Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 April 2011

Buruk baiknya...

Seorang teman meminta padaku untuk menyenaraikan apakah buruk atau baiknya jika mengahwini suami orang? 

Alamak! aku mana ada pengalaman dalam hal-hal tersebut.  Kalau ada pengetahuan pun, hanyalah dari pembacaan.  Dari pergaulan pula, setakat ini sangat sedikit aku berjumpa dengan kawan-kawan yang berpoligami.

Ada atau tidak kawan-kawan yang membaca blogku ini yang dapat berkongsi tentang buruk baiknya berpoligami itu?

Nota ingatan buat seseorang yang mungkin mengintai-intai di sini : INI BUKAN SOAL NIKAH DI SIAM ATAU DI MANA CERUK DUNIA PUN, INI ADALAH SATU PERTANYAAN TENTANG BERPOLIGAMI.  

Kawan-kawanku yang baik hati, marilah sama-sama memberikan pandangan agar dapat kukongsikan dengan teman yang bertanya itu.  Semoga ada manfaatnya buat kita semua.

Sekian, terima kasih. (ala-ala surat gomen gitu, hehehe...)


  

70 ulasan:

  1. KAKCIK - tak taw nak citer mcm ne jugak...sebab tak pernah melaluinya.

    Tapi dari segi LELAKI jebat rasa dia kena cukup 3 perkara.

    BERILMU - bukan ilmu melakukan hubungan intim tetapi ilmu mendamaikan hati isteri2nya. Ilmu berlaku adil. Ilmu mendidik isteri2 dan anak2 ilmu dunia akhirat dan banyak lagik.

    BERHARTA - jika lelaki itu miskin maka porak peranda lah dunia ni. kerna hidup kucar kacir, membina keluarga dgn kucar kacir maka akan pincang lah masyarakat...pincang masyarakat akan pincang lah negara.

    SIHAT - tanpa kesihatan yg baik akan menyebabkan hubungan kekeluargaan terganggu. Apa guna berkahwin jika asyik meyusahkan org menjaganya.

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  2. kita tak mengalami jadi tak tau nak komen...

    namun pd pandangan peribadi makcik sal ni..kena fikir masak2 sebelum melaluinya..takut menyesal setelah berkahwin...

    BalasPadam
  3. Banyak baiknya, yang tak baik buang ketepi,.asalkan tiada niat nak kikis harta

    BalasPadam
  4. jeBateja...

    terima kasih di atas pandangan tuan itu. Sesuatu yang sangat menarik untuk diambil perhatian.
    Saya akan memajukan pandangan tuan kepada teman yang bertanya itu.

    Semoga apa yang tuan perincikan itu ada manfaatnya.

    Sekian.

    :)

    BalasPadam
  5. sal...

    susah juga sebenarnya nak bercakap dengan orang yang dah terkena tungau eh angau ni... Dia tanya kita, bila kita cakap bukan dia nak dengar sangat pun!

    BalasPadam
  6. zeq...

    kalau fasal harta, teman ini memang telah terlebih berharta. Kakcik bimbang yang lelaki pula yang akan mengambil kesempatan ke atasnya!

    BalasPadam
  7. salam kak cik...

    pendapat saya yang setahun jagung ni....

    1) bergantung pada keadaan...kalau diberi keizinan untuk lelaki itu berpoligami...xde masalah la kot...tapi kalau x dapat lampu hijau...memang masalah besar

    2) hati kena kuat...boleh ke kita berkongsi kasih lelaki yang kita sayang tu...tau dia dengan perempuan lain...boleh tahan ke?

    3) dah ambik hak orang...kena sentiasa mengalah dalam banyak hal...sanggup?

    emmm...itu je la kot...fikir habis² sebelum menyesal di kemudian hari...

    BalasPadam
  8. riza...

    terima kasih kerana sudi memberikan pandangan. Islam memang menghalalkan poligami. tapi bersamanya tetap ada syarat dan rukun....

    BalasPadam
  9. kalau nak disenaraikan...rasanya tak cukup satu kajang kot...ikut pengalaman saya (eh, bukan diri saya sendiri tp kengkawan ler)...

    kalau dinisbahkan ler, dari 10 kejadian, 8 darinya hanya membina dosa...penipuan, penindasan, penganiayaan....ish nambah pening jer ada ler...

    tapi gitulah, kalau dah angau tuh, ditahan, dilarang camner pun depa ttp cari lubang nak meloloskan diri demi angan2 dan cita-cita. jadi jawaban kpd persoalan ni cuma satu jer, kalau dah ngidam sgt, kawinkan jer demi mengelakkan dosa besar, lepas tu pepandailah tanggung sendiri apa jua akibatnya, toksah nyusahkan org lain pulak...

    lelaki ni cuma kuat semangat tang tu jer gamaknya..lepas tu geromal jer lebih...macamlah kita taktau...

