Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 November 2011

Kita bercerita esok sahaja...

sebab?

semalam - kabel laptop tak boleh digunakan - dah putus, tak tahu bila nak beli yang baru (hmmmm... anakkkkk... anakkkk...)

hari ini - gambar-gambar baru dalam kamera.  Kamera pula Angah bawa untuk tugasannya (beralah untuk anak adalah sesuatu yang sangat biasa bagi seorang ibu)

itu sahaja - ada bisa di hati yang perlu kurawati sendiri. Salam takziah buat keluarga Ahmad dan Muhammad yang kehilangan ibu tercinta.  Semoga roh Allahyarham Aishah Kanda ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman dan beramal soleh.

notahatiseorangtuayangbukandikakibukit : kita ada Allah, jadi segala dugaanNya, kepada Dia juga kita adukan kembali kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui lagi Mengerti.



30 ulasan:

  1. SALAM,
    MOGA KAKCIK KEMBALI CERIA ! LF YAKIN KAKCIK MAMPU MERAWAT BISA !

    BalasPadam
  2. W/salam Dato'...

    saya sendiri sebenarnya tak faham, apa tujuan orang yang sengaja cuba menyakiti hati orang lain, walaupun orang itu langsung tidak mengenali dirinya?

    BalasPadam
  3. takpe kakcik, menanti dgn sabar nk tgk gmbr2 korban, salam takziah dan bacaan ummul kitab utk arwah

    BalasPadam
  4. Aju...

    InsyaAllah, esok kakcik siarkan gambar dan sedikit catatannya. :)

    BalasPadam
  5. bujal...

    mak pun tak pasti siapakah yang sangat lapar sehingga sanggup gigit kabel tu! :)

    BalasPadam
  6. Q...

    InsyaAllah kakcik boleh. Sentiasa ingat dan berserah padaNYa. :)

    BalasPadam
  7. begitulah hati seorang ibu,sentiasa beralah...
    :)

    BalasPadam
  8. kaklong...

    itu pun masih ada yang memfitnah kononnya kakcik ini ibu yang queen control! :(

    BalasPadam
  9. PM...

    kakcik dah masuk kerja semula. :)

    BalasPadam
  10. mmg mcm tulah...ibubapa selalu beralah dgn anak2 semoga jd contoh teladan jg buat mereka suatu masa nanti.

    BalasPadam
  11. Sallam Aidil Adha kak Cik,

    Semuga ceria selalu,

    Begitulah kehidupan seorang perempuan begelar ibu kakcik, tak pernah jauh dari terasa hati, semuga kakcik mampu merawatnya.

    BalasPadam
  12. PCL...

    ... dan semoga anak2 mengerti tentang kasih sayang ibubapa mereka. :)

    BalasPadam
  13. Salam LL...

    kecil hati dengan anak2 memang perkara biasa yang tak mungkin berlarutan, tapi bila sakit hati dengan orang yang kita sendiri tak tahu siapa dia, lain pula rasanya....

    BalasPadam
  14. kabel lap top boleh putos?

    -ganas-

    BalasPadam
  15. gedek!...

    lebih ganas dari gaban! hehehe...

    BalasPadam
  16. semoga bisa itu akan sembuh secepatnya.. salam mesra dan ceria buat kakcik..

    Takziah buat keluarga arwah.. semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman..

    BalasPadam
  17. Hanis...

    walaupun bisa itu hilang, kesannya tetap akan ada... :(

    BalasPadam
  18. lebih baik jadik queen control daripada tak control langsung kak kakcik..

    BalasPadam
  19. winduu kak cik ! ..
    akak selamat hari raya korban :)

    BalasPadam
  20. kesian kakcik..
    ada saja dugaan..

    bersabar dan berdoalah ye...

    BalasPadam
  21. sedih melihat ahmad dan muhammad pg tadi...terlalu sekejap mereka nikmati kasih sayang seorang ibu :(

    BalasPadam
  22. Anaa...

    kena juga ada kawalan walaupun kadangkala sukar untuk anak2 menerima, kan? :)

    BalasPadam
  23. ieda...

    rindu juga dengan Ieda. Salam Aidil Adha buat Ieda juga. :)

    BalasPadam
  24. PB...

    nak buat macam mana, ada orang tak suka tengok kita senang walaupun kita tidak menyusahkan hidup mereka. :(

    BalasPadam
  25. Wani...

    semoga mereka tetap tabah dan diberikanNya kelapangan dalam menempuh arus kehidupan.

    BalasPadam
  26. takpe. kakcik citer bila2 pun saya tunggu aje. :)

    takziah juga kepada Ahmad dan Muhammad. sedih....

    BalasPadam
  27. gB...

    terima kasih kerana sanggup menunggu. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com