Kawan-kawan kakcik

Khamis, 13 Oktober 2011

Benarkah? (Minta pandangan dari kawan-kawan) ...

Kakcik baru menerima satu panggilan dari sebuah bank terkemuka tempatan.  Kata pemanggil tersebut, mengikut akta baru Bank Negara Malaysia, pemegang kad kredit yang memperolehi pendapatan kurang dari RM3,000.00 sebulan tidak boleh memiliki lebih dari 2 kad kredit.  Oleh yang demikian, beliau meminta kakcik menghantar salinan penyata gaji untuk dua bulan terakhir sama ada melalui faksimili atau e-mel, kononnya untuk mengemaskini data pemegang kad.

Soalannya : adakah panggilan itu bukan satu 'perangkap'? 
Gaji bulanan kakcik memang tak sampai RM2,000.00 pun.


34 ulasan:

  1. Assalamualaikum KakCik,

    SCAM!
    No bank makes phonecall to its clients. Tak pro. Just ignore. Nanti bila Kakcik jawab dan layan,dia minta nombor akaun, bla bla bla....

    BalasPadam
  2. ngeeee

    ngeriii
    jaga2 kakcik, byk sgt scam skang ni

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakcik...

    Benar apa yang MOH KEMBARA cakap tu, termasuklah email atau SMS. Kalau nak lebih jelas kakcik boleh talipon hotline bank tersebut untuk bertanya masalah itu.

    BalasPadam
  4. huishh..bahaya tu..

    baik kakcik toksah layan..

    BalasPadam
  5. iskhhh, betul ke?

    tak penah dgr lak!

    baik2 kak, penipu skang pnjang akal nak scam orang...huhu

    BalasPadam
  6. Salam
    Tak pernah dengar lagi bank negara buat begini. Perangkap tu. Jangan layan. Kalau nak pakai kad kedua just apply.

    BalasPadam
  7. ape kene mengene takleh miliki 2 kdtkad dgn antor slip gaji kat dia kakcik???

    jgn caye kak.. kalo dia ugut2 gak ajak jumpe di baley polis!

    BalasPadam
  8. Kakcik ni kalau tak ada RM2K mana boleh ada credit card. Tapi yg kakcik kata gaji tak sampai 3k tak boleh ada 2 kad pun tipu juga. Ramai staff kakak yg gaji tak sampai 3k ada 2 kad.

    BalasPadam
  9. jgn caya kak cik..taktik tu..

    kalu kak cik nk tau kebenaran..pi sdiri atau tel bank negara sdiri

    BalasPadam
  10. jgn layan kakcik...
    ade ka macam tu..sekarang ni macam2 cara org nak menipu...

    BalasPadam
  11. wuuit!! mokwo yg tak kerje nih pun ade 3.hihi..mcm2 scam sekarang nih..tipu lahh tuh!

    BalasPadam
  12. Gaji saya pun tak sampai RM3K. Tapi bank rimau tu bagi je credit card 2 card tu.

    Untuk confirmation, baik Kakcik call bank yg issue credit card Kakcik tu.

    BalasPadam
  13. penyelesaian terbaik kak cik pergi jer ke bank. nak lagi senang pergi card centre terus...selesai masalah...

    benda2 macam ni jgn buat main takut org manipulate...

    BalasPadam
  14. telefon le bank negara tanya..
    kakcik.. jgn main kasi jek

    BalasPadam
  15. maaf kakcik...bab2 gini saya kurang arif...saya takder kredit kad dan takpernah amik kisah pun ttg itu (taktaulah apa nak jadi, selalu ketinggalan)....

    selama ni saya tak der kekuatan nak berkredit2...esok lusa taktau la pulak..elok jugak kakcik timbulkan soal gini, bolehlah saya celik mata sikit....

    BalasPadam
  16. kakcik pergi sendiri minta pengesahan di bank kad kredit kakcik.

    BalasPadam
  17. Kakcik jgn layan tau. Ella rasa tu tah apa2 tah tu,

    BalasPadam
  18. hati - hati kak. org nak menipu ni macam2 cara.

    BalasPadam
  19. SALAM,
    JANGAN LAYAN ! BANK KALAU NAK MINTA DOKUMEN2 PENTING SEPERTI INI TIDAK AKAN SMS/PHONE KITA. MEREKA AKAN HANTAR SURAT RESMI .

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik;

    Jangan layan kakcik, semuanya tu scam. Diorang ada sindiket buat kerja haramjadah tu.

    Kawan saya dah terkena tahun lepas... RM20k lesap. Mulanya diorang gempar macam2. Akhirnya pihak mayban menafikan.

    BalasPadam
  21. sape cakap?
    bank laaaaagi suka kalo kita banyak kad kredit

    BalasPadam
  22. baik pegi bank tanya dan confirmkan...

    selalunya bank takkan wat urusan kewangan melalui phone..

    mana ada bank kad kredit..semua suka maaa....

    hihi..apapun pi tanya sendiri dulu..

    BalasPadam
  23. banyak bank berlumba-lumba nk bg kad credit skrg tanpa peduli sgt ngan pendptn...
    kakcik perlu rujuk ngan branch bank tersebut yang berdekatan...

    rs2nya tipuuu...

    BalasPadam
  24. Terima kasih kepada semua yang sudi beri pandangan. Mujur juga kakcik masih bercuti dan urusan 'faks mengefaks' tidak dapat dilakukan dan kakcik teringat untuk buat catatan di atas. Iyalah, dalam kita beringat2, kadangkala terkena juga. :(

    BalasPadam
  25. Nampak sangat tipunya tu Kak Cik.. Abaikan.

    BalasPadam
  26. penipu..kawan saya kene 15ribu..terpaksa buka akaun lain dan tutup akaun lama..

    BalasPadam
  27. kak chik pihak bank tak akan hantar kita email atau sms. jangan pecayalah kak chik.kak chik call bank kad kredit kak chik tu.

    BalasPadam
  28. cuba kakcik panggil bank itu .. dan minta bercakap dengan pengurus bertanyakan kesahihannya.

    saya cuma layan permintaan bank kalau ada surat hitam putih.

    telefon2 tak mainlah kecuali diikuti kemudiannya dengan surat dari bank.

    BalasPadam
  29. call je..?
    abaikan je kak..
    biasa bank pasti akan bagi surat.. kalau setakat call tak payah layan.. tunggu je surat dari pihak bank..

    BalasPadam
  30. scam! penipu! loyar buruk! propa!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com