Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Disember 2010

24 tahun melangkah bersama...

(27/12/1986 - 27/12/2010)

Kadangkala kita tidak seiringan
bukan ertinya kita tidak sehaluan
namun di jalan yang sentiasa ada persimpangan
kita harus bijak membuat pertimbangan

tidak pernah kau janjikan bintang dan bulan
tidak juga kau taburkan intan berlian
jauh sekali kau ucapkan kata-kata pujian
namun dapat kubaca hatimu yang penuh keikhlasan

langkah mula bukan aturan kita
tapi suratan dari Yang Maha Esa
pelbagai rintangan kita langkah bersama
semoga begitulah ke hujung usia


Tiada jamuan di hotel mewah mahupun restoran ternama.  Cukuplah sarapan pagi bersama yang nilainya hanya di bawah RM10.00




80 ulasan:

  1. Moga berkekalan hendaknya kakakku sayang..

    Syurga seorang isteri pada suaminya...Semoga kalian, akan beroleh kebahagian yang berterusan, dilimpahi kasih sayang yang berpanjangan, ditemani zuriat2 yang soleh dan solehah, buat penolong di kahirat kelak..

    BalasPadam
  2. salam kakcik...moga saya menjadi orang yang pertama mengucapkan tahniah.

    bukan mudah melayari kehidupan bersama .

    BalasPadam
  3. Hepi eniverseri kakcik :)

    Tahun 86 saya drjh 1 hehe

    BalasPadam
  4. sedap madah kakcik tu... :)
    sedap nasi lomak tu...

    tahun 86 Fa kat ITM lagi.
    selamat hari eniberseri.

    semoga kasih berpanjangan......

    BalasPadam
  5. Semoga berkekalan hingga ke akhirnya.
    Amin.

    BalasPadam
  6. kakcik combi dgn hubby 31.03.85.nampaknya combi awal setahun dari kakcik.

    walaupun dah lama bersama hubby namun bila sebut lebih dari 20 tahun mcm tak percaya kan.cepat masa berlalu tapi hubungan kita suami isteri tetap 'best' kan ekeke :p

    betul tak kakcik?

    doa combi kakcik dan hubby kekal bahagia sehingga ke syurga firdausi.amin *.*

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...:)

    moga berkekalan hingga ke akhirat..

    BalasPadam
  8. tahniah kakcik dan suami..


    moga terus kekal bahagia dalam limpahan kasih sayang serta gembira bersama anak-anak tersayang

    sarapan pagi berdua, malam nanti mungkin anak2 pulak yang meraikan

    tahniah

    BalasPadam
  9. salam..semoga berkekalan dalam kasih sayang...amin

    BalasPadam
  10. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kakcik! Semoga berkekalan, InsyaAllah.

    Apa yg dimakan, dimana tempatnya & berapa harganya bkn menjadi ukuran sebuah kerukunan & kasih sayang. MASA yg diperuntukkan itu adalah hadiah yg bernilai drp ringgit & sen. Tahniah Kakcik!

    BalasPadam
  11. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kakcik...semoga jodoh kakcik & en.suami berkekalan hingga ke akhir hayat...amin..

    BalasPadam
  12. Salam Kakcik;

    Berselang 3 hari jer... tarikhnya dgn saya.

    Selamat Ulangtahun Pernikahan saya ucapkan buat Kakcik dan En. Suami. Semoga Berbahagia dan Ceria selalu hingga ke akhir hayat. Insyallah.

    BalasPadam
  13. salam..
    TAHNIAH kepada kak chik dan Abg Chik. selamat sambut ulangtahun perkhawinan moga berkekalan hingga akhir hayat dari saya dan AzMasK dan Adam

    BalasPadam
  14. selamat ulangtahun perkahwinan kakcik....lama tu.. :D

    semoga kakcik dan abgcik terus berbahagia. amin. :D

    BalasPadam
  15. salam kakcik...

    ummi doakan moga kebahagiaan buat kak cik berkekalan hingga ke akhir hayat....

    BalasPadam
  16. as salam kakcik..semoga hubungan suami istri akan berkekalan sehingga ke akhir hayat

    BalasPadam
  17. Kak chik, dalam hidup ni, tak de yang lebih bermakna dari nilai sebuah kasih sayang.Semoga hubungan kak chik dan suami, kekal hingga keakhir hayat.

    BalasPadam
  18. salam kakcik,
    selamat ulang tahun perkahwinan..
    semoga kakcik dan suami kekal bahagia membina cinta hingga ke syurga.. :)

    BalasPadam
  19. SALAM,
    CUKUP CANTIK DAN TERKESAN KATA2 KACIK. DIUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN. DIDOAKAN TERUS BERKEKALAN DAN BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

    BalasPadam
  20. Salam kakcik,

    tahniah.. moga kebahagian sentiasa bersama.

