Kawan-kawan kakcik

Selasa, 29 November 2011

Memory Lane, Ipoh...

Aku hanya berjalan-jalan dan mengambil gambar sebelum 'lari' semula untuk berehat dalam kereta kerana tak tahan dengan cuaca yang panas, sesak serta terdedah dengan batuk dan bersin mereka yang membanjiri kawasan ini.

Menurut suami dan adik-adikku, harga barangan di sini (walaupun barangan terpakai) adalah agak mahal.  Jadi, kenalah pandai tawar-menawar...

Pintu Gerbang di bahagian belakang.

Macam-macam barangan ada dijual di sini

Sesak!

Ada sesiapa pernah guna buku ini sewaktu di sekolah dulu?

Kata adikku, seterika lama ini berharga RM120 satu.  Mahal kan?

Macam-macam saiz batu/cincin ada.  Silalah pilih.

Kasut 'bundle'.

Peralatan jahitan pun ada.

Entah pejabat pentadbiran manalah punya fail-fail ni.  (Aku ternampak sepasang
kasut jururawat dengan jenama KKM, tapi aku segan pula hendak merakam gambarnya!

Kasut lagi...

Siapa peminat pinggan lama?

Sesuai bagi yang ada anak kecil.

Murah, kan?  Tapi dah berapa lama agaknya tersarung di badan orang lain? (~_~)

Ada yang berkenan ke?

Yang ini aku suka (tapi suka tengok je!)

36 ulasan:

  1. SALAM,
    TEMAN ORANG PERAK TAPI TAK PERNAH SAMPAI DI SINI

    BalasPadam
  2. tempat lepak saya ni kakcik tiap hari Ahad..bukan beli barang pun, suka nengok deme punya semangat berniaga

    BalasPadam
  3. halamak kakcik.......
    pinggan mangkuk tu yg takleh tahan
    ekekeke
    kakcik survey tak harga pinggan mangkuk bercorak lama tu?

    kakcik kalau suasana panas dan sesak dan ada org batuk & bersin sambil tak reti tutup mulut, rasa macam nak simbah air jer kat dia. selfish.

    BalasPadam
  4. W/salam Dato'...

    dulu... arwah bapa saya panggil tempat ni 'belakang Loken'. Saya pun baru sampai kat situ! :)

    BalasPadam
  5. IS...

    masa kakcik singgah kat situ, memang kakcik teringat sangat kat IS tau... nak telefon/sms, nombor tak ada pulak! :)

    BalasPadam
  6. Q...

    kakcik terdengar penjual tu sebut harga satu set pinggan mangkuk tu RM75. Tak tahulah mahal atau murah, tapi masih boleh ditawar, rasanya. :)

    BalasPadam
  7. barang2 tu makin lama makin mahal .. kenapa orang tak begitu ? makin lama makin murah .. hehe.

    BalasPadam
  8. Kanda AL...

    barang-barang lama akan jadi 'edisi terhad', tapi orang pula jadi 'edisi tak larat'. ;-)

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum my lovely sis...:)

    Seronok jalan2...suka tgk brg mcm2 dijual... jamu mata sambil jln2 pun bestttt!:)

    BalasPadam
  10. Kalau kakakpun tak tahan sesek sangat macma itu kakcik. Iron tu dulu rumah aruah atok kakak ada. Sekarnag tah tahu kemana dah...

    BalasPadam
  11. kakcik,

    saya pernah guna seterika lama @ seterika kayu api zaman saya sekolah form 1-2. jenuh pagi-pagi nak kena hidupkan api dulu sebelum gosok baju.

    BalasPadam
  12. saya tak tahu pulak tempat ni..
    nama je orang perak..:p
    tak pernah pergi..
    kat mana letak nya ni kakcik??

    BalasPadam
  13. Wa'alaikummussalam Tinie sayang...

    memang seronok jalan-jalan, tapi kadang2 tak tahan dengan persekitaran... :)

    BalasPadam
  14. Kakzakie...

    kakcik pernah guna sterika macam tu satu waktu dulu. Bila taka ada arang, kami guna tempurung kelapa.

