Memenuhi kehendak BS yang merengek-rengek untuk ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra. Kereta di letak di tempat letak kereta Hentian Putra. Oh! begitu banyak kereta telah diletak di situ sewaktu kami tiba hampir jam 10.00 pagi.
|
Sungguh aku terpesona dengan bacaan ayat2 suci Al Quran yang disampaikan oleh pemuda yang cacat penglihatan ini. |
|
Berjumpa dengan adik angkatku yang secara kebetulan bertugas di situ (aku sengaja menyembunyikan tubuhku di belakang BS!) |
|
BS sedang memilih buku yang hendak dibeli |
|
Aku sengaja mengajar BS untuk berurusan sendiri (tapi aku tetap memerhati) |
|
Ada persembahan dari kumpulan Rabbani |
|
Blogger Azieazah sedang bertugas sebagai promoter di gerai CESB. Tak sempat hendak beramah mesra kerana beliau benar-benar sedang sibuk. |
Setelah lebihkurang dua jam berlegar-legar dan membeli buku-buku yang sesuai dengan BS, kami bergerak menuju ke kereta. Waktu itu aku rasa aku sangat sukar hendak bernafas! Ubat sedut bagi penyakit lelahku tidakku bawa bersama. Terlalu lambat rasanya hendak sampai ke kereta. Aku sedar, aku perlu melakukan sesuatu terhadap tubuhku yang kian besar ini. Aku juga tidak betah untuk bersesak-sesak dalam himpitan manusia yang begitu ramai.
tahun lepas sempat pergi, tahun ini masih belum berkesempatan Kak Cik
BalasPadamassalamualaikum ibu,
BalasPadambersemanagt betul ye..tak duduk diam langsung
baru terlintas nak tanya sama ada kakcik ada jumpa kak azie..tup tup dah ada gambarnya di bawah..hehe..sibuk benor tu..:)
BalasPadamkakcik..
BalasPadamkalaulah PWCT tu dekat... mau2 ayu telefon suruh kakcik amik ayu..wawawawa
jeles..............
BS, borong buku sekolah eik?
PS: tu dia kak AA., buzy ko...... agak2 kalau kita pi beli ngan dia dapat discount tak??
acu memang teringin nak ke sana tapi mengenangkan kesesakan yg nak di tempuh dalam tu,membuatkan acu berfikir berkali-kali...huhuu
BalasPadamteringin nak gi pesta buku tp tula...xlarat nak bersesak2 dgn org ramai
BalasPadamrasanya tahun ni takdak chance nak ke situ....
BalasPadamPada 29 hb saya akan ke konvo anak di shah alam. Boleh ler langsung ke pesta buku memandangkan abang saya yang merupakan penulis buku juga berada disana. Kena sign autograf dan ceramah. Nak rai lah juga.
BalasPadamIS...
BalasPadambawalah rombongan anak2 murid ke PBAKL tu.. sempat lagi. :)
Wa'alaikummussalam Azween...
BalasPadammacam tu la jadual ibu... Ada2 saja. Alhamdulillah, ibu masih larat menempuhnya walaupun semput. :)
Siti...
BalasPadamKak Azie Siti tu memang sangat sibuk. Ramai pengunjung yang singgah di gerai yang dijaganya. :)
Ayu...
BalasPadamkalau dekat, memang kakcik ambil Ayu. Kakcik tak beli pun buku/novel di CESB sebab kakcik dah mula semput waktu tu. :)
Acu...
BalasPadamkita rempuh jeeee! :)
Mimi...
BalasPadamkalau bawa anak kecil, tempat tu kakcik rasa tidak/kurang sesuai. Sesak sangat. Mungkin kalau hari kerja, 'longgar' sikit kut. :)
Q...
BalasPadamkakcik pun sebenarnya dah 'banyak tahun' tak ke situ. Kali ini pergi sebab BS nak pergi sangat. :)
Ariff...
BalasPadamDr Danial ada kat gerai mana, ya? Tapi kakcik tak sempat nak singgah lagi sebab 29/4 hingga / ni, kakcik berada di Kuching.
hari ni rasa down sangat kak. kalau tak boleh sama2 jumpa akak dan AA di sana..
BalasPadamkali terakhir pegi pesta buku.. ada 3-4 tahun lepas kot.. hihi.. sesakkkk
BalasPadamkakcik
BalasPadamsya pun sangat sangat penat tak terlarat mengejar enariq semalam.
Alahai sempat juga tu dia snap.
BalasPadamterimakasih sudi singgah, tapi maaf la tak sempat nak layan tadi.
Selamat berehat ya Kakcik..
goodnite
jangan pengsan kak cik... susah orang ramai nanti
BalasPadamdi malaysia ni pesta lagha lebih banyak dari pesta berfaedah..
BalasPadamSalam ..
BalasPadamUiih.. best nye kalau sy dpt ke sana jugak..
:)
Yan...
BalasPadamkakcik pun tak boleh lama2 sangat kat situ. Nak jengah2 novel pun tak sempat. Selain dari semput, kakcik daqn suami juga kena hantar Angah balik ke Banting.
Dr h4ni3...
BalasPadamkalau tak bawa anak, mungkin lebih rileks... :)
Sya...
BalasPadambawa enariq ke pesta buku ke?
Azie...