    BalasPadam
  21. Salam Kak Cik.

    Bagi saya Kak Cik pendiam tetapi jiwa ceria.

    Your husband is number 1! Sporting gila.

    Tak sangka dalam hati ada taman, pandai berpuisi. Mesti abang suka membaca apa Kak Cik tulis.

    Happy anniversary Kak Cik dan abang. 24 tahun, pastinya tempoh lama dan banyak pergorbanan dilakukakn kedua pihak.

    ... ada pahit manisnya.

    Tahniah from me.

    BalasPadam
  22. cinta kita pada suami dan rumah tanggamelebihi segala galanya di dunia ni...Kita terima dia seada nya dan semuga suami pun begitu..
    tapi kan..kalau ada hadiah ke..lagi lah elok kan...hahahaa

    BalasPadam
  23. lama tak kesini.almaklum cuti sekolah, riadah bersama anak2.
    Alhamdulillah, 24 tahun bersama dalam rumahtangga bahgia. semuga berkekalan kebahgiaan hingga kesyurga bersama suami dan anak2 tercinta. itulah kekuatan doa sesama muslim kerana arah tujuan kita yg sama, mengharap kejayaan dalam perjalanan dunia ni menuju syurga yg abadi :)

    BalasPadam
  24. Tahniah Kak Cik..
    Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat...

    BalasPadam
  25. Imanshah...

    terima kasih, Dik... Amin untuk doamu. :)

    BalasPadam
  26. AM...

    sedangkan lidah lagi tergigit - cuma janganlah luka kesan gigitan itu dibiarkan merebak menjadi nanah dan barah! :)

    BalasPadam
  27. Mimi...

    terima kasih. Masih jauh perjalanan untuk Mimi tempuh. semoga sentiasa tabah menghadapi apa jua 'usikan' yang mendatang. :)

    BalasPadam
  28. Fa...

    terima kasih. Nasi lomak tu sodap bila di makan dengan kasih sayang! (Iyola tu...) :)

    BalasPadam
  29. Combi...

    Amin untuk doa. Semoga bahtera Combi bersama Tn Syed juga sentiasa kukuh walau sesekali badai mengusik manja!

    Melewati angka 20 - tapi memang terasa bagaikan baru semalam 'berkenal mesra'... :)

    BalasPadam
  30. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    terima kasih. Amin. :)

    BalasPadam
  31. ibuintan...

    sebenarnya semalam lagi Along nak meraikan... tapi kakcik dah kepenatan. Minta dia belikan makanan, dan makan di rumah sahaja. Alhamdulillah. :)

    BalasPadam
  32. W/salam suri solehah...

    terima kasih. Amin. :)

    BalasPadam
  33. Liza...

    terima kasih. InsyaAllah.

    Mudah2an kasih kami sentiasa bertaut walaupun tiada kemewahan yang menyalut. :)

    BalasPadam
  34. W/salam Isa...

    tahunnya jauh berbeza, kan? Terima kasih untuk doa. Amin. :)

    BalasPadam
  35. gB...

    semakin lama semoga semakin kukuh ikatan itu. :)

    Terima kasih untuk doa. Amin. :)

    BalasPadam
  36. Ummi Humaira...

    terima kasih untuk doa Ummi. Amin. :)

    BalasPadam
  37. sahrom...

    terima kasih. Doa yang sama juga untuk sahrom. :)

    BalasPadam
  38. Cik Ina...

    betul tu. Saling jujur dan percaya juga kunci untuk kita mengecapi bahagia. :)

    Terima kaksih untuk doa. Amin.

    BalasPadam
  39. tahniah kak cik!!

    moga berkekalan ke hujung nyawa..

    simple but nice & perfect!:-)

    BalasPadam
  40. assalammualaikum kak cik...

    tahniah... di atas segala kebahagian yang di kecapi selama ini ..moga kekal selama lama nya..

    tahniah kerana saling melengkapi untuk sepanjang 24 tahun ini..
    tahniah kerana berjaya mengharungi perjalanan yang pasti beronak duri...

    semoga kebahgian itu milik kak cik berdua ..bersama cahaya mata dan keluarga tercinta... amin

    p/s menjadi inspirasi buat diri ini ...

