Kawan-kawan kakcik

Rabu, 29 Disember 2010

Tiada yang murah lagi...

Baru balik dari makan tengahari bersama suami.  Rasanya, baru lagi kami makan di tempat yang sama dengan hidangan yang sama.  Waktu itu, harga yang kami bayar cuma lebihkurang RM17.00.  Tapi, aku agak terkejut tadi bila harga yang dikenakan ialah RM21.00!  Rasanya, ikan yang kami makan itu tidak menggunakan santan (bukankah harga kelapa dan santan telah melambung naik?) mahupun gula.  Oh ... mungkin ikan itu dibakar dengan menggunakan minyak petrol! (eleh... beza RM4.00 pun nak bising, orang tender nombor plet sampai RM300K - tak hairan punnnnn...)

Gambar dari album dalam simpanan pakcik Google (aku dah semakin malas membimbit kamera)



32 ulasan:

  1. mesti ikan bakar pakai minyak petrol...sebab tu yg mahai tu

    BalasPadam
  2. peniaga, memang suka ambil kesempatan.minyak petrol naik, harga makanan pun naik. kita ingat dorang mengoreng pakai minyak petrol kot.

    BalasPadam
  3. kadang kadang kan kak cik.. kita masak sendiri lagi sedap. tak leh semahal kat kedai tu. tah tah ikan tu pun tak bersih betul2. skrg ni sy kalau mkn luar. berkira sebab kalau sedap tak apa berbaloi makan mahal. tapi kalau tak sedap. menyirap betul darah ni ha. adeh la..

    BalasPadam
  4. mahal nye....
    hehehe...


    jom singgah n follow2 belog sy...
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. AUC...

    iyalah gamoknya... kalo tidak, takkanlah cepat je naik harganya! ;-)

    BalasPadam
  6. Cik Ina...

    itulah padahnya bila harga petrol naik... semua yang tak kena mengena secara langsung pun ikut naik! Kat mana yang dikatakan ada pemantauan itu, entahlah!

    BalasPadam
  7. CCC...

    musim tengkujuh kot - ikan semua naik harga. Tapiiii, nelayan yang bersabung nyawa tu, tak kaya juga! :(

    BalasPadam
  8. Rina...

    hmmm... betul - kalau sedapa berbaloi juga. Kalau rasa asap je, macam tak redho la pulak nak bayar... ;-)

    BalasPadam
  9. fyna...

    terima kasih sudi singgah, tinggal komen dan ikut blog ini. Kakcik dah ke rumah fyna tadi, tapi susah pulak nak masuk! :(

    BalasPadam
  10. takut nak makan luar waktu tengahari..rege tak masuk akal huhuhuhu

    BalasPadam
  11. Salam kakcik..,
    Tak palah sekali sekala..

    BalasPadam
  12. Sahrom...

    tambah lagi kalau tempat tu jadi tumpuan, kan? Sesuka hati je mereka letak harga. :(

    BalasPadam
  13. Salmi...

    rasa terkilan juga sebab agak banyak beza harganya... :(

    BalasPadam
  14. salam..macam2 kak cik..kalau petrol dah naik tu..tiada maaf lagi..alasan yg logik..semua benda ke kedai perlu naik keta or lori..huhu

    BalasPadam
  15. W/salam suri...

    sebagai pengguna, kita juga yang menanggung bebannya.. :(

    BalasPadam
  16. nang botinang koi botikoi sunggoh kan kakcik... :(

    BalasPadam
  17. AzeedA...

    'olang mukan olang, antu mukan antu' ek??? hehehe....

    BalasPadam
  18. musim ujan kot kakcik
    payoh nok igat ike..
    sebak tu mahal..heheehe

    **terliur weh air asham tu..musim ujan cpt lapo..

    BalasPadam
  19. AzeedA...

    itu depan ata longkang ka??? uhuks!

    BalasPadam
  20. SN...

    hujan turun pun rege ike naik juga?? :(

    BalasPadam
  21. mungkin sebab depa fikir nak beli ikan tu kene gerak guna petrol...

    kite makin tersepit. sesuatu mesti dilakukan.

    BalasPadam
  22. Masa makan tengahari tadi,saya kata kat suami.Banyaknya orang tak masak tengahhari ni...sini pun tak murah juga.Untuk 4 orang ..RM 30.00 terbang.Nasi campur saja bukan berhidang.

    BalasPadam
  23. gB...

    apakah agaknya yang perlu kita lakukan? Bela ikan dan tanam sayur sendiri? Atau makan bunga? hehehe... ;-)

    BalasPadam
  24. Cikgu...

    kalau di KL, mungkin boleh kata murahlah RM30 = 4 orang (tengok jenis lauk jugalah). Tapi di kantin pejabat saya setakat ini, nasi+sayur+ikan/ayam = RM3.50- RM4.50 (murah kan?) :)

    BalasPadam
  25. Sekarang kalau mampu buat dan makan sendiri lagi berbaloi main beli tak tahan kita :(

    BalasPadam
  26. tahun depan rangkaian mamak akan menaikkan semua harga makanan minuman pula.

    BalasPadam
  27. AAP...

    memang seeloknya masak sendiri je... tapi, kadang2 tak sempat dan ditambah sedikit dengan virus M - memang padanlah dengan muka, kan? ;-)

    BalasPadam
  28. AM...

    tak payah le kita ke kedai mamak lagi... ;-)

    BalasPadam
  29. kak cik syg..
    tu sebab ida kena rajin masak skrg..nk save belanja..sbb semuaa dah naik harga.

    BalasPadam
  30. Salam Kakcik, dulu Akak penah buat toast sendiri kat satu gerai (di Penang) sbb tuan punya kedai tak menang tangan. Jadi bila nak bayor, dia bagi diskaun!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com