Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Februari 2011

Macam-macam...

... bukan MATCHAM-MATCHAM dan bukan juga MACAM MACAM ADA.  Cuma macam-macam rasa...

Buka blog pagi ini - blog sendiri dan blog kawan-kawan, banyak gambar yang tidak kelihatan.  Nampak x warna merah dan kotak kosong - sama ada putih atau hitam.  Nak muat naik gambar baru pun nampaknya akan keluar x itu juga. Kenapa ya?  Malas nak fikir!

Kepala sakit berdenyut dan badan terasa sangat panas.  Terpaksa guna kipas kalau tiada pendingin hawa.  Terfikir nak ambil cuti kecemasan hari ini, tapi nanti-nanti nak guna cuti lagi.

Majlis malam minggu telah berjalan dengan lancar.  Terima kasih kepada Acu Sayang, Azieazah, gadis Bunga dan Sya (Sayang Ibu) serta jiran-jiran juga para jemaah Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan - tak lupa saudara mara dan tetamu lain yang sudi menghadirkan diri.  Harapnya tidak serik untuk datang lagi terutama kepada Sya yang terpaksa berpusing-pusing sebelum menemui pondok kakcik.

Kepada AzeedA, didoakan agar segera pulih dari demam denggi.  Minum air banyak-banyak, ya dik.  Orang kata, sup ketam mujarab sebagai ubat denggi.  Kakcik pun tak pasti kebenarannya sebab tidak pernah mencuba.  Cuba tanya dengan Dr. Singa dan Dr. DZ.

nota hati :

...ramainya orang beratur di Pejabat Pos untuk membayar saman, naik lenguh kakiku semata-mata untuk mendapatkan setem bernilai 80 sen...

...bila ilham enggan menjelma, niat untuk menutup blog pun datang semula...


Nampak x juga???

Sabtu, 26 Februari 2011

Teringin punya pasal...


Sawi tiada, aku gantikan sahaja dengan kacang panjang.  Janji ada warna hijau. (^___^)



Tiba-tiba rasa teringin...

Jalan-jalan ke blog Chik Att. Baca sana sini, tengok sana sini.  Ternampak pula gambar ini :


Oh! tiba-tiba rasa sangat teringin hendak makan mee segera yang dimasak bersama sayur hijau dan telur.


Jumaat, 25 Februari 2011

All About Life First Give Away...

Mari ramai-ramai sertai GA yang mudah ini...


Sila klik DI SINI untuk ke blog tersebut
Syarat-syaratnya sangat ringkas seperti berikut :

Langkah 1:

Kena lah menjadi follower All About Life dan B2B Collection dulu..
 
Langkah 2:

Buat satu post berkenaan dengan GA ini dan sertakan banner di atas.

Letakkan banner di side bar link anda.

Link kan banner tersebut ke blog All About Life.

Langkah 3:

Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen blog All About Life




Mari berpantun dengan Little Diary



Andai ada yang ingin berbalas pantun dengan My Little Diary  ni, bolehlah singgah ke blog beliau untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.  Silakan, jangan segan-segan. (*___*)


Klik DI SINI


kalau tuan ke pekan sari
belikan saya sebungkus kari
kalau tuan bijak bistari
sapakah dia si little diary??

pergi ke Tanjung menaiki beca
pusing keliling bersama teman
little diary suka membaca
tidur dan makan menjadi keutamaan


****************************


kain songket bunga bersilang
jarum disimpul seurat benang
kalau tuan tak bilang sayang
tidaklah saya terkenang-kenang

mengintai-ngintai di balik tabir
terlihat cincin menghias jari
berkata sayang bukan di bibir
terdakap kemas di sanubari


*****************************


pergi ke hulu berjalan kaki
singgah sebentar mencari mayang
kalau tuan sudi di uji
apakah beza cinta dan sayang

layang-layang putus talinya
tidak pula mencapai awan
cinta dan sayang tiada bezanya
andai tidak disertai iman



Andai ada yang sudi...

Jemputlah bertamu ke sini :

7, Jalan Kencana 36/2
Taman Kencana,
Cheras

pada : 26/02/2011 (Sabtu) jam 9.00 malam.

Tiada aturcara tertentu atau hidangan yang istimewa

kita mulakan dengan  doa kemudian kita sambung dengan berbual mesra

janganlah malu atau segan

andai tak cukup, kita berkongsi pinggan

yang penting, silaturrahim kita eratkan


Menjelang pilihanraya...

