Kawan-kawan kakcik

Selasa, 22 November 2011

Tahniah...

Tahniah En. Ong Kim Swee
kerana
anda telah berjaya mendidik
anak-anak buah anda
dengan cemerlang

tetapi
saya adalah kejam
sekiranya saya tidak turut mengucapkan tahniah
kepada anak-anak didik anda

disebabkan
tanpa mereka sebagai penggerak
tak mungkin apa yang anda rancang
akan berjalan dengan jayanya

saya juga adalah bodoh sombong
sekiranya menjulang anak-anak buah anda itu
tanpa mengambilkira buah fikiran
yang telah anda curahkan

tahniah juga
kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung

termasuklah para penyokong
kerana tanpa mereka
kepada siapa pula kemegahan
hendak dilaung!

Sebenarnya, dalam kerja berpasukan tiada orang yang boleh mendakwa bahawa dia adalah yang terbaik dari yang lain.  Sebuah rumah yang didirikan di atas beberapa batang tiang, akan tetap senget atau runtuh bilamana salah satu tiangnya retak dan patah.

Kita boleh menghampiri awan namun bagaikan mustahil untuk kita meletakkannya dalam genggaman.  Jadi, fikirkanlah sejauh mana sebenarnya kehebatan kita.


Kita tahu ke mana arah tuju kita, tapi sampai atau tidak kita sendiri tiada kepastian.


 
 

17 ulasan:

  1. SALAM,
    HEBAT ANAK2 MUDA KITA ! TAPI SPTMANA KATA KAKCIK, INI HASIL KERJA PELBAGAI PIHAK. TENSION SEPANJANG PERLAWANAN..... RASANYA MACAM NAK PAKAI BOOT DAN TURUN KE PADANG .. LF MESTI SCORING PUNYA ... TAK PAYAH TAMBAH2 MASA .

    BalasPadam
  2. tahniah!
    berbaloi sakit tekak sebab menjeritttt..!
    heheheh!!

    BalasPadam
  3. kalau menang memang patut semuanya yg terlibat harus menerima ucapan tahniah...kalah plak, ada yg sorang2 kena kutuk....lumrah manusia hanya nampak pd sesuatu yg baik2 je....ni pcl ckp umum ye kakcik..xde tuju kat sapa2.

    p/s...Tahniah Pasukan Bolasepak Malaysia.

    BalasPadam
  4. tahniah juga kepada pihak yg berjaya menjaga keselamatan pemain dan rakyat Malaysa di sana...

    TAHNIAH KEPADA SEMUA
    YEAY!!!

    BalasPadam
  5. tumpang ucap tahniah juga.
    maruah kita tu. hehe

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah atas kemenangan ini dan menjadikan saya berbangga dengan semangat kerjasama berpasukan yang telah mereka tonjolkan

    BalasPadam
  7. semoga Harimau Muda terus berjaya melawan Syria & Bahrain lepas ni

    BalasPadam
  8. bangga... semangat berpasukan yg menjadikan mereka hebat

    BalasPadam
  9. 120 minit yg rasa macam nak gugur jantung lah kak cik...

    BalasPadam
  10. hebat betul harimau malaya... betul2 mengaum walau pun saya cuma tengok betul2 masa saat2 akhir..

    BalasPadam
  11. Sy suka komen Kakcik psl anak bongsu Kakcik tu! Comel tau! Menjerit gembira sambil bt ulasan selari! hiks!

    BalasPadam
  12. betul tu kakcik..
    nak ucap tahniah biar apda semua
    bukan pada player2 ngan coach je..

    mlm tadi punya game bola mmg best!

    BalasPadam
  13. sebatang lidi senang nak patah , kalau nak dibandingkan secekak lidi. apa yg penting kerjasama.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com