Kawan-kawan kakcik

Isnin, 5 Disember 2011

PAD - lagi dua minggu sahaja - aturcara...

Jangan lupa temujanji kita pada 18/12/2011 nanti ya?  Hanya lebihkurang 13 hari sahaja lagi.  Kepada yang sudah mendaftar (mahupun tidak mendaftar, tapi ingin turut sama), harap-harapnya tiada keuzuran untuk menghadirkan diri.  Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, majlis yang dirancang ini bukanlah majlis Dato' LF mahupun kakcik sendiri.  Ini adalah majlis kita bersama.  Kejayaannya adalah bergantung kepada kita semua.

Selain dari makan-makan dan suaikenal (bagi yang baru hendak berkenalan) atau mengeratkan silaturrahim (bagi yang sudah sedia kenal), mungkin kita boleh sama-sama memikirkan aturcara lain bagi memeriahkan majlis ini.

Di majlis ini juga kita akan (dengan persetujuan anda semua dan tiada paksaan) :

i) melancarkan tabung kutipan derma untuk disumbangkan kepada

ii) solat Zuhur berjamaah dan mendengar sedikit tazkirah.  Bagi kaum wanita yang boleh bersolat, sila bawa pakaian solat (telekung) sendiri, ya.  walaupun di rumah Dato' LF ada disediakan telekung, tapi mungkin lebih baik kita membawa kepunyaan sendiri agar tidak menyusahkan Datin untuk mengemas semula (Dato' dan Datin tidak mempunyai pembantu rumah).

iii) ada sessi mengenalkan diri dan blog nanti, InsyaAllah.

Setakat ini, hanya itu yang dapat kakcik ingat berdasarkan perbincangan-perbincangan sebelum ini.

Salam Bersambut Ukhwah Bertaut.


34 ulasan:

  1. mama
    beshnya...
    nanti cadangkan kepada dato' suh wat kat trg plak..boleh bercuti2 =)

    BalasPadam
  2. tang sesi pengenalan diri tu saya gelabah sikit. maklum...saya kan pemalu...heheh~

    BalasPadam
  3. wak pon sukak perjumpaan sebeginihhh... eeeeE wak dh datang niiii nk komen komennnnn..........

    BalasPadam
  4. masih belum teruka hati nak join..mungkin tahun depan kot...heheheh!

    BalasPadam
  5. kakcik, saya sama macam gB, selalu kalo taim memperkenalkan diri, selalu tegagap2... :)

    p/s: masih lagi fikir nak bawak apa nanti... ada cadangan kakcik? hihi..

    BalasPadam
  6. salam... saya kerja hari itu , maklumlah orang kerja dihotel, kalau dapat cuti macam orang gomen ok lah.. kalau dapat datang sekejap alangkah gembiranya

    BalasPadam
  7. SALAM,
    SETUJU, KITA SEWA SATU BAS KE TRENGGANU, CHEQNA !
    WALAUPUN ADA PROGRAM TERTENTU YG DIATURKAN, KITA AKAN CUBA JADIKAN PERJUMPAAN INI BERSANTAI DAN RELEKS2 SEDIKIT. KAKCIK DAN AZIE TAHU MACAM MANA NAK BUAT NANTI !

    BalasPadam
  8. betul, tina setuju, sebaiknya kita bawaklah sendiri kain sembahyang kita, lg selesa guna sendiri punya

    wlupun diri sendiri tak pergi hihi

    BalasPadam
  9. nampaknya akan lebih gempar dari pertemuan pertama dahulu ..

    BalasPadam
  10. saya nak datang pakai topeng lah, pemalu...~hahahaha

    BalasPadam
  11. Cheqna...

    jauh sangat takut bila dah sampai semuanya tak larat nak bergeder-geder lagi! :)

    BalasPadam
  12. gB...

    ops! baru kakcik tahu gB ada penyakit gelabah rupanya. :)

    BalasPadam
  13. wak gelas...

    jemputlah datang nanti. :)

    BalasPadam
  14. kaklong...

    alaaaa... buka2kanlah pintu hati tu. :)

    BalasPadam
  15. Fara...

    kita jumpa di sanaaaaa... :)

    BalasPadam
  16. Anaa...

    kan dah dapat idea nak bawa nasi impit dengan kuah lodeh? Bawa je... takde malu2 nya... :)

    BalasPadam
  17. PM...

    acaranya dari 10 pagi ke 3 ptg, kalau sempat datanglah, ya. :)

    BalasPadam
  18. Dato'LF...

    Azie mungkin tahu nak buat macamana, tapi saya tak pandai bab2 buat rombongan... :)

    BalasPadam
  19. Tina...

    memang lebih selesa guna barang sendiri, kan? :)

    BalasPadam
  20. Kanda Al...

    datang tak nanti? Kali pertama kurang meriah sebab tuan rumah serba tak tahu. :)

    BalasPadam
  21. Dr Faiz...

    amboiiiii... sejak bila jadi pemalu pulak ni? Jangan lupa bawa buku MC sekali tau! ;-)

    BalasPadam
  22. yupp.. seronok memanglaaa tp bab kenalkan diri tu mama suka belakang tabir je, malu lagi nak perkenal diri setakat kawan maya je kalau boleh.. tp sudikan berkawan maya dengan mama?

    BalasPadam
  23. aimaniman...

    sebagai manusia memang kita kena ada sifat pemalu, tapi macamana kita nak berkawan kalau tidak sudi diri diperkenalkan? :)

    BalasPadam
  24. Semoga segala persiapan dipermudahkan olehNya. Jauh nak ke sana. Saya doakan dari jauh.

    BalasPadam
  25. Nur...

    terima kasih kerana mendoakan. Harap2nya cuaca pun baik saja nanti. :)

    BalasPadam
  26. luperlah nk komen aper td psl syok bc komen org lain kat atas neh...miahahahha...jgn babab sy yer, kakcik??... tqvm atas 'like' itu, wahai kakcik...

    BalasPadam
  27. Ayu...

    amboiiiii.... memang nak kena babab juga dia ni tau! :)

    BalasPadam
  28. alamak nak memperkenalkan diri..nanti saya ni jadi bisu sekejap..sebab terkedu nak memperkenalkan diri...

    nak bawak ape ni ye kat sana nanti...

    BalasPadam
  29. Ain...

    tak apa, kakcik dah kenal Ain... nanti kakcik tolong perkenalkan. :)

    BalasPadam
  30. countdown kakcik ni sama dengan wani punya countdown nak berjauhan ngan suami...huhuuuuuu

    BalasPadam
  31. Wani...

    jangan sedih. InsyaAllah semuanya demi untuk kebaikan Wani dan keluarga juga di kemudian hari nanti, kan? :)

    BalasPadam
  32. Sedih, tak dapat nak join.Apa pun, salam buat teman2 blogger ek kak Cik.

    BalasPadam
  33. Salam Kak. Teringin nak attend tapi ada wedding yang harus dijaga! InsyAllah next gathering!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.