Kawan-kawan kakcik

Selasa, 6 September 2011

Ayam masak lemak cili api...

Gambar dari : citarasa.iridz.com

Itu lauk petang semalam.  Nama sahaja masak lemak cili api, tapi tak pedas pun.  Tukang masak dan anak-anak tak kuat makan pedas.  Persoalannya sekarang, petang ini nak masak apa pula? Jangan kata bulan puasa, bulan biasa pun hari-hari pening memikir nak sediakan hidangan untuk anak-anak.  Untuk diri sendiri dan suami, kami dah tak kisah sangat.  Asal ada makanan, cukuplah sekadarnya sahaja.

Tapi itulah...  susah payah siemak memikirkan dan berpeluh di dapur menyediakan hidangan, kadangkala anak-anak sedikit pun tidak menghargai.


30 ulasan:

  1. ma cheqna pernah kata macam tu gak..penat ma masak anak2 wat derk je ye..lepas pada tu memang kami bantai makan r setiap kali ma masak..kalau ma tak masak memang merengek2 r kami =)

    BalasPadam
  2. Cheqna...

    mama pun kadang2 rasa malas nak masak, tapi bila anak2 berselera makan, semangat memasak tu datang kembali. :)

    BalasPadam
  3. huhu jgn tunggu dh xde ayor tgn Mak mcm teman ni.. jenoh nk merindu2 :(

    BalasPadam
  4. emm...semalam acu puasa
    tak tau nak masak apa
    "mengidam" nasi kandar
    pusing sana sini tak jumpa
    sudah nye beli nasi kat kedai mamak je...huhuhuu

    BalasPadam
  5. Belum masak lagi sejak balik nih... hehehehehe..

    BalasPadam
  6. masak lemak kobis,

    ikan kembung goreng,

    sambal belacan.

    sedap mak~~

    BalasPadam
  7. SALAM SYAWAL,
    MASAK NOGORI NI ! ORANG N9 BIASANYA MAKAN YG PODAS2

    BalasPadam
  8. orang utara ni ...semua nya kari ...sesekali pekena masak lomak ... huhhhh .... pecah poloh oiii ..

    BalasPadam
  9. AzeedA...

    biasanya cenggitulah... dah tak ada baru teringat2. :(

    BalasPadam
  10. Acu...

    kakcik masih berpuasa hari ini, tadi kakcik beli mi kuning - tengoklah apa jadi petang nanti. :)

    BalasPadam
  11. AzMazk...

    kakcik masak tiap-tiap hari. Nak harapkan siapa lagi kakcik ni...

    BalasPadam
  12. mlm ni tak nak masak. sambung puasa...hihii

    BalasPadam
  13. bujal...

    wah! kamu berjaya mengecurkan air liur mak!

    BalasPadam
  14. Salam Dato' LF...

    saya tak kuat makan pedas - tambah2 di musim panas ni, berpeluh dibuatnya.

    BalasPadam
  15. Chik Att...

    kakcik makan semua jenis masakan. Cuma, jangan yang pedas2 sangat. :)

    BalasPadam
  16. Wani...

    kakcik kalau tak masak, nanti anak2 lapar. Boleh beli kat luar, tapi kena juga makan di rumah dulu. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kakcik..Selamat Hari Raya..

    Wow kakcik lauk den nie.. masak lomak cili api.. ngan kentang.. bestnyaa.. :)

    BalasPadam
  18. W/salam Rinna...

    selamat hari raya. Sesekali sedap juga berubah selera. Tkalah asyik asam pedas dan kari je. :)

    BalasPadam
  19. masak kat kedai aje la kakcik... hehehe

    BalasPadam
  20. Niez...

    awal2 Syawal (dah 8 Syawal pun) ni, masih banyak kedai yang belum dibuka. ;-)

    BalasPadam
  21. saya berada di zon selamat sebab hanya hari Sabtu je kena masak.. hari Ahad turn en. suami.. tapi biasanya en. suami yang akan masak.. saya dan anak2 tukang makan.. manakala weekdays keje.. ;)

    BalasPadam
  22. kak cik sodapnya masak lomak cili api, lagi pedas lagi sedap, samalah ngan cik ina nama je masak lomak, tapi kurang pedas, dah semuanya tak makan pedas sangat.

    BalasPadam
  23. Aizamia...

    untungnya suami pandai memasak. Suami kakcik pandai masak air je. :)

    BalasPadam
  24. Cik Ina...

    kalau terlampau pedas, jawabnya tak ada siapa yang akan makan, membazir pulak. :)

    BalasPadam
  25. Saya pun macam tu. Mak saya masak tapi saya pula yg tak makan. Kdg2 ada meeting, dh mkn mase meeting. Kdg2 tu kluar dgn kwn, dh mkn sblm balik.

    Bile mak tak masak, saya pula nak makan. Huhu..

    BalasPadam
  26. dulu masa belum jadi ibu,langsung tak rasa bersalah kalau x mkn hasil tgn mak yg penat kat dapur,tp skrg,bila dah jd ibu,mesti akan mkn jugak tiap2 kali balik rumah mak sbb dah tahu perasaan yg sama bila anak2 tak mkn apa yg mak pnat masak...

    air tgn ibu adalah yg terbaik.masak smbal tumis pun dah jadi sedap sgt2.

    BalasPadam
  27. kakcik... cuba tanya mana2 org pasti jawabnya masakan ibu sendiri yg paling sedap. kakcik kira emak yg rajin selalu masak... cuma anak2 bujang tu blom pernah betul2 merindui masakan emak mereka...sbb kakcik selalu masak. hmm

    BalasPadam
  28. Sufia...

    adalah sangat menggembirakan hati seorang ibu bila melihat anak2 makan makanan yang dimasaknya dengan penuh berselera. Hilang lenyap segala rasa penat. :)

    BalasPadam
  29. ~izan~...

    kakcik bukanlha pandai sangat memasak. Hanya tahu sejenis dua hidangan sahaja. Harap2nya, anak2 kakcik tak jemu makan masakan kakcik. :)

    BalasPadam
  30. Cyana...

    mungkin sebab mereka masih tinggal bersama dengan kakcik, jadi masakan itu jadi sangat biasa kepada tekak mereka. Tapi bila sesekali mereka minta kakcik masakkan satu2 jenis masakan, kakcik tetap akan cuba tunaikan. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.