    Gitu pun tak dinafikan ada ler sekerat dua yg betul-betul ikut sunnah, zahir dan batin. Salutelah pada epa tuh.

    Selebihnya ikut nafsu jer. Susah nak cari lelaki yg nikah utk kali kedua ngan janda atau balu kerepot yang anak berderet-deret melainkan dah terkena ilmu hitam....

    Kebanyakannya nak cari yg muda, tegang, gedak gedik..biarpun diri sendiri tu dah kerepot dan rambut macam kapas kekeringan..

    Eh, sorry lah kakcik...hangin pulak tetiba pagi ni...balik dulu eh....

    BalasPadam
  10. hehehe, walaubagaimanapun saya bukanlah menentang hukum Allah. bukan menolak Al-Qur'an. Malah tulisan ini di komen kerana di katakan mempengaruhi orang lain membenci poligami. Saya tidak pengaruh, cuma sebagai bacaan. Jika mampu berlaku adil, teruskan. Boleh baca kat sini 10 Sebab Jangan Bercinta Dengan Suami Orang

    BalasPadam
  11. Salam Kak Cik sayang....

    Berpoligami tak salah.. tapi sudah cukup kuatkah kita utk berkongsi kasih, berkorban perasaan.. atau mungkin pihak ketiga sudah cukup kuat utk menghadapinya.. bagaimana dengan isteri pertama???? Kalau jawapannya masih tergak-agak.. jalan pulang masih terbuka... pilihan masih banyak... wallahualam

    BalasPadam
  12. kalau ikut dari pengalaman
    kawan2 kitalah

    banyak yg buruk dari yang baik
    banyak yg susah dari yg senang

    selagi boleh di hindar
    jauhilah...

    sangat susah utk berlaku adil
    bagi lelaki

    sangat susah utk berhati ikhlas
    bagi wanita...

    BalasPadam
  13. Salam KakCik, bagus punya discussion. Monogami atau poligami sama jer kalau nak ikutkan, how you handle yourself, ur partner dan family members yg lain. KakCik tau kan?

    BalasPadam
  14. kenapa mesti nak bercinta dgn suami org. some tu mmg saja2 je nak try test market.. Saya no idea.. Mmg tak setuju langsung..

    BalasPadam
  15. kakcik macam kakCik Seri Siantan lah pulak...

    BalasPadam
  16. Kakcik

    Alamak... ini topik BERAT ni. TRR tak pandai jawab. SO, kira no komen je lah. koh koh koh!

    BalasPadam
  17. Assalamualaikom wahai kakcikku..

    jap nk stuju dgn puan DrSinga.. mmg ala2 cik seri siantan hehehe

    ok seriyes..

    kebanyakan (bukan smue ye) yg teman dh saksikan adelah penganiayaan. selalunye yg isteri pertama & kalo ade, anak2nye. kebanyakannye juge menipu utk menjayakan hasratnye tu. kan dh tambah dose...

    boleh bahagie ke idup ateh ayor mate org lain? lu pikior le sndri!

    BalasPadam
  18. takde pengalaman tapi bagi qema apa2 hal rujuk Al-Quran & sunnah, jgn fikir poligami ikut sunnah tapi mengabaikan tanggungjawab sebagai suami & ayah..tu silapnya.

    BalasPadam
  19. fuhhh susah nak komen ni, tak dak pengalaman, tapi dari pemerhatian,

    si lelaki tu sebenarnya kena adil beb. boleh berlaku adil ke...????

    so yg pompuan tu, kalo dah amik hak org, kena pandai le bwk diri, jgn nak bolot kat kita sowang aje...hehehehe

    BalasPadam
  20. Tersentak juga kakak nie...

    Sesungguhnya suami/isteri dan anak adalah pinjaman semata-mata. Perkongisian sesama insan teramat baik jika mengikuti landasan yg lurus diberi berpandukan Al-Quran. Tergelincir walau sedikit mengundang padah dan dosa.

    BalasPadam
  21. emmmm tak tau nak komen apa... tapi rasanya poligami ni siksa la..... jiwa dan raga....