    BalasPadam
  15. eLL...

    kakcik pun pernah guna. Kadang2 api dari dalam sterika tu terpercik pada pakaian yang sedang digosok!

    BalasPadam
  16. Diana...

    tempat itu terletak di Ipoh. Ada beberapa hotel di sekelilingnya termasuk Hotel Grand View. :)

    BalasPadam
  17. hihi nampak tang pinggan mangkuk tu terasa teringin lah pulak nak pergi, tapi mesti mahal kan kakcik

    BalasPadam
  18. Assalamualaikom kakcik :)

    teman same dato'.. tak peghonah sampey sini.
    pinggan lame tu teman minat benor.. nnti nk caghi le!
    yg ghomah mini tu si bongsu (takat ni) kalo jumpe mesti nk belek.. :)

    BalasPadam
  19. As salam Kakcik, Mak teman org Teluk Intan tapi teman tak penah sampai tempat ni. Teringin nak pegi. Dia macam Pasar Karat ye Kakcik? Jual barang 2nd hand yg masih boleh guna?

    BalasPadam
  20. Tina...

    sebenarnya kakcik tak bertanya harga pun. Kakcik pergi sebab ikut adik2, lepas tu kerja kakcik ambil gambar sana sini. :)

    BalasPadam
  21. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    mike nak buat apa dengan pinggan lama tu? Buat koleksi ke? :)

    BalasPadam
  22. W/salam Ella...

    hehehe... memang ada orang panggil tempat tu 'Pasar Karat'. :)

    BalasPadam
  23. wah dah macam carboot sale di UK. Tak tahu kat Malaysia pun ada mcm ni kak...

    nampak menarik, tp biasalah, mmg perlu pandai menawar kan...

    BalasPadam
  24. Kakcik!

    Bulat mata sy tgk ada org jual pinggan lama motif bunga tu! Sy adalah peminatnya!

    Ipoh? Jauhnya...bila lak masa sy nak ke sana. Klu sy sendiri tak pe. Tapi ape2 hal kena deal dgn suami. Payah gak tu. Tp sy mmg suka sgt pinggan2 tu.

    Mhl tak Kakcik pinggan2 tu?

    BalasPadam
  25. salam buat kakakku kakcik..
    dari dulu lagi saya teringin ke sini tapi tak pernah tercapai hasrat..kat sebelah mana sebenarnya tempat ni kakcik?
    saya minat jugak barangan antik ni kakcik..

    BalasPadam
  26. ~yus~...

    sebenarnya ada banyak 'benda' di tempat sendiri yang kita tidak temui. Kakcik dulu selalu dengar nama tempat ini, baru ini sahaja kakcik sempat pergi. :)

    BalasPadam
  27. Fara...

    ramai juga rupanya peminat pinggan lama ni. Nanti kakcik nak beli dan jual semula la! :)

    BalasPadam
  28. W/salam Adikku Samad...

    sebenarnya, kakcik dan adik2 sampai ke tempat ini dengan bantuan GPS! Mujur juga Along pun tahu sikit2 nak menuju ke situ. Dulu, tempat ini lebih di kenali sebagai LOKEN (atau Look-In?)...hehehe...

    BalasPadam
  29. saper yg makin lama makin murah tu kakcik
    wakakakaka...

    BalasPadam
  30. kalau sy dtg sini pon misti suka cuci mata aje tp membelinya idok haha

    BalasPadam
  31. assalam kak..

    No duk sini slalu gak lalu jalan ni..tak tau pulak ada jualan camni..lalu sbb anto amik abang kat OUM hehe...

    benornye baru je pindah 4bulan sini hehe

    BalasPadam
  32. W/salam No...

    dah lama duduk kat sana nanti, InsyaAllah No akan tahu tempat itu. :)

    BalasPadam
  33. seterika tu memberi seribu kenangan pada saya..
    tak ingat kat rumah arwah wan masih ada lagi ke idak..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com