah wajar kita mengherdik mereka dengan perkataan KURANG AJAR itu, kan?  Bukankah sebenarnya anak-anak itu TIDAK DENGAR AJAR?

Begitu juga, bila kita marahkan anak orang lain, janganlah sewenang-wenangnya menggunakan perkataan KURANG AJAR itu.  Jujurnya, aku sendiri akan merasa kecil hati apabila mendengar anak-anakku dimarahi dengan perkataan KURANG AJAR kerana aku dan suami telah mengajar mereka semampu kami walaupun  kami sendiri bukanlah manusia yang sempurna.

Dulu aku pernah juga menulis tentang KURANG AJAR  di catatan ini.

21 ulasan:

  1. betul.... rasanya mama saya tak pernah guna perkataan "kurang ajar". perkataan yang di gunakan sama maksud dengan apa yang akak ingin sampaikan iaitu "tidak dengar ajar" tetapi dalam istilah bahasa daerah tempat kami. contoh perkataan lain tapi maksud sama adalah seperti.... "tok make di ajar budok nih"

    BalasPadam
  2. ma cheqna selalu kata
    "eh budak bertuah ni"

    BalasPadam
  3. Sapa yang kata tu.... nak kena ajar sikit ...

    BalasPadam
  4. Kalau tak nak orang kata kat anak kita, jangan pulak kita yang mengata anak orang....

    Saya memang tak boleh terima kalau orang kata anak saya kurang ajar...silap-silap haribulan saya yang ajar mereka pulak.....

    BalasPadam
  5. eee...peningkan kakcik?
    taktau nak cakap apa!

    BalasPadam
  6. ayat 'kurang ajar' memang boleh buat kita touching kan..

    BalasPadam
  7. memang sentap ayat ni. tapi kalau gurau2 dgn kawan sebutan jadik kuong ajo.. sambil tersengih2 macam kerang busuk

    BalasPadam
  8. Sallam Kakcik,

    Betul kak, saya memang tak pernah sebut perkataan kurang ajar tu kepada sesiapa pun, bagi saya perkataan tu memang sungguh tidak baik.

    BalasPadam
  9. relevan jugak tu ye kakcik..

    saya sendiri tak pernah terfikir macam tu..hmm...bagus di buat renungan bersama...

    BalasPadam
  10. 'kojaaaq'...sebelah utagha mmg dah serasi penggunaan suku kata ni kakcik...tapi sepatutnya dari awal lagi sbg ibubapa jgn galakkan langsung anak2 menyebutnya, kita yg lebih dewasa menjadi contoh dan teladan kpd mereka.

    BalasPadam
  11. Ayat kurang ajar ni mcm kasar jer bunyinye...Kadang2 mmg org tak suka mendengarnya...

    BalasPadam
  12. x sampai hati nak cakap macam tu kat anak...diaorg pun kecik lagi...

    BalasPadam
  13. Relevan kata-kata Kakcik tu. Mencemuh anak kurang ajar tp kenapa tak lebihkan ajaran tu?

    BalasPadam
  14. tak sepatutnya perkataan tu dihamburkan kepada anak.... tak kiralah anak sendiri ke... anak orang lain ke...

    mak-ayah kan yg mengajar dan mendidik anak2..

    kalo dah kata kat anak sebegitu - salah mak-ayah juga lah - yg masih tak cukup ilmu dalam mengajar dan mendidik anak2...

    BalasPadam
  15. mmg x sedap dgr perkataan tu..biar pun usia da meningkat...
    apa2 pun berfikir sblm berkata..

    BalasPadam
  16. ye...perkataan tu agak pedih utk di dengar...

    aku pun tgh cuba utk mendidik anak ku sebaiknya...

    BalasPadam
  17. kakcik
    kadang bila dah terlepas cakap, rasa menyesal pulak kan?
    kena guna perkataan yg lain lebih sopan kan?

    BalasPadam
  18. serius cik ina tak suka perkataan kurang ajar ditujukan pada kanak -kanak bawah umur tak dinafikan kadang-kadang cik ina ada gak terlepas cakap dalam hati, kalau terkena ngan orang cam kurang ajar, mulai sekarang kena cakap mcm yang kak chik sarankan.

    BalasPadam
  19. selalu pk 2/3 kali sebelum keluarkan kata2 bila marah anak.. maklumlah, syaitan pun joint sama, masyallah...

    BalasPadam
  20. Masa'alahnya perkataan ini telah digunakan sinonim dengan biadap. Itu yang kita dengar cara pengunaannya dari itu tidak dinilai pecahan maknanya. Itu yang difahami bila mak kata jangan menjawab, itu kurang ajar.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.