Kawan-kawan kakcik

Ahad, 26 Disember 2010

25 Disember 2010

Pagi ...

Ke Pasar Chow Kit (seperti biasa - hanya duduk dalam kereta sambil memerhati gelagat manusia)...

Kenderaan yang bersimpang siur dan 'menyesakkan'


Penguatkuasa yang datang 'sepintas lalu' sebelum 'mat-mat parking' kembali 'menjalankan tugas mereka'

Menjelang tengahari...

Ke Majlis Perkahwinan anak seorang rakan di Pandan Lake Club...

Dapat sepasang cawan tanpa piring sebagai cenderahati.  Kalau 20 tahun dulu, cawan dan gelas adalah hadiah yang paling popular untuk diberi kepada pasangan pengantin, tapi sekarang keadaan sudah terbalik!

Sepasang cenderahati yang diterima di majlis perkahwinan anak saudara seorang menteri kabinet beberapa tahun lepas.  Rasanya. harga cenderahati ini boleh mengenyangkan perutku di pejabat selama seminggu.

Selepas tengahari...

BS dan BC ingin menonton Hantu Kak Limah Balik Rumah.  Masuk ke Kompleks Berjaya Time Square.  Pusing-pusing tanpa dapat tempat meletak kereta dan keluar semula setelah membayar harga 'meletak kereta' sebanyak RM3.00!. Terus ke Ampang Avenue.  Ambil 3 tiket untuk tayangan jam 5.30 petang.  Memandangkan telah masuk waktu 'Asar, singgah untuk solat di Surau Ampang Avenue yang berhawa dingin sepenuhnya.
Duduk di baris ketiga dari depan - itu sahaja tempat yang boleh dipilih...

Curi-curi ambil gambar, tapi tak menjadi!

Hampir sahaja aku terlelap dalam panggung, tapi si 'mulut murai' ini tetap mempastikan aku tidak tertidur...

Menjelang malam...

Suamiku menjemput kami selepas habis tayangan.  Singgah semula di Surau Ampang Avenue untuk solat Maghrib.  Kemudian terus ke Tesco Ampang untuk makan malam atas tanggungan Along...

Sebelum balik ke rumah, layan BS ni main dulu.  Huh! kalau dah anak bongsu, nak masuk 10 tahun pun macam baru 5 tahun...
 





20 ulasan:

  1. IM plan hadiah telur rebus je pada pada yg hadir kenduri anank IM nanti..

    kenapa telur rebus? IM tak tahu...

    BalasPadam
  2. IM...

    sesekali, kakcik juga rasa rindu kepada 'bunga telur' di majlis2 perkahwinan. :)

    BalasPadam
  3. SALAM,
    KAKCIK HEBAT DAN BERTENAGA - SATU HARI PENUH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI.

    BalasPadam
  4. W/salam Dato'...

    melayah karenah anak-anak - jangan sampai mereka rasa diabaikan.. :)

    BalasPadam
  5. salam kakcik...

    ummi dah lama tak pernah merayau2 kat Chow Kit...kalau ikutkan hati teringin nk kesana tp mengenangkan anak2 berderet nk ikut, batalkan je ler ...

    BalasPadam
  6. salam,

    penuhnya agenda..sampai ke malam

    kami sekeluarga duk rmh saja
    hari ni baru plan gi berkelah
    di bagan lalang

    bestnya dpt girt dari org kayo..huhu

    BalasPadam
  7. Kak Limah tak ikut ke malam tadi??wahaha

    BalasPadam
  8. salam kakcik,

    xtau mahu sediakan ape utk tetamu utk majlis saya nnt. tp x mampulah nk sediakan mcm yg kakcik tunjukkan tu. kelak, saya pulak x mkn 2-3 bulan..huhu

    BalasPadam
  9. Salam kakcik,

    saya sendiri dah lama sangat tak pegi Pasar Chow Kit ni.

    BalasPadam
  10. itulah sebabnya belanja kahwin mengawin ni tinggi sekarang.

    BalasPadam
  11. kt tmpt sy masih ada lg bunga telur brsama cenderahati smpingan...
    hr ni ada 3 jemputan kawin.....

    BalasPadam
  12. .musim berkenduri,kan ..belanja kenduri pula dh mahal..cian anak2 yg nak kawin bnyk pakai rm..

    BalasPadam
  13. W/salam Ummi...

    kakcik ni kalau ke Chow Kit tu jarang sekali masuk ke pasar! :)

    BalasPadam
  14. Ati...

    kakcik baru balik dari Melaka ni... wah! jemnya jalan dari Seremban ke Bukit Jalil! Gara-gara Piala Suzuki la tu...

    BalasPadam
  15. Imanshah...

    balik ke rumah tengok Kak Yah (Fauziah Nawi) pulak .. jadi Kak Limah tak sempat nak ikut masuk dalam mimpi.. :)

    BalasPadam
  16. Misz Sephia...

    kakcik ada 4 anak bujang ni.. huhuhu.. macam manalah agaknya majlis mereka nanti..

    BalasPadam
  17. Yan...

    kakcik pun namnya saja pergi, tapi selalu duduk dalam kereta! :)

    BalasPadam
  18. AM...

    segalanya duit...duit dan duit.... aduhai!

    BalasPadam
  19. nza...

    kadang2 bunga telur disediakan untuk tetamu tertentu sahaja...

    BalasPadam
  20. sal...

    itu yang selalu kakcik fikirkan. Lainlah kalau ibubapa atau anak itu sendiri jutawan. Bimbang waktu majlis perkahwinan sahaja meriah.. tapi kehidupan selepas itu terpakasa ditempuh dengan segala keperitan!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com