Kawan-kawan kakcik

Khamis, 5 Januari 2012

Anak-anakku, dengar sini mak nak pesan...

kalaulah satu hari nanti kalian tersasar jalan
lalu ada orang datang memberi peringatan
janganlah kalian berlagak terlebih bijak
lantas menuturkan yang tidak-tidak

jangan persendakan hukum Tuhan
pesan Nabi pula usah dipermain-mainkan
tak pernah cukup ilmu yang mak bekalkan
kerana mak sendiri jauh dari kesempurnaan

kemegahan seorang Mukmin bukan hanya pada pelajaran
bukan juga pada penilaian yang dicanang-canangkan
telah digariskan segala panduan dalam Al Quran
Sunnah Rasul adalah pelengkap aturan

anak-anakku
kubekalkan kalian dengan ilmu
itupun bukan dari kepandaianku
kuhantar kalian untuk berguru
agar lengkap tingkah dan laku

anak-anak mak
mak ini serba kurangnya
jadi janganlah dibongkar kekurangan mak
dengan tingkah kalian yang terpaksa mak tepis
dan tangkis
tak terjawab akan mak kepada Dia
bila anugerahNya mak persia-sia



34 ulasan:

  1. salam kakcik,

    syahdu sekali..

    sesuai juga pesan pd anak2 ati :)

    BalasPadam
  2. terima kasih mak....

    insyaAllah adik ingat pesan mak,.. =)



    *feeling mcm mak sndri bg nasihat...huuu bila la nak gaji ni..nk balik kmpung... =(

    BalasPadam
  3. teringgat pada mak..
    terima kasih pesanan kakcik ni

    BalasPadam
  4. pesanan yang amat baik...semoga kita semua ambil iktibar...saya pun risau, apa akan jadi pada anak anak saya kelak...

    BalasPadam
  5. sikap biasa pada manusia
    terkadang terjumpa pada kawan juga
    tak boleh ditegur silap dan alpa
    depan kita macam takder apa-apa
    belakang pula lain bicara
    habis dicuba diselongkar ditimba
    tak dapat tanduk telinga dipulasnya
    selagi tak puas hati durjana
    agar selaras dengan yang diterima
    sentap dibalas sentap maunya...

    hanya doa yang mampu kita pohonkan kakcik setelah puas usaha dan cuba...

    BalasPadam
  6. Perlahan-lahan makan anak Sayang
    Jangan sampai tercekik
    Paku seluruh alam
    Berhati-hati minum Sayang
    Jangan sampai tersedak
    Buih satu lautan

    ~ Oh Anak / M Nasir

    BalasPadam
  7. rasa hiba plk sy baca nasihat ini...terasa sungguh kekurangan diri..smpai akhir nafas pun belum tentu kata nsht utk ank ni cukup buat bekalan..teringat arwah mak yg selalu pesan itu ini w/p sy dah kawen..

    BalasPadam
  8. SELAMAT TAHUN BARU KAK !!

    Sungguh terkesan di hati dengan entry akak ni memang sesuai di hayati oleh semua ibu dan anak2 di luar sana.

    Cemerlangnya seseorang itu bukan terletak pada berderetnya A yg di perolehi dlm peperiksaan tapi cemerlang itu adalah penilaian dlm setiap bentuk tingkah laku dan sikap luar dan dalam dirinya serta cermatnya ia menjaga maruah diri sendiri, keluarga ,agama serta bangsanya.

    BalasPadam
  9. Bukan utk anak-anak saja
    buat mak-bapak pun kena ingat juga
    kerana hidup kita dikelilingi manusia
    lumrahnya ada kala lupa
    terima kasih ingatan buat kita semua

    BalasPadam
  10. assalam kak cik..terharu..akak pun mak jugak kak cik tersentuh hati..

    BalasPadam
  11. assalamualaikum ibu

    saya menangis ketika baca coretan ibu

    BalasPadam
  12. Akhir nya berjaya juga kakcik susun ayat...sungguh menyentuh kalbu

    BalasPadam
  13. syahdu. Saya rasa spt ibu saya yg berkata-kata. Pesanan yg baik Kakcik .. buat saya dan anak-anak yg lain juga.

    BalasPadam
  14. semoga anak2 kakcik jadi anak yang soleh semuanya..dan yana juga nak jadi anak yang soleh dan taat..aamin..:)

    BalasPadam
  15. kak cik, bagusnya peringatan ini dgn bahasa yg begitu indah.. ianya nasihat yg baik untuk diri saya juga.. terima kasih kak..

    BalasPadam
  16. Salam KakCik,

    Sebanyak mana pun ilmu dunia atau akhirat kita bekalkan, kalau baik ibubapa dipuji dan kalau anak jadi tak baik, ibubapa juga yg kena.

    BalasPadam
  17. terima kasih mak...
    atas teguran dan ingatan...

    BalasPadam
  18. Saya sangat sayang mak saya.

    Pasti anak2 kakcik pun sangat sayangkan kakcik & takkan membongkar kekurangan kakcik.

    BalasPadam
  19. saya ambik dan semat semua pesanan mak ke dalam dada. terima kasih... :)

    BalasPadam
  20. Andailah saya menjadi anak Kak Cik.. mesti airmata akan meleleh tatkala membaca coretan ini.

    BalasPadam
  21. teringat lagu2 dikir barat Halim Yazid yang begitu banyak di tujukan kepada anak2 dia dan juga kepada ibu-bapanya

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum.

    Indah sekali kata-kata ini. Terima kasih.

    BalasPadam
  23. salam

    saya pun rasa macam anak juga..saya sellau ingat

    BalasPadam
  24. sukeee akak ..
    insyaallahhh anak2 x akan menhmapakan kita ;)

    BalasPadam
  25. kak..
    rasa shahdu sangat bait2 tulisan ini...

    kak.. moga kita menjadi anak dan ibu yang berjaya membentuk cahayamata kita..amin

    BalasPadam
  26. peringatan untukdiri sendiri juga kerana mak IMmasih hidup...

    BalasPadam
  27. Saya tak pandai nak berkata begini, berpesan dengan anak. Mengharap pada doa sahaja. Boleh copy pesanan ini buat anak-anak saya? Sangat lembut dan berhikmah, sifat yang kurang pada diri saya.

    BalasPadam
  28. pesanan ni juga utk sy...sbg ank mak..

    BalasPadam
  29. Nursalamah...

    boleh saja Dik. Semoga ada manfaatnya.

    BalasPadam
  30. kakcik..syahdu sungguh.
    peringatan untuk diri sendiri jugak..

    sori,sy aritu xdpt nak linkback kakcik nye blog..skang br boleh.:p

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com