Kawan-kawan kakcik

Khamis, 16 Jun 2011

Sebenarnya tiada 'kalau'...

bila terjadi sesuatu perkara, kita sangat suka (atau telah menjadi kebiasaan) untuk mengatakan 'kalaulah...'

Contohnya :  terjadi sesuatu musibah sewaktu kita pergi ke sesuatu tempat.  Maka kita pun berkata 'kalau aku tak pergi tadi, mesti perkara itu tidak akan terjadi'. Adakah sebelum kita pergi ke tempat itu, kita telah mengetahui perkara itu akan terjadi.   Tentu tidak, bukan?  Jadi di manakah kesesuaiannya untuk kita 'berkalau-kalau' itu?

Tetapi, adakah sesuai bila kita berkata begini 'kalau kamu hendakkan benda ini, kamu mesti lakukan perbuatan itu dahulu'.  Pastikah selepas perbuatan itu dilakukan, apa yang kita janji itu dapat kita beri?  Ya, mungkin.  Namun kita kena juga ingat, walau niat kita murni, tidak akan juga terjadi tanpa izin dariNya.

Ada yang bertanya, sesuatu perlakuan yang buruk itu adakah terjadi dengan izin Allah juga?  Aku terjumpa ARTIKEL INI.  Mungkin ianya baik untuk sama-sama kita renung-renungkan.  Wallahhuaklam.


Jangan marah mak saya ...
dia masih kekeringan idea...




48 ulasan:

  1. saya kurang suka perkataan kalau~~haha~~makcik da makan?

    BalasPadam
  2. kalau tiada kalau, bagaimana punca lahir perkataan itu?...

    re artikel tu...saya lebih suka melihat dari sudut lebih dari satu...
    saya kira apa yg ditulisnya sampai ke dalam pemahaman saya dan sangat bersetuju....

    bila kita mendekati hakikat, nak bukak mulut bercakap pun rasanya tak sanggup wlp mata banyak melihat dan hati banyak merasa... terasa lumpuh seluruh badan, tiada langsung daya dan upaya hidup sebagai seorang hamba..

    kita rasa kerana kita begini maka dia begitu walhal Yang DiAtas Sana hanya berkata kun fayakun....

    BalasPadam
  3. ustaz penah ckp

    penggunaan perkataan kalau ni boleh jatuh pada syirik kalau tak kena susunan ayatnya

    BalasPadam
  4. bujal...

    tengahari ini makcik makan makaroni bakar. Kamu hendak sikit? :)

    BalasPadam
  5. Q...

    kita kena selalu melihat semula, sejauh mana ego kita - sedang sebenarnya kita tiada sebarang upaya...

    BalasPadam
  6. WBH...

    itulah yang kakcik bimbangkan - manalah tahu tersasar kata walaupun kita kata kita tidak maksudkannya...

    BalasPadam
  7. Kakcik..(sedapnya makaroni bakar..tp tk pernah lagi cuba buat)

    Ida rasa ida pun jarang sgt guna perkataan kalau bila berlaku satu2 musibah..dah memang ketentuan Allah..cuma kita kena lebih berhati2 dilain kali.

    BalasPadam
  8. Ida...

    makaroni bakar tu kakcik beli di Pasar Tani dekat pejabat - hanya RM2.50. :)

    Selalu juga tersebut perkataan KALAU itu, mujur juga cepat tersedar kembali.

    BalasPadam
  9. kadang-kadang terbiasa guna perkataan KALAU...cuma memang jarang lah digunakan sekiranya terjadi apa2 musibah...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Kakcik,

    Betul tu, dalam menerima takdir Allah tidak ada istilah 'kalau'. Bila kita sebab 'kalau' seolah-olah kita mengumpat Allah.

    BalasPadam
  11. salam kak cik..
    tak pyh nak berkalau-kalau..semuanya adalah suratan ilahi..

    BalasPadam
  12. Saya suka WBH nya ayat tu..so same goes to me gak..takut nak guna "kalau" tp kenkadg guna gak..manusai biasa kan..
    Kitab Cinta tv alhijrah

    BalasPadam
  13. kering idea...?

    cuba kakcik buat pantun 'kalau'


    ^________~

    BalasPadam
  14. ssaya pun x suke kak cik .. dulu masa kecik saya suke cakap kalau itu ini .. skrg nie bila anak2 selalu cakap kalau2 nie .. saya yg marah huuhu

    BalasPadam
  15. Siti...

    satu lagi perkataan yang sering disebut oleh masyarakat kita ialah 'nasib baik'... Dah cedera parah, tapi disebut 'nasib baik tak mati'...

    BalasPadam
  16. Wa'alaikummussalam Kak Ani...

    masalahnya (saya la tu), bukan sebab nak mengumpat, tapi mulut tu biasa sangat nak berkata. Sedangkan bukan kita tak tahu tiada siapa dapat melawan takdir Ilahi.

    BalasPadam
  17. W/salam Hamizah...

    bukan sengaja hendak berkalau-kalau tu ... cuma terlepas sekali sekala sebelum sedar semula. :)

    BalasPadam
  18. alamak..

    kengkadang terlepas jugak cakap macam tu lah kak....

    BalasPadam
  19. CIKU...

    terima kasih kerana sudi singgah dan berkongsi pendapat.

    Kita manusia lemah yang sering lupa...

    BalasPadam
  20. Ati...

    buat pantun? hmmm.. nanti kakcik fikirkan. :)

    BalasPadam
  21. ieda...

