Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 6 Januari 2012

Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah ft. Malique)...

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya


Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan


Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta



(Alif)
Ada teratak di hujung kampung

(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



Ikhlaskanlah hati memberi kemaafan, walaupun mungkin pahit untuk ditelan segala kegusaran...


20 ulasan:

  1. selamat pagi kakcik,
    moga kak dirahmati sekeluarga

    ayu suka lagu ini..
    lirik lagu yang bagus untuk renungan dan pengkongsian

    pagi2 layan lagu ini sambil uruskan rumah, rasa nyaman... hehehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Yong Kakcik,

    Hmmm belum dengor lagu ni, jarang bukak TV, radio pun takde. Tapi tyau bahagian mana yg rap nyer.

    Siapa penulis lirik, Malique ke?

    Dalam gak ilustrasinya, kena dihalusi, tapi penyanyinya masih dlm halusinasi ke?

    BalasPadam
  3. Salam kakcik
    Kadang2 amat susah untuk memamaafkan orang yang menghancurkan kebahgiaan kita ya. Itu yg saya rasakan

    BalasPadam
  4. lagu ni penuh makna....selamat hari jumaat kakcik!

    BalasPadam
  5. baru pernah dengar sekali dua jer lagu nie....

    BalasPadam
  6. saya pun suke dgr bait2 lagu ni kak...

    BalasPadam
  7. kata orang maaf boleh, lupa susah sikit.

    saya agak sukar untuk meminati lagu kalau ada orang cakap cepat2 di dalamnya.

    BalasPadam
  8. boleh maaf - tak boleh lupa...
    tapi maaf tu tak boleh dipaksa-paksa....

    tak memaafkan tak semestinya tak mulia...tergantung pada isi cerita..

    tak berani menghukum hanya dari pandangan mata atau cerita satu pihak saja..

    BalasPadam
  9. SALAM,
    Kita sama2 ambil pengajaran drpd senikata ini.

    BalasPadam
  10. Ada yg mudah menutur maaf tapi hati susah benar utk menerima kerana otak dan minda dlm kepala sentiasa ingat segala rentetan peristiwa...

    BalasPadam
  11. salam pagi jumaat,

    suka dengan lagu ni...byk pengajaran di dalam nya

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik..

    Semoga Jumaat hari ini menjadi hari yang ceria buat kakcik dan keluarga..



    :)

    BalasPadam
  13. Salam kakcik

    Dah beberapa kali dengar lagu ini...baru semalam terkesan di hati..ingatkan nak buat entry ari ni..rupanya kakcik dah mendahului.

    Terkesan ketika part Jamal Abdillah menyanyi...suka sangat.

    BalasPadam
  14. ari2 dgr sbb ari2 bdk kt sblh blk ni psg...

    BalasPadam
  15. Maaf semua salah silap acu pada kakcik ya selama kita kenal :)

    BalasPadam
  16. suka lagu ni... banyak maksud yang tersirat dan tersurat.....

    BalasPadam
  17. salam kakcik..lagu baru ke ni?hehe..sori,mmg dah lm xdgr lagu2 bagai ni..tp,dr lirik mmg memberi makna yg mendalam.

    BalasPadam
  18. saya sokong al-lavendari..maaf boleh, lupa tu tidak mungkin.sah tak dapat lupa dan sengaja tak nak lupa pun.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.