    BalasPadam
  41. MDT...

    kakcik juga doakan agar jodoh MDT yang mendatang ini akan berpanjangan ke akhir hayat kalian dan hidup penuh kasih sayang serta kesereasian. :)

    BalasPadam
  42. W/salam Dto'...

    terima kasih untuk doa. Amin. :)

    BalasPadam
  43. W/salam Yan...

    terima kasih. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  44. W/salam Dul...

    iye ke kakcik pendiam? Mungkin juga sebab kakcik tak pandai menceriakan suasana walaupun hati kakcik ingin sangat 'beriang-ria' :)

    Suami kakcik memang macam tu - kalau jumpa orang, macam dah kenal lama je. Silap2 lain orang cakap, lain yang dia faham! Dia juga tak faham bahasa puitis kakcik... hehehe...

    Terima kasih atas ucapan. Semoga keluarga Sdr juga sentiasa dilimpahi bahagia. Amin. :)

    BalasPadam
  45. Kak Ezza...

    bagi seorang wanita, suami dan anak2lah kebahagiaan kita. Semoga Allah merahmati kebahagiaan itu. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  46. nursalamah...

    terima kasih atas kata-kata indah itu. Semoga nur dan keluarga juga bahagian sentiasa. Amin. :)

    BalasPadam
  47. J.M.R...

    terima kasih. InsyaAllah. Amin. :)

    BalasPadam
  48. Wa'alaikummussalam Ila...

    Alhamdulillah. Selisih faham tu adat berumah-tangga. Tiada pula manisnya kalau tidak merasai sedikit kepahitan. Cuma, kita kena saling memahami di mana kita perlu berdiri saat pasangan kita kelihatan 'tidak berkaki'...

    Terima kasih untuk doa. Amin.

    BalasPadam
  49. selamat ulang tahun KakCik & Abg Bob... Semoga berbahagia & berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin.

    BalasPadam
  50. epi 24 enibeseri Kak Cik... semoga kasih terus bertaut dengan kukuh.

    BalasPadam
  51. Pn. Dr...

    terima kasih doktorku sayang... :)

    BalasPadam
  52. Cyana...

    terima kasih. Amin Ya Rabbal 'Alamin. :)

    BalasPadam
  53. happy anniversary kak cikkkk..!!

    semoga berkekalan hendaknya..aminn!!

    BalasPadam
  54. kakkkkkkkkkkkkk cikkkkkkkkkkkkk sorry buzy teramat2 sangattttttt
    baru sempat ke sini...

    apa pun selamat ulang tahun p'khawinan yerrrrrr yg keeee 24thn hehehee

    BalasPadam
  55. Angahhhhhhhhh...

    terima kasih. Semoga Angah sihat2 sahaja, ya :)

    BalasPadam
  56. Salam Kakcik

    Hepi anniversari. KZ suka puisi2 Kakcik.... sungguh berbakat... teruskan berkarya

    BalasPadam
  57. Salam penuh kecerian juga drp saya semoga bahagia kekal hingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  58. W/salam KZ...

    Terima kasih. Berpuisi sahajalah sedikit kelebihan yang kakcik ada! :)

    BalasPadam
  59. AAP...

    salam keceriaan juga buat AAP. Terima kasih untuk doa. :)

    BalasPadam
  60. alhamdulillah..moga bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat....
    Mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.Ameen..

    BalasPadam
  61. Salam kak cik,

    Hari bahagia saya tumpang gembira
    24 tahun bukan calang-calang masa
    diharungi bersama suka duka
    tahniah diucapkan semoga kekal bercinta
    dan romantika selamanya

    BalasPadam
  62. salam my lovely kakCikS:)
    HappY AnniversaRY..
    Moga bertambah erat ikatan kasihsayang..dan bahagia selamanya...
    MOga sentiasa dirahmatiNya..amin:):)

    BalasPadam
  63. Sal ...

    terima kasih. Semoga Sal dan keluarga juga dikurniakan kebahagian berpanjangan olehNya. Amin. :)

    BalasPadam
  64. W/salam DrSam...

    terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen.

    Terima kasih juga atas ucapan dan doa itu. Mudah2an Dia memberkati kehidupan kita semua.

    BalasPadam
  65. W/salam Tinie sayang...

    terima kasih, Dear. Amin Ya Rabbal 'Alamin. :)

    BalasPadam
  66. kakcik..
    selamat berbahagia sehingga ke akhir nyawaaaaa....

    selalulah beromantik2 yer nge hubby tu deh...

    BalasPadam
  67. As Salam Kak Cik,


    Tahniah buat Kak Cik dan Suami. Semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.

    Nak minta petua ni kak !

    BalasPadam
  68. smg jdoh kakcik n suami bpnjgn hgga ke hujung nyawa..insyaAllah..

    BalasPadam
  69. SN...

    terima kasih. Beromantik2?? Hehehe... :)

    BalasPadam
  70. W/Salam Reen...


    Terima kasih. Amin.

    Nak petua apa tu, Reen? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com