dalam fikiran banyak benda nak kena buat
tapi satu apa pun belum start
di depan komputer juga duduk melekat
menambah lemak di badan yang bulat
ke rumah teman-teman asyik menjengah
walaupun orang buat tak endah
tapi buat apa nak ambil kisah
bukan siapa tahu aku menerjah
pakaian di meja bersusun-susun
hendak dilicinkan segalan alun
sudah dilipat kain bertimbun
makanan terhidang rasa nak pulun
sunyi pula rasa begini
anak-anak tidur meninggi hari
hendak rasanya ke sana ke sini
memandu sendiri suami tak beri
sebentar nanti tugas bermula
rasa nak bereskan segala-gala
jangan cari bantal dan letak kepala
jawabnya tak akan menjadi suatu apa
~~~ selamat bercuti teman-teman ..... dan untuk Puan Q - selamat menyiapkan tempahan ~~~
selamat bercuti utk kakcik juga
BalasPadamselamat bercuti kakcik..
BalasPadamkeluar ke dalam dari pagi,
usik tu sekejap usik ini sekejap,
memang hari-hari cuti begini,
semua nak dibuat semua nak dilap,
namum satu pun tak siap-siap sebab tak mulakan laie
lastnye lepak juga depan pc
hahaha tibai ye ni kakcik
Salam Sahrom...
BalasPadamselamat bercuti. Kakcik ni kerja rumah banyak menanti! :)
Salam ibuintan...
BalasPadamdepan pc juga yang melekakan.. padahal banyak yang kena diperhati dan diselesaikan ni.... Aduh! lusa nak ke Utara lagi...
SALAM,
BalasPadamSELAMAT BERCUTI. TAK ADA KE RAKAN2 BERAGAMA HINDU? BOLEH JUGAK JALAN-JALAN CARI MAKAN DI RUMAH MEREKA
KAKCIK > wpun kerja banyak tak pernah habih, tapi kerana hari ini cuti, tekanan kurang skit. Rasa boring boleh gak baring sekejap. Bukan ada orang nak marah pun..
BalasPadamSalam Dato'...
BalasPadamrakan tu ada, tapi tak tahu di mana rumah mereka! :)
Salam Azie...
BalasPadampenat baring, duduk. Kat TV pun tak ada rancangan yang menarik.. :)
menambah lemak di badan yang bulat...
BalasPadambahaya nii... kak cik
Selamat bercuti kakcik...
BalasPadampelokek kedekut bakhil dan kikir
semuanya sama tak boleh pakai
janganlah kakcik banyak berfikir
banyak2 pikir merosakkan akai
jangan jenguk sebarang jenguk
terjenguk ular membawa padah
saya tau kakcik datang tengok
bila ruangan komen penuh bermadah
orang tak layan kakcik pun blah
suruh lipat kain malas lah pulak
kalau kita ni sebelah menyebelah
saya bagi kakcik makan sampai jelak
qadha tidur sampai alpa
bukan selalu dapat peluang
nak kesana sini nak buat apa
tak kesian cik abang melangu sorang
saya agak betul ker tidak
kalau tak betul jangan lah gelak
lepas makan badan tergeletak
pastu dibantal kepala diletak....
jawabnya krooh krooh ler tu...
terimakasih atas ingatan murni kakcik utk saya....Q.
Salam AM...
BalasPadammemang tahu bahaya.. tapiiiii.. buat juga! :)
Salam Q...
BalasPadambuah kuini di atas kotak
kotak disusun berpetak-petak
berfikir konon menguatkan otak
kalau tidak pun menempah botak
bengkak cantik ataupun benguk
jangan dibiar melarat ke bahu
kakcik suka datang menjenguk
orang tak layan kakcik tak tahu
rumah agam tidak bergeran
pusaka nan satu jadi rebutan
andai takdirnya kita berjiran
kakcik gemuk Q yang beragan!
buat kebaya sikain kasa
kain sarung berwarna ungu
ke sana ke sini membawa rasa
biarkan cik abang termangu-mangu
putih kapas seputih salju
tiada salju di tengah gurun
lepas makan tadi menggosok baju
bukan main laju peluh yang turun
mata dah mula nak layu ni... tapi sekejap lagi nak mengukur jalan ke Banting pulak... (bukan ke Ladang Gadong, ya..) :)
wah..,
BalasPadamkakcik bergurindam lagi..
Salam Salmi...
BalasPadambila kakcik dah tak boleh mengarang dalam bentuk karangan, bergurindamlah kakcik seadanya.. :)
gembira riang suka-suka
BalasPadamtak kira masa saat dan ketika
wow!saya memang tidak sangka
mantap sungguh kakcik berseloka
p/s:
jatuh si helang ke dalam parit
luka di paruh dan juga di kuku
walaupun saya ada kotak jerit
komen kak cik jua saya tunggu
salam my lovely kakCikS..:)
BalasPadamBiarpun cuti..kan kugagahi teruskan 'perjuanganku' menanda kertas ank2 didik :P...biarpun terkdg..ia bisa meruntun perasaan....uhhh!!
(..sis..singgah nak cari ketenangan seblm mengadap semula kertas jawapan bio nihh!!)
salam
BalasPadammalas la tu...layan tido pun ok kak
Salam SN...
BalasPadamkalau tuan mengait kelapa
untuk saya jangan dilupa
kalau tak tahu nak komen apa
di kotak jerit kakcik menyapa :)
Salam Tinie sayang...
BalasPadamadik kakcik seorang guru, Along juga seorang ustaz.. kakcik tahu macam mana Tinie rasa menghadapi kertas jawapan peperiksaan yang mencabar minda penanda itu! :)
Jangan stress sangat ya?
Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...
BalasPadamtak sempat kakcik nak layan tidur ni... :)
Salam Kak Cik..
BalasPadamkeje tak habis lagi tapi sempat tido dulu..
* baru bangun tido nih....
Salam Reen...
BalasPadamkakcik cuma sempat melelapkan sewaktu dalam perjalanan balik dari Banting tadi... itupun sekejap sangat, terjaga kerana tersedak.. :)
Salam Kakcik
BalasPadamSeronok saya membaca gurindam kakcik. Beralun berirama... berseni... hmmmm leka saya dibuatnya
Salam KZ...
BalasPadamkakcik ni kadang2 ada ilham yang mencurah2, kadang2 kering kontang - tak tahu nak taip apa2.. :)
Alamak.
BalasPadamSaya tak pandai bergurindam macamana kak?
Susah juga ni kalau bahasa terlampau puitis dan indah. Kami yang komen dan tak tau ni, jadi perosak suasana pulak kan.
cuba buat2 cuti lipat baju lipat semua lagu mana agaknya
BalasPadamSalam Zezebel...
BalasPadamterima kasih kerana sudi ikut blog kakcik dan tinggal komen. Tak mengapa komen ikut tafsiran sendiri.. jadi, kakcik tahu apa pandangan orang terhadap apa yang cuba kakcik sampaikan. :)
Salam Zeq...
BalasPadamjangan kata sebulan, dua hari je tak lipat kain baju.. setengah bilik dah penuh bertimbun! ;-)
slm kakciiiikkk!
BalasPadamawey2 teman ankat bendera puteh.. idok le gheti nk berpantunmantun hehe..
semlm operasi lipatbaju berjemaah hehee selesai juge sepurnama timbunan kainbaju :D
tu pon sbb ade yg nk dtg tidor kt ghomah ni hehehe.. haisshhh...
Salam AzeedA...
BalasPadamtak gheti, tak ngape.. aseikan paham maksudnya.. udah le, ye? :)