Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 November 2011

Baik mengaku cepat!...

amboiiii... tajukkkk... macam hendak menggertak sangat!

sebenarnya...

kakcik nak tanya,

siapa yang bawa makanan ini


bukannya kerana kakcik cemburu

(sebenarnya kakcik pun tak sempat nak rasa)

tapi...

suami kakcik pesan

nanti di pertemuan seterusnya

di rumah Dato' LF

siapa yang bawa ke rumah kakcik tu

tolonglah bawa pula ke sana

sebab...

suami kakcik kata makanan itu sangat sedap.

Eh... makanan apa, ya???

Makanan yang ini lah

v

v

v

v

v


notahatiakuyangtakmaluhendakmengaku :  aku memang tidak begitu pandai memasak.  Hanya beberapa jenis makanan sahaja yang aku tahu.  Buat kuih muih, biskut, kek atau masakan yang pelbagai memang aku tak tahu.  Jadi, kalau suami atau anak-anak ingin makan, akan aku usaha untuk mendapatkannya walau bukan dari 'air tangan'ku sendiri.  Ada yang hendak letak komen puaka di sini?  Silakanlah sebelum aku humban ke tong spam.  Tak menjadi kudis pun kepadaku.


56 ulasan:

  1. saya langsung tak dapat rasa~keh keh~

    BalasPadam
  2. weee...tatotnya! gawang...

    eh, saya ler yg bawak tuh, lupa ker hah?

    sure ngamuk sipembawa makanan tu
    hahaha....

    BalasPadam
  3. kuey teow kan kak?

    wani siap tapau lagik! hahaa

    BalasPadam
  4. Kalau dia tak datang ke rumah Dato' LF kakcik kena bawa abang ke rumah sipembawa pulak hahaha.....

    BalasPadam
  5. sapa punya? sapa punya? Saya teringin la pulak nak rasa sbb aritu tak merasa. Hihi.

    BalasPadam
  6. bujal...

    spaghetti kamu pun mak tak sempat makan (rasa sempat - sesupa je) :)

    BalasPadam
  7. bujal...

    Tahniah (tapi mak takde hadiah nak bagi) :)

    BalasPadam
  8. Q...

    ish ish ish... macamana kakcik tak nampak Q pada hari kejadian? Menyamar ek? ;-)

    BalasPadam
  9. Kakzakie...

    kalau sipembawa jemput ke rumahnya lagi bagus, boleh makan puas2. :)

    BalasPadam
  10. Ella...

    inilah kakcik sedang cari siapa yang bawa. Harap2 dapat rasa di rumah Dato' nanti. :)

    BalasPadam
  11. tengok rupa pun dah tau sedap kakcik.. niat di hati nak mengaku.. tapi saya ni datang pun tidak..hahaha..tak malu betul :P

    BalasPadam
  12. Rai...

    kalau Rai ada datang tempohari, kakcik percaya bila Rai mengaku dan kena buktikan pula di rumah Dato' LF nanti. :)

    BalasPadam
  13. nampak memang sedap...pasti laku kalau dibawa di pertemuan kedua nanti, dah kakcik war-warkan disini mesti semua orang nak rasa kesedapan kuey teow ni:)

    BalasPadam
  14. kakcik memang sedap.. bila kakcik bagi jer plastik kat saya suh tapau, makanan pertama yang saya bungkus ialah kuehtiaw goreng ni.. konon nak bagi hasben rasa.. hampeh, kat rumah sendiri pulun jugak.. hahaha...

    nak bungkus spaghetti bujal gak, tapi masa tu dah nak habis, takut orang belakang tak merasa..

    p/s: saya pun tak pandai masak jugak..

    BalasPadam
  15. Qema...

    suami kakcik banyak kali kata kuey teow tu sedap (selepas pertemuan berlangsung, kenapalah dia tak cakap pada hari kejadian - mahu kakcik sorok sepiring dua...). Manalah pembawanya tak mengaku lagi ni... :)

    BalasPadam
  16. Anaa...

    maknanya suami kakcik memang ikhlas kata sedap tu, kan? :)

    BalasPadam
  17. oooooooo..bukan saya punya :D

    BalasPadam
  18. wah, npknya next perjumpaan mesti semua buat lagi sedap2...pcl sendiri nak masak haha leh caya ke!

    BalasPadam
  19. mcm best je pertemuan blogger ni kak?
    =)

    ada syarat2 nak join tak?heee...tnya je..

    BalasPadam
  20. MDT...

    kuey teow itu datang lebih awal dari MDT rasanya. :)

    BalasPadam
  21. PCL...

    percayalahhhh ... hehehe, PCL masak ke MommyFara yang masak? Tak kisahlah, janji ada makanan. :)

    Silap2, kakcik bawa kacang Ngan Yin je! :)

    BalasPadam
  22. Munna...

    jemputlah nanti, tiada syarat pun. Cuma makanan adalah secara potluck. :)

    BalasPadam
  23. komen puaka tu apa kak??? :o

    sedap banget nampak gambonya tu!

    BalasPadam
  24. saya masak lagi sedap!!

    komen orang yang cemburu sebab tak dapat join dua2 gathering..
    ekekeke

    BalasPadam
  25. teringin nak join.... leh kenal2 ngn semua...

    BalasPadam
  26. seronoknya dpt buat gathering mcm tu...yg jauh hanya dpt dgr citer je.
    klu sorg suami dah memuji masakan tu sedap...mmg sedap lah gamaknya...apa lagi si pembawa..tonjolkn lh diri. nak tahu juga ni.