    Anak2 juga memang kena diajar dan diingatkan tentang kata2 yang mungkin akan membuatkan kita bagaikan ralat dengan Maha Pencipta.

    BalasPadam
  22. Reen...

    memang pun. Tapi elok cepat2 kita beristighfar. :)

    BalasPadam
  23. segala yang terjadi adalah atas izinNYA

    BalasPadam
  24. MLD...

    kenyataan yang tidak boleh dinafikan...

    BalasPadam
  25. Pakcik tak marah mak adik...biasalah tu dik, setiap blogger pasti ada saat kekeringan idea :P

    BalasPadam
  26. Dr DZ...

    Mak Adik memang macam tu. Bila dia dapat membebel, tak tahu berhenti. Bila dia diam, buat macam mana pun, dia tak mahu bercakap.

    BalasPadam
  27. Dalam program motivasi, depa suka buat slot - Kamu rasa kamu akan jadi apa KALAU kamu tidak jadi seperti sekarang? 'Kalau' yang itu, ok kot...

    BalasPadam
  28. saya selalu ckp kat anak murid saya..BUAH KALAU TAK LEH MAKAN..BUAH MOKTAN..BOLEH MAKAN

    contoh saya sruh dorang hantar keje rumah 5 minit lagi..ada lah yg mulut xde insurans tanya:
    "kalau tak hantar cikgu"

    saya terus bg ayat kat atas tu..gerammmm!!!

    BalasPadam
  29. teringat lagu anita sarawak...kalau berkalau...heheheee...

    BalasPadam
  30. Masa baca entri (sebelum tengok semua komen), memang dah terlintas nak taip SEBIJIK sama macam komen AINA tu.

    hehehe lagu Kalau Berkalau...


    Ayam Kampung untuk Orang Kampung? (macam aku)

    BalasPadam
  31. maaf sekiranya komen saya nie agak kasar sedikit bahasanya. boleh di delete sekiranya di rasakan tidak sesuai oleh kakcik.

    apabila menggunakakan perkataan kalau, kami (antara kawan2), suka mengungkapkan dengan ayat... "kambing berok berdaroh kalu make woh kalu"...(kambing pun akan berak keluar darah sekiranya menggunakan perkataan kalau).

    mungkin sukar faham maksud yang ingin di sampaikan.... cuma antara kami sahaja yang memahami betapa nak menggambarkan perkataan "kalu aka kalau" tidak boleh di gunakan sangat

    BalasPadam
  32. tp perkataan kalaulah tu
    untuk memujuk hati sendiri saja kakcik
    walaupun tahu dah hakikat tu tak boleh nak di ubah kan?

    BalasPadam
  33. kalau kamu belajar, tentu kamu berjaya..sellau je ckap kat student saya

    BalasPadam
  34. ooo...kalau saya tak de blog...sure tak dpt kenal kakcik.....kalau kacik tak kenal saya maka kakcik sure tak dtg blog saya....kalau saya ucap terima kasih atas entry ini....kakcik cakap sama2 tak...?....ahakz

    BalasPadam
  35. betul tu kak chik, cik ina pun heran , banyak yang suka cakap dan fikir cam tu, kalau terjadi sesuatu musibah yang menimpa diri. Macam dorang tahu plak ye, benda buruk tu memang pastikan berlaku.

    BalasPadam
  36. kalaulah...........
    kalaulah............

    memang kalau nie perkataan femous...

    tapikan, ayu tak suka gunakan sangat...

    hanya suka kata.. mungkin...

    BalasPadam
  37. Aida...

    perkataan KALAU itu ada kesesuaian tempat untuk digunakan. Cuma bila digunakan untuk menidakkan takdir, itu yang tidak kenanya...

    BalasPadam
  38. SN...

    budak2 tu faham tak?? :)

    BalasPadam
  39. Aina...

    eh! macam kakcik ikut mendendangkan lagu itu pulak... :)

    BalasPadam
  40. Azie...

    kakcik tahu lagu itu. Tapi cuma ingat liriknya 'kalau engkau berkalau...' :)

    BalasPadam
  41. eelobor...

    kakcik suka dengan pandangan yang eelobor coretkan itu walaupun kakcik tidak begitu faham maksudnya. Bagaiamanpun kakcik bersetuju bahawa perkataan KALAU itu tidak sesuai digunakan di banyak keadaan/tempat. :)

    BalasPadam
  42. Sya...

    jangan sampai ianya membuatkan kita menyesali takdir yang telah diaturkan...

    BalasPadam
  43. IS...

    mungkin ayat itu boleh digunapakai sebagai satu rangsangan...

    BalasPadam
  44. jeBateja...

    hmmmm.... mungkin juga. Terima kasih kerana sudi mengenali kakcik. :)

    BalasPadam
  45. Cik Ina...

    itu yang terjadi bila kita suka berkata mengikut apa yang terlintas tanpa berfikir dahulu dan menerima Qada dan Qadar...

    BalasPadam
  46. Ayu...

    bila banyak berkalau, hati pasti menjadi semakin galau... :)

    BalasPadam
  47. Suka komen KakCik di atas "bila bnyk berkalau, hati pasti menjadi semakin galau.."

    Rasulullah berpesan: Jika ditimpa suatu mudibsh jgnlah berkata kalau, jikalau, seandainya dsb kerana itu akan membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan.

    BalasPadam
  48. Ate...

    iya, syaitan sentiasa menanti peluang untuk menyesatkan kita...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.