Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 23 September 2011

Edisi gantung apron lagi...

Gantung apron tu pinjam ayat Dak Azie .  Kali ini 'memasak' dan menjamu selera di Lala Seafood (tapi makanannya - seafood ke?), Kg. Baru.  Sempena hari kelahiran Along (biasalah, hari lahir siapa pun dalam keluarga kami, Along yang keluar belanja) dan juga aku telah berjaya melunaskan azamku untuk mengganti puasa dalam bulan Syawal.


Sampai sahaja, aku terus memesan pulut mangga ini.  Tapi bagiku, magganya
masam sangat (sebab aku bukan penggemar asam).

Pengat pisang ini suamiku yang pesan dan makan.

...tapi ada juga jurujual warga asing yang masuk.

Keropok ini Angah yang pesan.

Langsingnya gelas ini.  Cemburu aku!


Oh! cilinya sangat pedas bagiku.


Terlebih masin la pulak!

Habis tu kalau dah asyik makan saja, bilalah Along ni nak kurus?

nota hati :  jangan lupa menjengah catatan melekat di atas tu, ya?  Diharap mendapat maklumbalas yang positif dari kawan-kawan semua. :)



28 ulasan:

  1. lek dulu along. pasni jom diet sama2 kak GB nak? hihihi~

    selamat hari lahir along. kem salam kat mak ye. :D

    BalasPadam
  2. ait .. kat gelas pun cemburu !

    saya takut nak makan pulut, hari tu makan lemang, terus kembung. puas juga nak mengeluarkan angin, tak mahu. terpaksalah minum air rebusan halia, baru kurang sikit.

    sebelum tu habis sebotol minyak cap kapak.

    BalasPadam
  3. along kerja apa mak? suruh dia belanja saya makan plak~keh keh~

    BalasPadam
  4. hmm...nampak mcm sedap2...
    saya suka pulut, tatau naper...
    masa muda2 dulu tak suka pulak... makin veteran makin suka heh3

    semalam pun baru makan pulut kuning...

    BalasPadam
  5. Saya tak pernah lagi makan pulut mangga... satu hari nanti bolehlah mencubanya.

    BalasPadam
  6. bila along nak blanje saya pulak? birthday saya dekat2 dgn date gathering tuh.. hehehe ;)

    BalasPadam
  7. Kak gB (hehehe...)

    Mak jawab 'wa'alaikummussalam, nanti jangan lupa datang awal tolong mak rewang!'. :)

    BalasPadam
  8. Rina...

    bukan tak kena dengan selera, cuma kakcik memang tak suka/tak tahan makan masam/pedas. :)

    BalasPadam
  9. Kanda AL...

    saya rasa semua benda yang langsing menyindir saya! ;-)

    Semalam waktu berbuka, saya cuma makan biskut dan minum teh O, lepas tu makan pulak pulut - senank dada saya dibuatnya.

    BalasPadam
  10. bujal...

    nanti kamu datng rumah mak, InsyaAllah Along belanja kamu makan. Along cuma seorang Imam Masjid dan guru KAFA. Bagaimanapun, Alhamdulillah rezekinya sentiasa ada. :)

    BalasPadam
  11. Q...

    kakcik pun suka makan pulut, tapi tak boleh makan banyak. Nanti angin yang sentiasa dalam badan kakcik ini akan bertambah2 lagi. :)

    BalasPadam
  12. AzMask...

    kakcik suka pulut mangga tu sebab dia letak santan pekat sekali. mangganya kakcik tak makan sangat (kalau manis, kakcik makanlah) :)

    BalasPadam
  13. Dr Hanie...

    jemput datang nanti, ya? Nanti kakcik minta Along tempahkan kek khas buat Dr. :)

    BalasPadam
  14. tak kene piawaian ye makanan tu kakcik..

    pulut tu tak leh in lah makan dgn mangga.. kalau rendang laju je saya..

    BalasPadam
  15. RK...

    kebelakangan ini (mungkin faktor usia), tekak kakcik dah pandai memilih2 pulak! Dulu tak macam tu, semuanya masuk mulut, kunyah dan telan je. :)

    BalasPadam
  16. kak cik...oklah tu aina ni setiap kali birtday dalam keluarga...makkkkkk manjang...

    BalasPadam
  17. Happy birthday Along. Moga mendapat limpahan rahmat Allah sentiasa. Cepat dapat calon buat teman mak masak kat dapur. hihi....

    BalasPadam
  18. Aina...

    sejak Along ada pendapatan sendiri, dia tak pernah berkira kalau pasal makan. Sebelum itu, kami tak ada pun makan-makan sempena hari lahir. Cuma, kalau suami kakcik ada 'duit lebih', dia bawalah kami anak-beranak makan di restoran2.

    BalasPadam
  19. Kakzakie...

    harap2nya kakcik dapatlah menantu yang boleh membantu, bukan menantu yang berangan jadi ratu! :)

    BalasPadam
  20. MDT...

    kakcik terfikir2 dulu... oooo... pasal jurujual tu, ya? :)

    BalasPadam
  21. apron saya dah lipat elok2 masuk dalam lemari.. muahahaha

    BalasPadam
  22. Niez...

    kakcik sebenarnya tak pernah pakai apron pun! ;-)

    BalasPadam
  23. Ini bukan selera suami saya ... pasal tu sy tak pernah order menu macam ni ... huhuh

    BalasPadam
  24. eelobor...

    betul. Sebab itu, sampai je kakcik terus order. :)

    BalasPadam
  25. Fazz...

    suami dan anak2 kakcik suka makanan Siam tu. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com