    BalasPadam
  27. nampaknya takda org nk ngaku..biar sy ngaku saja lah kahkahkah..


    komen puaka apa tu kakcik..misti dari puaka juga kan..abaikan sj sbb dh dasar puaka kan..


    samalah kakcik..sy pon x pandai masak sgt..

    BalasPadam
  28. saya pon tak pandai masak.. hiasan atas makanan je lebih bg mengaburi ketidaksedapan masakan itew...

    BalasPadam
  29. sah-sah bukan saya :-)...

    kakciks jangan mare yer...anyway selamat menyambut aidil adha buat kakcik sekeluraga

    BalasPadam
  30. Blogger PUTU BAMBU!!!

    Awak yang punya , kan? kan?

    BalasPadam
  31. Saya sendiri dengar Abang MUS suami Kakcik puji KueyTeow Goreng ini memang sedap!

    Yeahhh saya sendiri pun rasa, sempat tapau bawak balik sikit.

    Yeahh sedap. Setuju dgn Abg MUS.

    Dia siap pesan nak makan lagi, tapi PASTIKAN ada KERANG dan UDANG.

    BalasPadam
  32. KakCik
    Sebenarnya kuaytiau tu I yang masak dengan QJ. Sekian terima kasih dan ampun maaf pada tuan punya kuaytiau, hehee. Guwau ya KakCik..

    BalasPadam
  33. saya pandai masak,,tapi cik mek molek kat katering le jawabnya..

    BalasPadam
  34. SALAM,
    LF TAK KIRA SAPE YG BUAT ! YANG PASTI, LF NAK RASA BENDA TU PADA 18 DIS NANTI ! TARUH KERANG BANYAK2. BARU BEST !

    BalasPadam
  35. kakcik, ayu nak tau siapakah orangnya???

    BalasPadam
  36. kakcik ni rupanya amat merendah diri orangnya...
    makanan sedap semua orang akan ingatkan....

    BalasPadam
  37. milo...

    komen puaka tu datangnya dari sipuaka yang tahunya masuk ke blog orang semata-mata hendak letak komen yang entah apa-apa...

    BalasPadam
  38. diana...

    diana masak sedap ya? Meh kakcik nak rasa sikit. InsyaAllah, satu hari nanti mungkin kita dapat bertemu juga. :)

    BalasPadam
  39. Zue...

    rugi betul kakcik tak sempat rasa kuey teow tu. :)

    BalasPadam
  40. Rina...

    kalau ikutkan, kakcik nak ngaku juga, tapi sah2 suami nampak bukan kakcik yang masak, kan? hehehe...

    komen puaka tu... hmmm... ada la sorang tu, kerjanya masuk ke ruang komen blog kakcik untuk maki hamun kakcik sedangkan kakcik pun tak tahu dia tu siapa...

    BalasPadam
  41. sVSs...

    kakci ni dah le masak tak sedap, nak menghias pun malas! :)

    BalasPadam
  42. Chik Na...

    ish ish ish... pasal apa pulak kakcik nak marah kat Chik Na? :)

    BalasPadam
  43. Azie...

    betulke PB yang bawa? Alamak! mana dia ni, tak nak mengaku pulak! :(

    BalasPadam
  44. Azie...

    Abg Mus pesan nak kerang dengan udang, ya? Kerang kakcik kurang suka, tapi udang kakcik suka - letak banyak pun tak apa. :)

    BalasPadam
  45. CS...

    kalau betul you dengan Q yang bawa, Alhamdulillah. Tapi you dua orang menyamar sebagai siapa ek? Ini yang I musykil ni... hehehe... :)

    BalasPadam
  46. IS...

    kakcik percaya IS pandaui masak, maklumlah orang bujang di perantauan, kan? :)

    BalasPadam
  47. W/salam Dato'...

    harap2nya tukang bawa itu terbaca permintaan kita ini. :)

    BalasPadam
  48. Ayu...

    kakcik pun sedang mencari2, siapakah dia itu. :)

    BalasPadam
  49. Eri...

    bila kita tak tahu, lebih elok kita mengaku supaya orang tidak salah menduga, kan? :)

    Betul - yang baik, yang sedap - akan menjadi ingatan. :)

    BalasPadam
  50. saya sangat sedeh kerana saya tak pandai masak. tak pernah jadi sedap. terubat sikit hati bila tahu ada juga yang macam saya. selalu risau bila orang datang, beli saja untuk disajikan. saya pun minat kweteow. suka tengok kemeriahan perjumpaan. kalau saya di kejiranan kakcik memang saya nak datang, cuma pasti bawa makanan yang dibeli.

    BalasPadam
  51. puan nursalamah.. teman pon bwk mekanan imported je ke rmh kakcik hr tu.. tapi malangnye bukan kuetiaw sedap tu. tak merase sebab dh 'terpikat' dgn spegetti bujal. rmh Dato' nnti mesti serbu kuetiaw kalau puan punye dtg juge. teman? mungkin ulangtayang choc chip brownie & dadih..
    kakcikku yg manis.. jgn le herankan komen2 puake tu.. menagih perhatian kakcik je gamaknye.. kesiannnnnnnn....

    BalasPadam
  52. hehehe...malunya kita...

    ye lah..kita ngaku kita bawak..

    haritu masak gitu2 jek..heheh

    masaalahnya..kita ni tak reti masak byk2..mesti kurang garam le.. itu lah..inilah..

    tak konsisten omputih kata..! kehkeh

    tapi insyallah..ada rezeki kita bawak nanti..

    nanti kita bubuh kerang byk2 yek..! hehehe...

    BalasPadam
  53. hoh! kje kak putu rupanyer. the only putu bambu that can cook super duper yummy kueteow goreng...spesel request tuh, kak. jgn ketaq tgn plaks nk msk lepas neh...miahahah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com