Kawan-kawan kakcik

Isnin, 3 Januari 2011

Sinis - tapi ada benarnya...

Terbaca komen penyanyi dan pelakon Awie di SINI.  Tertarik dengan kata-katanya yang ini :

"Harapan saya selepas ini para pemain tak akan poyo atau nak mengejar glamor. Lupakan niat nak kahwin dengan artis tapi kalau dah jodoh tak boleh buat apalah. Jadilah ahli sukan yang jujur pada sukan itu sendiri. Lupakan glamour kerana zaman kejatuhan mereka akan sampai apabila mereka mula mengejar glamour. Mainlah bola sepak kerana keikhlasan dan kejujuran."


Gambar diambil dari : photoselebriti.com
Terbayang-bayang pula watak Husin yang dibawa oleh Awie dalam Zombi Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah... 'cer citer.... cer citer....'


52 ulasan:

  1. saya peminat senyap bola sepak negara.kalau menang pun saya sorak sorang2 dalam bilik~~kasihan~~hahaha~~

    BalasPadam
  2. Makcik cuma menyokong sebagai warga Malaysia yang cintakan negara! :)

    BalasPadam
  3. Ada kebenaran gak kata-kata dia tu. Bila menang sikit, mula nak kejar glamour. lepas tu senyap cam tu. Kena tukar metaliti dorang.Yang kita sebagai rakyat Malaysia pulak, jangan nak menyokong masa menang je, bila dorang kalah sekali, sumpah seranah kita hamburkan.

    BalasPadam
  4. menang tetap kome sokong

    kalah pun tetap kome sokong

    itulah pejuang kita wehh...bawak nama malaysia kemana-mana

    BalasPadam
  5. KakCik
    I ingat sangat2 'cer citer, soley2 dan busit', hehe.

    BalasPadam
  6. Cik Ina...

    agak2 bila nak menyumpah tu, kita letakkan kaki kita dalam kasut mereka - cuba rasai apa yang mereka rasa... mungkin tak akan tergamak kita melemparkan nista, kan? :)

    BalasPadam
  7. bila awie cakap mcm ni saya makin suka kat dia lah! kikiki!!!

    BalasPadam
  8. AUC...

    (sedih sebab kakcik tak boleh tinggal komen kat blog AUC... huhuhu..)

    Malaysia nilah datu2nya tanah tumpah negara kita, kan? tentulah kita menyayanginya... :)

    BalasPadam
  9. CS...

    tak ingat kat 'wilca' (wheel chair) dan zomba? hehehe....

    BalasPadam
  10. kemarin jumpa si adha tuu..
    nak kawin daa..

    betul kt awie tuu...bila dh glemer

    sebok dgn clubbing

    sebok dgn artis..

    mula laa..lupa diri..


    semoga mereka tidak begitu.

    BalasPadam
  11. kekadang tu pasangan mereka pula
    yang lebih cuba menonjolkan diri..

    BalasPadam
  12. IE...

    kita doakan semoga mereka sentiasa berpijak 'di padang yang nyata'...

    BalasPadam
  13. Ati...

    itu lumrah - macam selalu orang cakap, kalau suami Ketua Polis Negeri - isteri bagaikan Ketua Polis Negara! :)

    BalasPadam
  14. agak agak nya...dia mengata siapa ya,,,hahahaha
    pada saya lah, kalau kalah sekali pun, biar lah kalah bermaruah..jangan main macam budak tadika...jangan ingat orang yang memekik menyokong ni tak tau apa apa....
    bila menang, jangan lupa diri...kita mesti maju lagi kedepan....
    Ingat..makcik ni peminat Chelsea tau....

    BalasPadam
  15. Kak Ezza...

    wak 'layan' (bahasa budak2 sekarang) bola juga, ya? Saya ni bukan faham sangat. Cuma bila pasukan Malaysia menentang pasukan luar tu, terujalah juga. Semoga 'anak2' kita tu, komited dengan kerjaya mereka bukan kerana limpahan kemewahan yang dijanjikan atau dipolitikkan.... ;-)

    BalasPadam
  16. Tak leh lupa watak AWIE dalam telemovie BUTA WARNA... best kelakar menghiburkan.!

    BalasPadam
  17. salam kakcik,

    rakyat malaysia mmg dah lama dahagakan kemenangan dalam sukan bola ni...

    hopefully biar la kemenangan tu berkekalan kan, kasi menyengat sikit title 'harimau malaya' tu...

    Yeahhhh, Malaysia Boleh!!!!

