MasyaAllah. Aku hampir terlupa bahawa beberapa bulan yang lalu, aku hampir sahaja tidak berdaya untuk mengatur langkah walau untuk jarak yang dekat. Menunaikan solat pun seringkali dalam keadaan duduk disebabkan kaki yang tidak mampu untuk berdiri!
Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan - dengan izin Allah, aku kini telah mampu berjalan dengan laju dan dapat mendirikan solat dengan sempurna (hanya Allah dapat menilai sesempurna manakah solatku).
Teringat saat getir selepas pembedahan (aku langsung tidak sedar sewaktu pembedahan dijalankan - yang memakan masa lebihkurang 7 jam itu), serik untuk aku melaluinya lagi. Syukurku kepada Ilahi, walaupun kini masih terasa agak sengal di belakangku, aku bebas untuk bergerak. Kakiku telah mampu untuk menampung badanku yang seberat guni beras 10kg darab 10 ini.
Bangcik akan mengungkit betapa dia sanggup tidur atas lantai sewaktu menemaniku di hospital bila aku marah-marah kepadanya. Amboiiii.... Mak tak lupalah sebagaimana mak tak lupa apabila terpaksa merelakan perut mak dibedah untuk mengeluarkan bangcik yang dah lemas dalam kandungan tau!
SALAM,
BalasPadamSYUKUR ALHAMDULILLAH DAPAT MELALUI UJIAN ALLAH INI. DIDOAKAN KESIHATAN BERTAMBAH BAIK
dah sihat betul ke kak cik.. laju jln dah hihii
BalasPadambangcik
BalasPadamkesian mak tu, jgn merungut ye...kena jadi anak yg soleh!!
Alhamdulillah kakcik dah sihat
BalasPadam:)
Bangchik mmg anak yg baik
Salam kakcik...
BalasPadamAlhamdulillah sekrg dah laju berjalan... masih perlu hati2 jugak tu tau..
hahaa...mengungkit jugak prince jake tu ya...
jaga diri selalu kakcik , luv u - Q
salam..
BalasPadamsyukur alhamdulillah....
Salam Dato'...
BalasPadamAlhamdulillah... Allah beri saya 'peluang kedua' untuk merasakan nikmat sihat. Terima kasih atas doa Dato'. :)
Salam Mila...
BalasPadamAlhamdulillah.. dan kakcik dah pusing satu Malaysia selepas selamat dibedah dan beransur sihat :)
Salam Imanshah...
BalasPadammudah2an anak2 kita semua akan menjadi anak2 yang soleh/solehah. :)
Salam Mimi...
BalasPadamAlhamdulillah. Anak2 kakcik memang anak2 yang baik - cuma kadang2 langkah mereka pincang dan perlu dibimbing selalu. :)
Salam Q...
BalasPadamAlhamdulillah - dah laju jalan kakcik.. tapi masih beringat2.. takut nak angkat yang berat2 walaupun kadang2 'terangkat' juga. :)
Memang sesekali dia akan mengungkit dan maknya akan membals ungkitan itu! (anak beranak sama je..)
luv you too Q.. :)
Salam SR...
BalasPadamAlhamdulillah. Allah bagi peringatan buat kakcik. :)
semoga kakcik bertambah sihat..
BalasPadamhahaha mak n anak sama2 mengungkit... bukan mgungkit tu cuma sekadar ingat mgingati..
Moga Allah memberi kesihatan yang sihat sepanjang hayat..Amin
BalasPadamAssalamualaikum wbt
BalasPadamAa ah kokcik, dah tua ghente ni, ape le nak dikejor, dipedegheh menceceit. Kalo ye benor le! Ate kekadang mudah bebenor kita lupe, ape idoknye dedulu sampei poghonah le 3 batu jalan kaki ke skolah, soh je ape le nak diheghankan le ni! Buat menohen je le....
pasai apa tangan tu bengkak sangat tu?
BalasPadamSalam zairah semoga anda sihat ceria sentiasa hendaknya.
BalasPadamJom singgah ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."
anak mak kena berbahas dgn mak, kalu tak dgn sape lagi..
BalasPadampengorbanan seorang ibu
BalasPadamalhamdulillah kak cik dah sihat.
alhamdulillah kakcik sehat dah...
BalasPadamitu semua ujian dr Allah swt..
moga kita akan lbh mengigatinya..
insyaAllah ye...
;)
Salam Ibuintan...
BalasPadamAlhamdulillah, kakcik semakin sihat termasuk badan yang semakin mengembang... hehehe..
macam tulah kakcik dengan anak2... kadang2 boleh bergurau macam dengan kawan2... :)
Salam Pn Nani...
BalasPadamAmin untuk doa Puan. Semoga Puan juga dikurniakanNya dengan kesihatan yang baik sentiasa. InsyaAllah. :)
Wa'alaikummussalam Yop...
BalasPadamlama beno mika tak nyinggoh ke sini walopun teman ada nampok mike ngelewo kat tempat lain! Tapi tak ngape.. sekughang2nye teman tau mike idok lupekan ghomah teman ni. :) Alhamdulillah.
Ate.. ye nye beno.. zaman sekolah dulu.. jalan kaki tengoh panah meghenin idok kesah pun.. siap nonggen minum ayo kat pili tepi jalan lagi... hehehe... Tapi bila Allah bagi peghingatan melalui sakit yang ditughunkan, baghule tahu nekmatnya sehat... :)
Salam LB...
BalasPadamkesan tusukan jarum yang tidak betul!
Salam En. Yassin...
BalasPadamSemoga AAp juga sihat dan ceria sentiasa.. :)
(Nanti kakcik singgah kat rumah AAP, InsyaAllah)
Salam Zeq...
BalasPadamkalau tidak, mak tak tahu isi hati naka2, kan? :)
Salam Sya..
BalasPadamAlhamdulillah - tapi kena beringat2 juga... :)
Salam hysman...
BalasPadamterima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen.
Ujian dariNya untuk kita sentiasa ada.. cuma sama ada kita sedar atau tidak tentang itu dan tahu ada tidak untuk bersyukur bila ujian itu berjaya dilalui dengan tabah dan selamat.. :)
tetap takkan sama pengorbanan ibu berbanding pengorbanan anak-anak.
BalasPadamSalam AM...
BalasPadamkita semua diberi bahagian masing2 untuk berkorban dan dikorbankan! :)
syukur kakchik dah sihat. kenapa dibedah?
BalasPadamhubungan kakchik dengan bangchik sangat mesra :)
sekarang ni selalu dan dapat komunikasi yg baik dengan anak2. mereka tak nak bual dengan mak :(
Salam Nursalamah...
BalasPadamkakcik kena 'slip disc'.. kalau tak dibedah, takut bertambah mudarat. Alhamdulillah, kakcik boleh bergurau senda dengan anak2... :)