BalasPadamselamat pagi. Kalau kakcik sorang semalam, mungkin kakcik lepak kat tempat Azie tu. Tapi dengan bahang panas dan dada yang mula sempit - kakcik tak boleh tunggu lama lagi.
Azie ok ke hari ni?
AM...
BalasPadamsebab itu kakcik keluar awal2 sebelum pengsan. :)
IM...
BalasPadam'terpaksa' juga kita menghadapainya...
w/salam Adol...
BalasPadamkalau berkesempatan, pergilah... Masih banyak masa lagi. :)
rasanya dah tak sempat nak pergi pesta buku kali ni. sabtu & ahad lepas ada urusan di putrajaya. mnggu nie nak balik kampung lak. hari kerja, memang tak sempat.....ruginya sebab hajat nak jumpa kak azie masih belum tertunai dari pesta buku tahun lepas lagi
BalasPadamMesti sesak jadi sebab kakcik keletihan. BS tetap ok je. Apasal pipi dia montel sangat kakcik? Kilat macam guna cream....:)
BalasPadamEelobor...
BalasPadamkakcik pun terpaksa pergi semalam bagi memenuhi kehendak BS. Kalau tidak, memang tiada kesempatan. Hujung minggu ni, kami berada di Kuching pula.
Kakzakie...
BalasPadamPipi BS tu memang macam tu. Itu yang mak dan Along dia suka nak cubit2 tu! :)
nasib baik saya tak jadi pegi semalam. kalau tidak rasanya mesti pengsan sebab saya tak sihat~
BalasPadamLetih tu kak. Nasib baik takde anak kecik kan kak ?
BalasPadamTahun lepas saya tak dapat pergi harapnya jadiklah tahun ni..
Sabtu ni saya terjah kak ! Balik kerja parking keta di Komuter Sg Buloh. Pergi sensorang.
Tak sesabar ni !
saya tak suka sesak~~~
BalasPadam*makcik lainkali jangan lupa bawak inhaler tu tahu!
gB...
BalasPadamrasanya elok pergi bukan di hari cuti. :)
Reen...
BalasPadammasa pejabat kakcik di Bangunan Perkim dulu, tiap2 tahun kakcik mesti pergi berkali2.. jalan kaki je. Tapi sekarang, tak larat dah!
bujal...
BalasPadamitu yang makcik tak suka tukar2 beg! mesti ada yang lupa... :(
best juga ni tapi nak bersesak2 tu susah sikit kalau p sorang2 ok la kan hehe
BalasPadamQema...
BalasPadamsesak punya pasal - kakcik terlupa nak 'tengok2' novel! :)
tak berkesempatan pegi lagi lahhh!~
BalasPadamwaa...bestnyerrr g situ.. moon xdpt nak pegi..huhu
BalasPadammesti jauh berjalan kalau dikur berapa KM agaknya U turn lagi
BalasPadamrajin kak cik gi kan?? angah pun tak tahu ada PB kat sana...
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamSeronoknya dapat jalan-jalan kat pesta buku.
Akak ni dengar cerita jerlah. tak boleh nak jalan jauh.
saya juga tidak boleh bersesak dengan ramai orang. saya juga nak turunkan berat tapi n3 pun asyik pasal makan je... habes camno kakcik oii... *__"
BalasPadamtak beli buku Dr. M ke ?
BalasPadammilo...
BalasPadamkakcik pun kalau tak kerana desakan anak, mungkin tak sampai juga. :)
CMA...
BalasPadamkalau dah bersesak2 tu, hilang seronoknya. :)
Zeq...
BalasPadamu turn tak banyak, tapi sesi pusing keliling dan turun naik eskelator yang tak tahan tu...
Angah...
BalasPadamikutkan kehendak BS tu...
Wa'alaikummussalam KK...
BalasPadamkalau badan sihat dan kuat, mungkin lagi seronok. Tapi, jujurnya kakcik tidak suka keadaan yang bersesak dan bingit!
Niez...
BalasPadamkakcik ni berazamnya dah berzaman - tapi yang pasti baju semakin sempit! :(
Kanda AL...
BalasPadamtak cukup duit! hehehe....
kakakku kakcik..
BalasPadamsorang kawan saya yg menghadapi masalah kesihatan yg mungkin sama dgn kakcik, mengamalkan diet/senaman yg konsisten..akhirnya, dia lebih sihat dari saya huuhuhu..rasanya, kakcik tentu dah dimaklumkan dek pakar ttg ini kan..
Adikku Samad...
BalasPadamkakakmu ini tersangatlah 'lemahnya' bila disebut tentang senaman... :(
Tu sebab saya malas nak ke sana..walaupun saya gemar buku..sebab:
BalasPadam-sesak
-nak parking susah
Harap kakcik dah sihat..
Dr DZ...
BalasPadampagi tadi agak semput juga - cepat2 kakcik sedut Symbicort dan Ventolin. Alhamdulillah, memang lega. :)
Saya dah rasa saya takkan pergi pesta buku!
BalasPadamSaya yang tak berapa semput ni pun lemas dengar ramai-ramai orang !!
Dr Singa...
BalasPadamkalau nak beli novel, kakcik rasa lebih murah beli di kedai buku - ada diskaun 20%. Kat PBAKL tu cuma 10%! :)