    BalasPadam
  18. Azie...

    agaknya Awie ni lebih sesuai membawa waktak2 kelakar, kan? Macam dia jadi 'Mat Bunga' yang asyik baca novel cinta dalam satu filem tu... :)

    BalasPadam
  19. W/Salam Ain...

    sama2 kita doakan agar pasukan Harimau Malaya ni betul2 berkuku dan bertaring. :)

    BalasPadam
  20. CGG...

    pandai kakcik pilih gambar untuk disesuaikan dengan petikan itu, kan? ;-)

    BalasPadam
  21. Acu...

    semoga yang diberikan ucapan itu dapat menerima dengan hati dan minda yang terbuka, kan? :)

    BalasPadam
  22. Nak malaysia menang Piala dunia...may be nanti PM bg cuti 2 3 hari plak....ahakz

    BalasPadam
  23. hheheheh..yg penting..tepuk dada tanya selera..heheh..:)

    BalasPadam
  24. KakCik kalau jalan2..
    saya nak siviner 'ki-char' eh!!
    .
    .
    :)

    BalasPadam
  25. jeBateja...

    sebelum dapat cuti, mari kita beri sokongan kepada pasukan Malaysia agar dapat mereka menjejakkan kaki di padang Piala Dunia itu! ;-)

    BalasPadam
  26. CCC...

    nak tepuk dada, jangan tepuk kuat2, takut tersedak sampai tak boleh bernafas! :)

    BalasPadam
  27. Pn. Dr...

    ki-char ek??? InsyaAllah - yang terdekat ni mungkin cuma ke Penang dan kemudian ke Kuching... Kuching lagi! Nak ke obesi tu tak tahulah bila tahunnya! :)

    BalasPadam
  28. Mimi...

    betul betul betul (macam kata Upin Ipin) :)

    BalasPadam
  29. Moralnya, kalau kawen ngan artis buang duit aje tak lama bersama dah nak bercerai huhuhu :(
    Jom Singgah "Jom jalan-jalan ke Negeri Pahang Darul Makmur - akuanakpahang"

    BalasPadam
  30. cayalah awie...!!!
    hanya abang awie yg faham...
    :)

    BalasPadam
  31. AAP...

    ramai juga artis yang berjaya mempertahankan mahligai mereka, tapi disebabkan mereka lebih terdedah dngan pelbagai gelora dunia, mungkin kapal yang mereka kemudikan itu kena lebih kuat binaannya. :)

    BalasPadam
  32. anntaj...

    terima kasih tinggalkan komen. Peminat tegar abang Awie, ya? :)

    BalasPadam
  33. komen entri hari ini.

    nilai apa yang orang kata dan jangan nilai siapa yang kata. saya rasa apa yang dia kata itu ada betulnya. tapi pihak berwajib pulak yang terlalu nak memanjakan mereka. macam2 anugerah dan hadiah menanti seolah-olah semua nak diberikan.


    komen untuk entri semalam.

    memang malam mengundang pelbagai misteri. tetapi malam sekarang tidak sekelam malam dulu. tapi hairannya cerita hantu makin berleluasa.

    BalasPadam
  34. Kanda AL...

    kerana bersetuju dengan kenyataan Awie itulah, maka saya tampal di blog ini. :)

    Ehem... MALAM itu juga entri untuk hari ini...

    ada tempat yang malamnya tetap kelam, tanpa cahaya dari lampu kenderaan - seolah2nya apapun tidak kelihatan! Cerita hantu? hmmm... penat nak ulas. Anak saya jadi tak berani ke tandas bersendiri! :(

    BalasPadam
  35. Assalamualaikum..

    Ada benar apa yang dia katakan tu. Bila kita berada di kemuncak, kita mudah lupa siapa kita.

    BalasPadam
  36. sekarang ni atlit pun dah sama glamer cam artis..

    BalasPadam
  37. betul tu..atlit skrg macam ke arah glemer lak..

    betul gak kata si awie tu sebab dia sendiri dah tau macamane dunia glemer ni kan sb dah berpuluh tahun awie glemer..hehee..

    kene dgr nasihat awie tu..yeah rock bebeh..suka lagu SEJATI..sore awie mmg power..

    BalasPadam
  38. Mcm mcm nasihat. Ikhlas tak payah ambil gaji kan..
    Sesiapa boleh nashat dgr je nak tak,

    BalasPadam
  39. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    manusia - sifatnya mudah lupa!

    BalasPadam
  40. Yan...

    atlit jadi glamour kerana dipuji dan dipuja serta diberikan ganjaran berganda2 bila menang sesuatu acara...

    BalasPadam
  41. SN...

    kakcik bukanlah peminat Awie... cuma, bila ada kata2nya yang kakcik rasa boleh 'direnung2kan' - elok juga kita fikir2kan... :)

    BalasPadam
  42. Zeq...

    ada orang yang merasa dirinya cukup bagus dan tak perlu sesiapa pun pandai2 memberi nasihat walau secara percuma. Janganlah kita jadi begitu kerana mungkin ada kesilapan yang kita lakukan akan terus berlaku andainya tiada yang sudi menegur, kan? :)

    BalasPadam
  43. Kena start main bola ni....ahakz...leh glamer...ahakz

    BalasPadam
  44. i pun nak kawen artis boleh kakcik??wahaha

    BalasPadam
  45. Imanshah...

    kalau dah itu jodohmu, terima sahajalah... :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com