Kawan-kawan kakcik

Isnin, 25 Julai 2011

Kebaikan...

biar hanya secebis dan tidak diingati oleh orang yang baik budi itu adalah sangat manis untuk dikenang. (*_*)

22/07/2011 @ jam 11.00 pagi - aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Sandakan (LTS).  Bersendirian (walaupun penumpang lain hampir memenuhi pesawat) dan terpinga-pinga.  Maklumlah pertama kali menjejakkan kaki ke sini. 


Sehingga penumpang terakhir mengheret beg keluar dari tempat tuntutan bagasi, aku masih duduk termenung memerhati.  Pesawat yang membawa suamiku dari Kota Kinabalu hanya akan tiba pada jam 1.00 petang nanti.  Sebenarnya, suamiku terlebih dahulu telah 'terbang' ke Kuching pada hari Khamis 21/07/2011.  Dari Kuching, beliau ke Kota Kinabalu dan seterusnya ke Sandakan.  Suami telah memberitahuku bahawa beliau akan meminta 'seseorang' menjemputku di LTS sebelum ketibaannya.  Memandangkan aku 'bukan sesiapa', jadi tak perlulah aku terlalu mengada-ngada.  Aku cakap pada suami - dua jam bukanlah terlalu lama untuk aku menunggu.

Melihatkan aku yang bersendirian, seorang anggota polis LTS telah menegurku.  Aku memberitahunya akan hal yang sebenar.  Beliau dengan senyuman dan bahasa yang sangat baik, memberitahu ada tempat yang lebih sesuai untukku menunggu.  Dengan sopan juga dia menunjukkan aku restoran berhawa dingin di Tingkat 1 LTS.  Katanya, bersebelahan restoran itu ada surau dan aku boleh berehat juga bersolat dengan selesa di sana.  Anggota polis yang berwajah persis Erik Estrada di waktu muda itu memang sangat menyenangkan hatiku.


Erik Estrada - Peminat Siri CHiPs (California Highway Patrol) pasti pernah menggilai wajah ini
Sewaktu hendak balik ke Kuala Lumpur pada 24/07/2011, sekali lagi aku bertemu dengan En. Polis itu.  Tentu saja aku boleh berpura-pura tidak pernah bersapaan dengannya!  Sewaktu itu beliau bertugas mengawasi penumpang yang akan masuk ke balai pelepasan.  Sebaik bertemu, aku tersenyum padanya dan beliau menyapa 'sekejap saja Puan?'.  Aku membalas 'suami saya dah habis mesyuarat'.   Ada satu peristiwa kecil terjadi sewaktu suamiku masuk melalui pengimbas tetapi En. Polis itu melayan dengan senyuman bagai tiada apa-apa yang terjadi.

Sungguh, aku sangat-sangat terkesan dengan budi baik En. Polis itu!  Semoga beliau terus cemerlang dalam kerjaya dan membawa imej yang baik untuk organisasi yang menaunginya.


30 ulasan:

  1. sronok kan bila org berbudi bahasa dgn kita, siap ngan senyuman mesra lagi

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah bertemu dengan orang yang baik.

    Di mana-mana ada kebaikan.

    BalasPadam
  3. Mungkin En Polis nak jadi macam CHIPS....bangga orang Sandakan mempunyai pegawai macam tu.

    Masih ingat watak Erik sebagai Poncherello bersama Jon Baker.

    BalasPadam
  4. sebab tu pepatah mengatakan..orang berbudi, kita berbahasa.....:)

    BalasPadam
  5. Bagus kan jumpa org bbudi bhsa Sebegitu, tidaklah org spt sy ni gabra bhdpn dgn org beruniform hehe

    BalasPadam
  6. saya baru tau chips tu California Highway Patrol~haha~

    BalasPadam
  7. memang terkesan dengan semua peristiwa... termasuk juga 2 jam masa menunggu...

