Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 Jun 2011

Pak...

setiap kali kusebut namamu
hatiku sayu
jiwaku pilu
perit bagai dihiris sembilu
bergetar bagai dipalu-palu

pak
kini tiada lagi kelibatmu
dan aku seolah-olah baru tahu
bahawa aku telah kehilangan 'sesuatu'

pak
tak pernah tenang jiwamu
dek tingkah lakuku
dek kasar perbuatanku
dek celupar mulutku
dek rengus resah yang kutunjuk padamu

pak
peritnya rengkungku ini
walau kutahu telah lambat untuk kuakui
bahawa banyak yang kukesali
dan banyak jua impianmu tidak kupenuhi

pak
bersemadilah dengan aman
disamping mereka yang soleh lagi beriman
andai ada keizinan Tuhan
mungkin di sana nanti kita dapat bermain setaman


Masa Atuk ada mak marah-marah,
sekarang mak juga yang menyesal tak sudah



21 ulasan:

  1. kak...

    marah² masa diuji kita diluar sedar..

    semoga arwah tenang disana.. amin..

    BalasPadam
  2. moga kita semua dapat bertemu dgn ibubapa, suami/isteri dan anak anak kita di dalam syurga nanti..Amin.

    BalasPadam
  3. salam,

    mesti hubungan kakcik dgn pak
    rapat mcm ati ni tak rapat
    sbb ayah tak bela kami
    jadi perasaan begitu takde kot ...

    sabar ye kakcik

    BalasPadam
  4. baca coretan kak cik...nak menitis air mata..ayah masih ada cuma tak dpt jaga dia sbb berjauhan...masa ayah kuat dulu..sy jarang pedulikan ayah sbb ayah perokok n saya tak suka...sedih pulak.

    BalasPadam
  5. assalamualaikom kakcik.
    lama tak menjengah kakcik

    insyallah, ada hikmah yg berlaku kakcik

    untuk abah kakcik, al fatihah

    kakcik , kita dah melalui ini semua, yg dapat di katakan hanyalah doa...yg lain kita hanya bertawakkal

    allah adalah perancang yg terbaik untuk kita kakcik
    bersangka baiklah dgn adik kakcik dan doakan dia yg terbaik juga
    insyallah ada sinar di penghujungnya walaupun dia tk dpdt bertemu bapa...tp hikmah yg lain mungkin ada...kita sbg hambanya tidak tahu apa apa yg tersembunyi..

    maaf kakcik jika ada yg menyinggung hati...

    BalasPadam
  6. Salam Kakcik, jgn lah bersedih hati, yang pergi tetap pergi..
    Apa yang sudah2 tinggal kenangan..
    memang gitulah Allah menguji kesbaran kita bila menjaga 'org tua'.
    Akak sendiri pun gitu juga..
    sayang pada arwah ibu bapa tidak terhingga..

    BalasPadam
  7. semoga arwah tenang di sana. sebagai anak jalankan tanggungjawab di dunia

    BalasPadam
  8. Masih beruntung kerana meninggalkan anak-anak yg soleh/solehah yg selalu mendoakan....

    BalasPadam
  9. kirimkan doa mu setiap hari
    moga sampai pada yang diberi
    kesal dan hiba usah dituruti
    hanya akan merosakkan hati

    yang pergi biarkan pergi
    yang tinggal biarlah sepakat
    saling bertingkah hanya merugi
    pecah belah hidup tak berkat

    semoga ayah kita damai di sana
    menanti masa kembali bersama...

    BalasPadam
  10. doakan ayah kakcik banyak2 ok....

    BalasPadam
  11. kak.....
    sayu hati ayu baca nukilan kakcik

    sabar ya kak..
    sesungguhnya jika saat ini kak merasai..
    maka.. pelbanyakkan doa utk arwah..

    tabah ya kak

    BalasPadam
  12. semoga pak mu dan ayah ku ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum KakCik, U miss him ya? Bersabar jer...semoga dia dilindungiNya.

    BalasPadam
  14. al fatihah
    moga arwah tenang di sana...

    BalasPadam
  15. moga ditempatkan golongan beriman dan beramal soleh..ameen

    Alfatiha..

    BalasPadam
  16. Takziah utk akak dan family..semoga arwah tenang di sana..
    kirimkan dia amalan kebajikan kita..dan doa kita..kelebihan Allah kurniakan utk hubungan anak dan orang tuanya...=)

    BalasPadam
  17. Sentiasa rindu... sentiasa, kan?

    Seksanya perasaan itu, tapi yang pergi biarlah pergi.

    BalasPadam
  18. alamak....tetiba ingat kat ayah ni....adehhhh....

    BalasPadam
  19. salam kakcik,
    kasih sayang pada ibu dan ayah takkan padam-padam selagi hayat kita dikandung badan.
    semuga ayah kakcik tenang di sana.

    BalasPadam
  20. salam kakcik,

    walau n3 lama tapi bila sy baca tentang pak nih..sedihnya sy sbb pak samalah dgn panggilan arwah bapak sy yg telah pergi 10thn lalu..rindunya..

    sama2 lah kita doakan kesejahteraan mereka disana ye kak..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.