Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Mei 2011

Lelaki-lelakiku...


Angah  tiada dalam gambar ini kerana dia sedang menghadapi peperiksaan dan tidak mengikut kami

Lelaki-lelakiku...
tiada banyak yang kupinta darimu
hanya secebis pesanan
'janganlah diri ini kalian sia-siakan'

bukan memohon diagung-agungkan
bukan juga mahu jasa mendapat balasan
kalian semua hanyalah anugerah dari Tuhan
semoga diriku begitu juga di mata kalian

mungkin tiba saatnya aku kelelahan
hingga segalanya perlukan bantuan
bukan ringgit yang aku idamkan
hanya kasih yang melegakan perasaan



46 ulasan:

  1. Salam
    Pesanan itu perlu agar mereka tidak leka dengan dunia yang smentara ini.

    BalasPadam
  2. salam kakcik.....

    insyaAllah , anak2 tu akan jadi anak soleh yg kan membela kita kelak....

    seronok kakcik ada ramai anak bujang , ummi cuma ada sorang jer anak bujang...

    BalasPadam
  3. salam kak cik aka mak..
    insyaallah anak adalah anugerahkan.. moga jadi orang yang soleh dan taat pada mak dan abah

    BalasPadam
  4. W/salam AB...

    kakcik masih memikirkan 'seseorang' yang masih tidak terbuka pintu hatinya itu.... :(

    BalasPadam
  5. W/salam Ummi...

    itulah anugerah Allah buat kakcik. Kakcik tiada anak dara, namun kakcik bersyukur dengan kurniaanNya yang sangat sempurna.

    BalasPadam
  6. Terima kasih kakcik kerana sudi menjawab pertanyaan saya pagi tadi...

    Semoga anak anak Kakcik menjadi anak yg soleh.

    BalasPadam
  7. W/salam Ibu qaleesya...

    itulah doa mak. Semoga anak2 mak menjadi anak yang soleh - taat pada Tuhan, Agama dan ibubapa. InsyaAllah.

    BalasPadam
  8. Dr DZ...

    sebagai ibu mahupun bapa, kita sentiasa mendoakan dan mengharapkan yang terbaik buat anak2 kita, kan? :)

    BalasPadam
  9. mereka mesti takkan lupa jasa kakcik. kakcik mak yg terbaik

    BalasPadam
  10. semua anak kak cik lelaki ya..insya-allah mereka akn jd anak soleh yg sentiasa menghargai ibunya..

    BalasPadam
  11. kak cik...
    ayah kak cik dah lama ke sakit?
    sy baru je tau lepas baca ntri kak cik...anak sy dua2 pun lelaki kak cik...cam ne laaa bila sy tua nnt...nak ke bini2 diorang tu jaga sy yg cerewet nih hah...

    BalasPadam
  12. Niez...

    bukan mudah memahami kehendak anak2. Rasanya kita dah beri yang terbaik, tapi lain pula penilaian mereka. Macamana pun, kakcik tetap doakan kesejahteraan dan kebahagiaan anak2 kakcik.

    BalasPadam
  13. Rina...

    iya, Allah kurniakan kakcik dengan 4 anak lelaki yang kian dewasa. Semoga mereka menjadi anak yang baik serta berjaya di dunia dan sejahtera di akhirat.

    BalasPadam
  14. kakcik...komen saya pun demam sama...
    tsk!

    BalasPadam
  15. semoga apa yang kita lakukan mendapat ganjaran yang setimpal..dan semoga anak2 tidak mudah terpedaya dgn dugaan dunia.

    BalasPadam
  16. Azian...

    bapa kakcik sakit dah lebihkurang 3 tahun. Kita doakan sahaja semoga kita dan menantu2 perempuan kita akan menjadi bagaikan sahabat yang boleh berkongsi kisah suka dan duka...

    BalasPadam
  17. MLD...

    dunia adalah pentas. Semoga kita yang mejadi pelakon ini tidak melakonkan watak yang membuatkan seluruh isi dunia mengutuk dan mencerca...

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Kakcik,

    Kalau ikut mata kakak yg tumpul
    anak-anak kakcik boleh diharap
    berdoa jodohnya dengan wanita unggul
    insya-allah segalanya selamat

    BalasPadam
  19. Wa'alaikummussalam Kakzakie...