    BalasPadam
  22. xdapek nak nolong kak....xdo pengalaman....

    tp dr pembacaan...mostly nak berpoligami sebab terjatuh chenta kononnya...lepas tu famili 1 lg huru hara...


    tp ada yg bahagia...cuma hanya akan bahagia kalau ikut garis panduan yg islam dah tetapkan

    BalasPadam
  23. yang saya tau, kalau nak berpoligami, pada pihak perempuan, iman dan semangat kena kuat!


    saya???? ..... errr.. belum cukup kuat ;)

    BalasPadam
  24. gb seorang yg tidak boleh berpoligami (maaf cakap). sebab gb dah rejek 3 suami org yg dtg propose gb.

    kenapa gb rejek? 1, sebab manusia takkan mungkin pernah berlaku adil (sifat ADIL hanya padal Allah), 2, sebab saya perempuan, dan 3, sebab isteri dia perempuan.

    BalasPadam
  25. Q...

    kakcik juga berpendapat begitu. Dari berenang dalam lautan dosa, menikah sahajalah. Pahit manisnya tanggunglah sendiri dan jangan nanti menuding2 jari menyalahkan sana sini....

    BalasPadam
  26. eelobor...

    kakcik dah print artikel itu dan berikan kepada empunya diri. Terima kasih, ya. :)

    BalasPadam
  27. Nida sayang...

    manusia sering tewas dengan nafsu. Tanpa iman dan akal, pastinya perkongsian akan menjadi sesuatu yang tidak terkawal...

    BalasPadam
  28. Ati...

    suami adalah tonggak, andainya tonggak itu tidak kuat pastinya binaan menjadi senget atau akan runtuh sama sekali...

    BalasPadam
  29. Yong Helli...

    kakcik tabik dengan Yong. Betul, kakcik tumpang gembira membaca kisahmu... :)

    BalasPadam
  30. Yan...

    yang bestnya tu...silelaki pernah menasihatkan siperempuan 'jangan cari suami orang'... rupa2nya, diam2 dia masuk jarum!

    BalasPadam
  31. bujal x...

    cer citer cer citer... jangan malu2. :)

    BalasPadam
  32. Pn Dr...

    bukan Cik Seri Siantan tapi Makcik Serai + Santan.... hehehe...

    BalasPadam
  33. Wa'alaikummussalam AzeedA...

    memang teman tengok banyak yang beghayo mate bila bermadu ni tapi sebaliknya teman idok tawu ceghite sebeno deme.. mane yang beno mane yang saloh!

    BalasPadam
  34. qema...

    ramai yang merujuk kepada sunah bila nak berpoligami tapi bab tanggungjawab - punah!

    BalasPadam
  35. Su...

    bab adil dari segi kebendaan (andai benar2 mampu) munbgkin boleh, tapi dari segi kasih pastinya ada kurang lebih...

    satu hal lagi, kenapa yang muda selalu ingin menjadi yang utama, ya?

    BalasPadam
  36. Kakzakie...

    kalau sama2 redho, sedar diri dan menerima ketentuan Ilahi, mungkin tiada persengketaan akan terjadi. Tapi manusia ini tetap ada tamak dan iri....

    BalasPadam
  37. AKT...

    kalau bagi lelaki, mereka cari jalan yang senang saja. Macam kata P Ramlee...'kalau dua2 merajuk, ana kawen tiga...'. ;-)

    BalasPadam
  38. Mimi...

    sebenarnya Islam telah memberikan garis panduan yang lengkap, cuma sedihnya panduan itu hanya digunakan untuk bernikah sahaja - lain2 hal selepasnya tidak diperhatikan pula....

    BalasPadam
  39. Dr h4ni3...

    bagi kakcik, kalau dah ditakdirkan begitu, kakcik terima sahaja. Lain-lain cerita, kemudian kira! :)

    BalasPadam
  40. gB...

    kalau boleh elak, elakkanlah. Iman kena kuat, semangat kena kental!

    BalasPadam
  41. Maaflah makcik kebizian semenjak dua menjak ni.


    Pasal kahwin suami orang tu, makcik rasa tak payahlah, tak sesuai.Pada pendapat makcik kasih sayang tak boleh dibahagi dua.Jangan samakan kisah ni ngan kisah junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang boleh berlaku adil pada isteri-isterinya.kalau dah jodoh tak dapatlah makcik nolongnya.

    BalasPadam
  42. Sya...

    kerana tak terjawablah, kakcik minta jawapan dari kawan2...hehehe...

    BalasPadam
  43. Cik Ina...

    kalau sudah ketentuan, siapalah kita untuk menolak takdir Tuhan, kan?

    BalasPadam
  44. Kebaikan paling best: Dapat Payung Emas ..ekekekeke..