..akan terpampang di dada akhbar
calon melutut di hadapan ibubapa
mencium tangan memohon restu

kalau pula ibubapa sudah tiada
tergambarlah sianak bersimpuh di hadapan pusara
di samping sedikit ulasan menggambarkan solehnya sianak

tapi cuba perhatikan
bila sianak menang dijulang
manakah wajah ibu dan ayah
adakah anak terus berlari pulang
mendakap mesra kedua orang tua yang bangga

oh! mereka kini milik rakyat
biarlah bersama rakyat YB bermesra
ibubapa pasti mereka tak lupa...

kalaulah benar pun tiada salahnya
kerana syurga anak di kaki ibu yang melahirkan
tapi perlukah kerlipan lampu kamera
dan di akhbar terpapar segala

*
*
*
*
*

ah! itu bukan masalah aku......

Kita bernaung di bawah langit yang sama - tapi langkah kita tetap berbeza...

Khamis, 24 Februari 2011

Ada yang suka pada kegelapan...

... kerana bila ada cahaya
      ... akan kelihatan segala benda

... mungkin ada tikus sebesar kucing
      ... mungkin ada darah hanyir melekat di dinding

... bila gelap yang jelek kelihatan indah
     ...  lalu terleka menggadai maruah


Bujal, makcik dah tunaikan janji...




Ramai orang boleh bercakap...

... tapi tidak ramai yang boleh menarik perhatian!

Sumber gambar : twainquotes.com

Sayangnya Cikgu Mazidul  tidak menyambung lagi Kelas Pengucapan Awam yang telah dimulakannya DI SINI dan DI SINI.

Memang pening, membosankan dan pelbagai rasa lagi apabila terpaksa menghadiri kursus, seminar atau yang sewaktu dengannya bila yang memberi ucapan di hadapan hanya bercakap seolah-olah tiada orang yang mendengar ucapannya.

Malang juga bagiku yang tiada SPM ini bilamana tidak memahami Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh penceramah yang sebangsa denganku!  Dari awal hingga akhir, Bahasa Melayu hanya diselit-selitkan sahaja sedangkan yang hadir mendengar, 98% adalah orang Melayu.  Betullah kata Usop 'itulah pentingnya English Education'...

Malang berganda bila penceramah yang lain lebih senang bercakap dengan 'dinding' dan merenung kosong ke hadapan daripada berinteraksi dengan mereka yang hadir.

Atau adakah aku yang terlalu mengada-ngada sedangkan orang lain yang hadir begitu gembira?  Cuba suruh aku berdiri di hadapan dan memberi ucapan kepada khalayak - memang tak akan mampu untuk aku lakukan. :(


Rabu, 23 Februari 2011

Dah jadi katak ...

Disebabkan bimbang katak ini mati kesejukan dalam kiub ais, dengan rela hati kakcik mengeluarkannya dari blog ini.


Kisah di Kota Kinabalu lagi...

Aku dan suami menginap di sini

Walaupun banyak terdapat sayur segar di Pasar Tamu, mee goreng ini bagaikan tiada bersayur

Makanan yang dipesan akan dihidangkan bersama sup kosong.  Sewaktu memesan nasi goreng kampung ini, aku membayangkan nasi goreng kampung yang biasa kumakan di Kuala Lumpur.  Rupa-rupanya, sangat berbeza! Banyaknya bagai untuk dimakan dua atau tiga orang.  Memang tidak terhabis olehku.

Ini namanya Air Batu Campur Istimewa.  Rasanya??  Boooleeehhhlahhh...

Nota hati : akan menghadiri Executive Talk sebentar lagi hingga ke petang.


Selasa, 22 Februari 2011

Jalan-jalan lagi di Kota Kinabalu...

Beli ikan bilis dan udang kering di sini (harap-harap bapaku berpuas hati dengan kualitinya)

Mujurlah aku tidak teruja dengan perhiasan-perhiasan ini

Sempat juga menjengah penginapan yang bakal didiami oleh peserta Integrasi Nasional nanti.

InsyaAllah, banyak juga duit Syarikat yang dapat 'deselamatkan' melalui perbincangan ini.  Kalau tak pergi sendiri, mungkin 'hidup-hidup' Syarikat ditipu sekali lagi.


Sangat teringat kepada Puan Q bila melihat kuih cincin ini.


Yang indah di mataku...

Maha Suci Allah yang menciptakan keindahan langit dan laut...











Jalan-jalan di Kota Kinabalu...

... layan gambar dulu ...




Motorbike???

Kalau ada sampah, siapa nak jawab???

Tak penat ke asyik menung macam itu???

Pastinya kedai ini bukan SRK pelakon Bollywood itu yang punya!!!