Kawan-kawan kakcik

Selasa, 13 September 2011

Syawal ke 14 di Sg Manik, Perak.

Bukan sedang berkaraoke, tapi sedang memberi SEPATAH DUA kata.


Antara jemputan yang datang.

Pengurus Kilang Beras Bernas (KBB) sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

Laksa yang dihidangkan sangat sedap.  Tak percaya?  Cuba tanya BS. :)


Lontongnya juga sedap sebab aku sendiri yang mengesahkannya.

Rendang ayam dan dagingnya juga sedap walaupun lemangnya keras!




Kesian suamiku - tak ada 'baju raya'!

BS pura-pura malu bila aku hendak merakam gambarnya.

Jangan pandang pada rupa, tapi tanyalah rasanya.

Aku tak tahu nama jambatan ini, tapi bentuknya menarik perhatianku.

32 ulasan:

  1. seronoknya ke rumah terbuka yg meriah sebegini menunya hihi, BS auntie suke gaya mu

    BalasPadam
  2. Aju...

    kakcik lagi suka sebab tiada protokol yang membezakan tetamu yang datang. Bagus penganjur buat macam tu. :)

    BalasPadam
  3. heh heh bukan karaoke heh?
    ada ala2 P ramlee mengalunkan lagu "Getaran Jiwa" ek?

    saya pun masih kekenyangan makan kat open house malam tadi..

    BalasPadam
  4. Q...

    kalau dia berkaraoke, mahu hujan ribut kat Sg Manik tu! Kesian kat pesawah padi... hehehe...

    BalasPadam
  5. Jauhnyer perjalanan kakcik..tapi berbaloi bila makanan yg dijamu menepati selera..Alhamdulillah

    BalasPadam
  6. Pn Nani...

    saya cuma mengikut suami yang memenuhi undangan. Mungkin esok lusa saya akan mengikutnya lagi. :)

    BalasPadam
  7. Suami kakcik kerja dgn Bernas ke?
    Lontong tu pada mata saya mmg nampak best

    BalasPadam
  8. mcm2 makanan ade...meriah sungguh...semuanye nnpk sedap jer...

    BalasPadam
  9. kalau mamaainul nampak laksa tu~~keh keh~~

    BalasPadam
  10. Dr Faiz...

    ya, suami kakcik pekerja bawahan di Bernas. :)

    Lontong tu memang sangat sedap. Kalau duduk lama, mahu kakcik makan bertambah2. Tapi disebabkan nak bekejar balik ke KL, kenalah jamah seadanya.

    BalasPadam
  11. Ainnoraini...

    walaupun makanan yang disediakan ringkas sahaja, tapi semuanya sangat sedap. Sangat berbaloi datang dari jauh pun. :)

    BalasPadam
  12. bujal...

    mamaainul sangat mengidam laksa, ya? Kamu dah penuhi permintaannya ke? :)

    BalasPadam
  13. Chik Att...

    kakcik tak sempat nak rasa cendol tu, cuma minum air oren je. :)

    BalasPadam
  14. kakcik... setiap kali balik Chenderong Balai saya lalu jambatan itu


    kekadang rupa cantik tapi rasanya hambar, saya juga suka yg sedap rupanya tak kisah

    BalasPadam
  15. Cheqna...

    naik baik la berat mama nampak gayanya!

    BalasPadam
  16. ibuintan...

    kadangkala rupa memainkan peranan juga. Jadi lebih baik rasa dulu, baru tahu, kan? :)

    BalasPadam
  17. banyak nye menu kan kak
    memang kena makan semua
    sikit2 :))

    BalasPadam
  18. PB...

    kakcik tak semoat makan laksa tu, tapi BS kata sedap sangat. :)

    BalasPadam
  19. ieda...

    nak jamah serba sikit pun tak sempat sebab kesuntukan masa. Mujur kami tiga beranak merasai makanan yang berlainan, dan setiap kami mengesahkan makanan yang kami makan adalah sangat sedap. :)

    BalasPadam
  20. Meriahnyaa Kak Cik.. Kalau saya balik Sg Lampam mesti lalu jugak kat jambatan tuh.. Rumah Kak Ipar dah dekat dah tuh ngan kilang bernas.. :)

    BalasPadam
  21. Rinna...

    kakcik memang lalu ikut Sg Lampam tu (datang dari arah Tk. Intan), tapi bila balik, lalu ikut jambatan tu terus menghala ke Chui Chak. :)

    BalasPadam
  22. Yan...

    macam tu la 'kerja' suami kakcik. Sambil tu, dapat juga singgah menjenguk mertua di Teluk Intan. :)

    BalasPadam
  23. buat apa kalau rupa cantik tapi tak sedap, cik ina suka rasa dulu .terliur bila kak cik cakap laksa dia sedap, teringat plak laksa penang hari tu.

    BalasPadam
  24. Cik Ina...

    macam orang juga, kan? kalau cantik tapi tak pandai masak - tak bermakna juga (nanti ada yang jawab, kedai makan banyak, pulak!) :)

    BalasPadam
  25. Kakcik.. kenapa mr Bob tak pakai baju melayu. kalau tak sure menang segak bergaya. hehe

    BalasPadam
  26. Cyana...

    tu la pasalnya. Suka hati dia je. Bagaimanapun, InsyaAllah untuk majlis esok malam kakcik akan pastikan dia berbaju melayu lengkap. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.