    Keburukan paling tak best: Kena ketuk/tumbuk dengan madu...ekekeke

    BalasPadam
  45. Dr DZ...

    hmmmm... (garu2 hidung macam BS!) :)

    BalasPadam
  46. Tak mengalami tapi memerhati.Tak seronok lama mana pun hidup poligami ni.Macam macam kena.Silap silap merana.

    BalasPadam
  47. Assalamualaikum Kakcik,

    Sejujurnya akak rasa banyak tak baik dari baik.

    Melihat pada kawan2 dan saudara mara yang berpoligami tak ada yang nampak senang tertutama dari segi seorang isteri. Mungkin dari segi harga kita tak nampak susah (pada suami yang senang), tapi dari raut wajah, keadaan yang gelisah, walaupun tak diceritakan, rasa dapat dirasakan betapa tidak bahagia kehidupan.

    Pada yang kuat berpegang pada qadaq dan kadar Allah mungkin boleh mencuba sedaya upaya menerimanya sebgai takdir yang dah tersurat. Tapi pada yang sedang2 tu, air mata jer yang nampak nak ubat hati.

    Seelok2nya jika boleh jauhkanlah walaupun ianya tidak salah dari segi agama kita. Bimbang bukan payung mas yang dapat di akhirat kelak.

    BalasPadam
  48. Cikgu...

    memang ada yang benar2 bahagia - cuma peratusnya mungkin tak sebesar mana. :)

    BalasPadam
  49. Wa'alaikummussalam KK...

    nampaknya memang ramai yang tidak begitu menyokong poligami ni. Ya, kita faham ianya sesuatu yang dihalalkan, tapi manusia yang punya hati dan perasaan memang sukar menerima kenyataan! :)

    BalasPadam
  50. assalamualaikum kakcik,

    kena tenggok pada jenis hati masing-masing... yang penting timbang rasa, tolak ansur, sabar, ikhlas, reda, sanggup berkorban, sanggup makan hati, sanggup menderita, sanggup berkongsi...... dan sebagainya mesti ada


    sorang kawan lebih banyak menyesal dari bersyukur kerana menjadi no 2


    tapi den tak kiro den nak yo... terima je la

    BalasPadam
  51. wa'alaikummussalam ibuintan...

    pendek kata... macam-macam adaaaa.... :)

    BalasPadam
  52. Assalamualaikum Kakcik,

    Isu yg menarik utk dibincangkan.
    Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Berbaliklah kepada perintah & larangan Allah SWT - Semuanya tercatat di dlm Al-Quran yg lengkap melangkaui masa & zaman.

    Ringkas kata :-
    Buat Wanita itu - Jika tdk takut dilambung ombak, silalah berumah di tepian pantai.
    Jika hati kental, jiwa waja tentanglah apa yg dtg menerpa.
    Sayugia diingatkan bahawa sebelum mengambil sebarang ketetapan, selusuri dahulu nuranimu yg paling dalam, tanyakan dirimu lelaki itukah yg kamu MAHU atau lelaki itu yg kamu PERLU. Jawapannya hanya pd kamu.

    Buat Lelaki itu - Adakah kamu ADIL? Khatamkan maksud ADIL yg tersirat di sebalik yg tersurat di dlm Al-Quran. Ketemu jawapannya? Ya jawapan kamu itu adalah kunci buatmu ke Syurga atau Neraka - Janji-Nya pasti. Pilihan di tangan kamu...

    Kakcik, semoga kita semua tdk akan menghadapi konflik seumpama itu ya..., InsyaAllah.

    BalasPadam
  53. Salam Kak Cik

    hurm belum kawen belum kawen

    BalasPadam
  54. Salam :

    Saya belum kawin, masih mentah dalam bidang ini..

    Hehe..

    :)

    BalasPadam
  55. errr...kak....saya lom taraf TUAn lagik.....ahakz....baru tahap EMCIK jerk...ahakz

    BalasPadam
  56. Wa'alaikummussalam Liza...

    kita juga boleh memohon petunjuk dari DIA, kan? DIA adalah sebaik2baik pemberi petunjuk.

    Benar juga kata Liza - antara MAHU dan PERLU besar perbezaannya...