    'wanita yang baik adalah jodoh bagi lelaki yang baik'. Kakcik sangat berharap dan berdoa semoga anak2 kakcik menjadi lelaki yang baik agar mendapat jodoh wanita yang baik juga.

    BalasPadam
  20. salam kakcik..insyaAllah...berkat doa seorang ibu, anak2 kakcik akan jadi insan2 yg bertanggungjawab semuanya. amin~

    BalasPadam
  21. gB...

    insyaAllah. Aminnn.

    Kakcik juga doakan agar gB segera bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang beriman dan budiman. :)

    BalasPadam
  22. insyaAllah..moga mereka sentiasa mengingati kak cik dengan penuh kasih sayang...

    BalasPadam
  23. kak cik..begitu juga ida selalu berpesan kepada 2 org lelaki2 yg ada disamping ida..

    BalasPadam
  24. tanggungjawab sbg lelaki ni mmg besar kn..

    BalasPadam
  25. semuga anak-anak menjadi penyejuk hati ibu..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikom kakcik sayang..
    teman ndak esemes tp ade halangan sket.. teman sgt2 mendoakan moge 'pertemuan' tu terjadi secepat mungkin.. sedih nengok gambor bapa kakcik.
    moge Allah ringankan beban zahir + batin ayahanda kakcik..
    moge kasih lelaki2 kite berkekalan.. amiinnn!

    BalasPadam
  27. insyaAllah
    lelaki-lelaki itu akan sentiasa ingat dan sayang pada kakcik :)

    BalasPadam
  28. Kakcik tak ada anak dara ye? Saya tak abis jelajah blog Kakcik ni.

    Takpe, anak lelaki jaga keluarga.

    BalasPadam
  29. kakcik...semoga kakcik terima menantu yg baik2 belaka hendaknya. Ameen.

    BalasPadam
  30. Ida...

    sebagai ibu, memang kita sentiasa berpesan kepada anak2 kita dan berdoa agar mereka tidak memandang sepi akan apa yang kita nasihatkan mereka.

    BalasPadam
  31. TK...

    bukan sekadar lelaki, wanita juga bersama memikul tanggungjawab yang bukan ringan sebenarnya. :)

    BalasPadam
  32. Kakpah...

    tak mustahil mereka juga yang membuatkan kepala ibubapa berasap! ;-)

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam AzeedA sayang...

    kakcik baru balik dari melawat bapa di hospital. Nampak payah sangat beliau hendak menutur kata. Memang sedih! :(

    Amin untuk doamu, dik.

    BalasPadam
  34. Dr h4ni3...

    InsyaAllah, itu yang kakcik harapkan walaupun kita tidak akan dapat menjangka apa yang akan berlaku kemudian nanti.

    BalasPadam
  35. Sufia...

    iya, kakcik tiada anak dara. Semoga anak2 lelaki yang dikurniakan kepada kakcik itu, tidak akan mengabaikan keluarga mereka nanti dan tidak juga mengenepikan ibubapa mereka. Amin.

    BalasPadam
  36. Cyana...

    terima kasih untuk doamu itu. Amin. :)

    BalasPadam
  37. assalmualaikum
    selamat malam kakakku
    insyallah... doa seorang ibu pasti akan melahirkan anak2 yang soleh

    baik sungguh kakcik.. terharunya mereka ada ibu sebaik kamu

    PS: sihat dan semangat waja anak2 kakcik..

    BalasPadam
  38. Lelaki berbaju merah tu masih bisa mencairkan wanita... hehehehe

    jangan marah aarrr.

    BalasPadam
  39. Betul tu kak chik , bukan wang ringgit yang setiap mak kat duni ni mintak, sekadar menumpang kasih sayang kat anak bila kita beransur tua.

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam Ayu...

    Selamat pagi. SEmoga Ayu sihat dan ceria sentiasa di samping keluarga tersayang.

    Ehem! lelaki berbaju merah tu bukan anak kakcik tau... ;-)

    BalasPadam
  41. Azie...

    tak marah pun! takutnya bukan wanita yang cair, tapi dia yang masih terasa cair bila melihat wanita...hehehe... ;-)

    BalasPadam
  42. Cik Ina...

    melihat keadaan bapa kakcik yang terlantar sekarang, terfikir entah bagaimanalah nasib kakcik seandainya sampai ke usia dan keadaan begitu nanti...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com