Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 November 2011

Eh! Bukankah rakyat Melaka tidak digalakkan melawat Kelantan? ...

2011/11/01



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Melaka Air akan membuka penerbangan domestik dari Melaka ke destinasi Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan bermula akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.



Beliau berkata, penerbangan itu bagi merancakkan penggunaan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dan ia akan dijalankan dengan kerjasama syarikat penerbangan FireFly. Katanya, setakat ini hanya sebuah syarikat penerbangan iaitu Wings Air sudah memulakan operasi dari Pekan Baru, Indonesia ke Melaka sejak tahun lalu dan beroperasi tiga kali seminggu.

Sumber berita DARI SINI

notaikutsukahatisesedaprasa : janganlah semuanya hendak dibuat mengikut kepentingan politik peribadi sahaja sehingga yang bukan-bukan pun dijadikan taruhan!


24 ulasan:

  1. Eh..kenapa dia tapi melawat Kelantan pulak?...Negeri Kelantan ni aman dan makmur apa.......rakyatnya pun berimaaan.....kalau mati kat Kelantan, anda mati dalam imaaan...(sebut macam p. ramlee)

    BalasPadam
  2. Opsss...sori.silap taip...
    Kenapa dia tak bagi melawat Kelantan pulak?

    BalasPadam
  3. saya sokooongggg ...kak cik kata ...

    BalasPadam
  4. Betul cakap kak chik..apa yang boleh dibanggakan dengan fahaman politik sendiri jika rakyatnya tertindas

    BalasPadam
  5. hahaha..macam2..politik malaysia semakin pelik..

    BalasPadam
  6. mak sy..setahun berkali2 pegi Kelantan borong barang2 kat sana buat berniaga kat Melaka..kan dh untungkn dua pihak tu...pe hal pulka dia tk bg pegi Kelantan..bukan dia yg bayarkan tiket pun..

    BalasPadam
  7. teringin naik kapal terbang..

    sya baru tahu rupanya ada penerbnga indon-melaka..

    BalasPadam
  8. setuju sangat dengan notaikutsukahatisesedaprasa itu...

    BalasPadam
  9. Angguk2 baca ayat nota hurup kecik tu.

    BalasPadam
  10. ni semua sebab PRU thn depan..hemmmm...!!

    BalasPadam
  11. pelik la..apa masalahnya?tak paham.kata 1msia kan?hehe

    BalasPadam
  12. Itulah kakcik lain kali cakap nak kena bertapis. Bila dah nampak banyak benda di Kelantan nyosal pulak dah. Malulah tu....

    BalasPadam
  13. Kakcik, sebenarnya saya kurang amik tau pasal poolitik nie. Tapi napa org tak suka gi Kelantan??

    BalasPadam
  14. Rugi laa kalau tak bagi lawat kelantan.. Kelantan pun byk tempat2 menarik..

    BalasPadam
  15. zaman skrg ramai politician yg lebih pentingkan diri sendiri jer

    BalasPadam
  16. KM Melaka tu bagus orgnya..dh bnyk benda dia buat utk majukan Melaka..dan dia sgt pentingkan org Melayu..err tp kenapa dia x bg melawat Kelantan pula ya??

    BalasPadam
  17. Kenapa pulak begitu ye kak Cik, Melaka pun dh byk perubahannya

    BalasPadam
  18. ampunkan la pemimpin Melaka kakcik...
    melayu mudah lupa...kata chek deq

    BalasPadam
  19. Arizakiah..saya orang kelantan..statement org kelantan beriman tu rasanya tak sesuai..pada saya semua umat islam mukmin yang mengaku ketauhidan Allah, melaksanakan suruhannya meninggalkan larangannya diharapkan diletakkan dalam golongan orang beriman..tidak mengikut negeri..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.