    BalasPadam
  57. IM...

    bukan mudah untuk mendapatkannya. Kalau sekadar memberi izin tetapi kemudiannya mencipta pelbagai keributan, mungkin lain yang akan didapati... :)

    BalasPadam
  58. adol...

    kena rajin belajar dari pengalaman orang lain sebelum menempuh sendiri alam itu... :)

    BalasPadam
  59. jeBateja...

    kalau surat gomen - semua di panggil TUAN/PUAN (kalau tiada gelaran lain)... :)

    BalasPadam
  60. salam k.cik ku..

    seriau lak bc soalan sahabat tu... gee pn ada kengkawan yg get involved ngan 'hak org' nie... mmg kita kata jodoh ketentuan kita Allah tentukan & dh t'surat..tp kita boleh b'doa kn utk lari dr perkara seumpama ini... kena lihat pd niat kita mengahwini seseorang itu...andai hanya krn nafsu & keinginan tp bkn pd yg sepatutnya, mgkn bahagia itu x b'pnjgn..tp klu pasrah b'kongsi kasih atas ketentuan & niat yg baik...insyaAllah...

    tp, yg gee bimbang..rakan2 yg rapat..ada yg sekadar b'suka2an...b'tahun2 m'jdi org ke3 yg tdk sah...nasihat x diendah..rasanya lg parah...sbg seorang yg b'nama WANITA, rasanya hanya kita yg memahami naluri hati insan sesama jenis... so..pk...pk kn la..x perlu org lain nk pk kn.. kita pn dh tau buruk baiknya...

    BalasPadam
  61. W/salam Gee sayang...

    kadang2 orang minta pandangan kita bukan untuk mereka menerimanya hanya sekadar sebagai bahan untuk bercerita. Tapi hal dia, tetap diteruskannya juga! :(

    BalasPadam
  62. poligami bukan semata-mata untuk melampiaskan nafsu atau pun suke2 .. poligami yang disertai dengan ciri2 keagamaan , harta dan kekuatan itu penting sekali untuk melindungi kaum wanita .

    sunah Rasulullah meskipun nak berpoligami , biarlah isteri pertama meninggal dulu . poligami kan lah isteri kedua selapas ketiadaan isteri pertama ..

    p/s : petikan ceramah maulidulrasul kat kampung itu hari :)

    BalasPadam
  63. deeya...

    terima kasih kerana meninggalkan komen dan berkongsi ilmu yang deeya dengar :)

    BalasPadam
  64. kakakku kakcik..
    persoalan ini jika dibincangkan tiada penutupnya.. saya dah baca dgn teliti setiap ulasan di sini..tenyata kakak saya ini bijak sebagai orang tengah.. bagus.. saya selalu berpesan dgn isteri..jika mmg ditentukan saya berkahwin lg..menjerit hingga ke langit ke-7 pun, tetap juga berlaku..sebaliknya jika mmg tiada jodoh kedua buat saya, saya panggil segala jin dan pawang.. melompatlah samapai ke langit..tak mungkin itu berlaku.. maka, bertenanglah.. cuma saya tertarik dgn konsep adil..selalunya kita mempersoalkan 'adil' dlm poligami.. dlm monogami seakan2 konsep itu tidak perlu. benarkah begitu ? banyak juga suami yg mengamalkan monogami itu tidak berlaku adil kpd isteri..suami yg kedekut, suami yg suka melepak dan berpeleseran, melayan isteri spt org gaji, berlaku kasar malah sanggup memukul isteri..ntahlah.. saya percaya "jika suami cukup kenyang pada perut juga dibawah perutnya dirumah..hidangkanlah 'juadah' paling sedap di luar.. dia dah tak larat dah hihihi.."

    Untuk difikirkan

    saya berasa aneh suatu masa seorang wanita dgn bangga berkata, "kalau suami akak nak melempiaskan nafsu di luar, akak sediakan duit utk dia..asalkan, jgn cuba tambah lagi satu.."

    seorang kawan pula berkata, "buat apa pelihara lembu kalau utk susunya.. ambil dan hirupkan saja susunya..lembu jgn dibawa ke rumah..", errr.. faham tak? ironinya, isterinya selalu memuji..dialah suami yg baik.. hmm

    saya cukup kagum dgn kak halima @ mohkembara..

    setakat ini saya tidak berminat pada poligami.. setakat ini laaa hahahaha...jgn marah kakcik..

    BalasPadam
  65. Adikku Samad...

    satu ulasan/pandangan yang sangat baik darimu untuk direnungkan. Kakcik juga percaya begitu, kalau takdirnya bermadu, dielak macam mana pun, tetap akan bermadu walau untuk seketika. Kakcik tidak sanggup menanggung dosa (yang sedia ada pun tidak tertanggung) kerana membiarkan suami bergelumang dosa dari mengizinkannya menikah lagi satu.

    Pesan orang dulu2 'pikatlah suami melalui perutnya (dan di bawah perutnya juga)'...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com