    BalasPadam
  8. beshkan mama kalau semua org atas muka bumi allah ni baik macam gitu.....=)

    BalasPadam
  9. itu hanya secebis dari kebaikan, kakcik.
    ada juga polis yang bila keluar rumah hidup tapi pulang menjadi mayat sbb dilanggar lari mat rempit, bertarung nyawa dgn penjenayah dsb. Ramai juga yg jadi OKU demi tugas...tapi ramai juga yang panggil mereka sebagai anjing kerajaan...
    sedih saya....

    polis pun manusia biasa kan?

    BalasPadam
  10. amiinnn!

    teman minat cite CHiPs tuuuu.. :)
    2X jenguk ghomah kakcik hr ni.. rindu benor gamoknye hehehee

    BalasPadam
  11. bila kita sorang2 nie kan ada dua perasaaan .. takut sbb risau org akan menyapa dan buat x tentu pasal kan ..
    satu layie suke sbb ada org yg ambil berat kenapa kita sendirian di tmpt nie .. hermm mcm2 hal kan kak :)

    BalasPadam
  12. insyallah bila hati kita ikhlas dn baik pasti ada seseorg yg akan berbuat begitu pada kita..kan kakcik.

    BalasPadam
  13. Su...

    tidak rugi berbuat baik, kan? :)

    BalasPadam
  14. Kak Ani...

    cuma janganlah kita terkena dengan orang yang berpura2 baik demi untuk mengambil kesempatan.

    BalasPadam
  15. Nidus...

    kakcik ingat2 lupa pada watak itu! :)

    BalasPadam
  16. Siti...

    budi bahasa budaya kita, ya? :)

    BalasPadam
  17. Aju...

    kakcik ok je... dulu masa zaman 'kekanak' memang la ada rasa 'ngeri' dengan mereka yang beruniform... :)

    BalasPadam
  18. bujal...

    masa siri itu ke udara, kamu masih kecil, kan? :)

    BalasPadam
  19. yangbaik...

    kakcik dah biasa menunggu. Pernah kakcik menunggu selama 4 jam (waktu malam - sampai tertidur) di dalam kereta sementara suami berjumpa dengan kawan-kawan lamanya. :)

    BalasPadam
  20. Cheqna...

    kita hanya boleh mengharap!

    BalasPadam
  21. Q...

    yang baik, janganlah kita sorok kebaikan mereka. Tetapi yang tidak mahu jadi baik, kita doakan agar mereka sempat berubah. :)

    BalasPadam
  22. AzeedA...

    ate kalo dah ghindu dendam tu, datangle ke ghumah teman, boleh kita berborak panjang sambey makan2. :)

    BalasPadam
  23. Ieda...

    dengan En Polis itu, kakcik rasa selamat dan selesa. Dalam tenpoh dua jam menanti, ada juga perasaan curiga di hati kakcik bila ada orang yang duduk dekat2 sedangkan banyak kerusi kosong di situ!

    BalasPadam
  24. Ida...

    kita kena ikhlaskan hati kita sebelum mengharap orang lain ikhlas terhadap kita, kan? :)

    BalasPadam
  25. masih terngiang2 kata2 dari seseorang
    "kalau tak mampu membalas budi,sekurang2nya kenanglah budi yg telah diberi"

    bunyi mcm mengungkit tp penuh dgn hikmah

    BalasPadam
  26. MDT...

    biarpun tidak diminta, pandai2lah untuk menghargainya dalam apa cara... :)

    BalasPadam
  27. kan bagus kalau semua polis begitu...:p

    BalasPadam
  28. Diana...

    polis pun manusia biasa! ;-)

    BalasPadam
  29. tetiba iols teringat lagu - budi bahasa budaya kita - yg siti nyanyi kat tv tu...
    hiks

    BalasPadam
  30. Milo...

    kadang2 lagu tu untuk halwa telinga saja - tanpa penghayatan yang sebenarnya! ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.