Kawan-kawan kakcik

Isnin, 18 Oktober 2010

Kuala Lumpur - Cherating (Bhg. 1)

Minuman dan makan ringan yang dibekalkan kepada peserta

Awas!!!

Tempat berkumpul - seawal jam 6.30 pagi kami sampai di sini (Save More Laman Rimbunan, Kepong)

Para Marshall

Tempat mendaftar dan mengambil sarapan pagi

Ini stiker Master Marshall yang punya, bukan Ahmad Albab yang punya

Mendengar penerangan 'Mr. Tulip'

Bacaan doa sebelum berlepas

Pencarian bermula ... cepat .... cepat....

Belum apa-apa, baju suami telah terkena muntah anak seorang peserta yang terjatuh dan menangis.  Suami mengangkat dan memujuknya dan 'dihadiahkan' dengan muntah!  :)

Sebenarnya, aku tak masuk dalam program Pencarian Khazanah ini.  Cuma aku dan bangcik serta BS mengikut suami yang bertugas sebagai salah seorang urusetia.

(BERSAMBUNG)



16 ulasan:

  1. laaaa... peneman cikabang rupanya . ekeke

    belum start lagi dah dpt 'hadiah' . saborr jeklah ..


    salam kakcik , moga sihat and happy selalu ..

    BalasPadam
  2. Salam LiNda...

    kakcik ni kan PA yang 'Setia dan Sedia Berkhidmat'? :)

    BalasPadam
  3. salam mama
    wah bagusnya
    setia mengikut kemana saje ye..
    mama sihat???

    BalasPadam
  4. Salam cheqna...

    sebagai 'pengikut setia' (bukan pengikut ajaran Ayoh Pin...hehehe...), begitulah tugas mama - menjadi pengiring. InsyaAllah bulan depan, ke Pulau Pinang pulak (kena ambil cuti 3 hari).

    Alhamdulillah, mama ok walaupun agak sengal-sengal juga badan ni (dah 3 hujung minggu berturut-turut 'mengukur jalan').

    BalasPadam
  5. This event ke yang Cyana organized?.. Kakcik jumpa dia?

    BalasPadam
  6. Salam Yan...

    betul.. nanti kakcik letak gambar dia dengan BS dalam catatan akan datang. :)

    BalasPadam
  7. Hello Kakcik, ini motor racing ke? Or jalan2 makan oxygen?
    Saya nampak tu kedai jual 'ayan penyet'?
    Bahasa saya you tau la, sebelum Merdeka, tetapi kalau otak kering saya ingat lagi, 'penyet' is flat kan?

    Apa macham ayam tu boleh jadi,... alamak...saya da lupa what is 'flat' in bahasa...okay, penyet la? Ha ha ha.

    Saya suka tengok gambar2. Di mana Kakcik? Ta'nampak perumpuan pakai sarong kebaya? Ha ha ha.
    Have a nice day, Kakcik, Lee.

    BalasPadam
  8. salam,

    seronokla Kakcik, mengurus dan setiakan program tu..

    BalasPadam
  9. Hello U. Lee...

    saya ikut program Treasure Hunt. Syarikat tempat suami saya 'cari makan' buat acara itu dari Kuala Lumpur pergi Cherating. Tak nampak perempuan pakai sarung kebaya sebab dia sibuk ambil gambar!

    Ayam penyek itu maksudnya ayam goreng yang diketuk bagi pecah sedikit. Makan dengan nasi, ulam dan sambal belacan. :)

    Flat = leper atau rata. Tapi kalau rumah flat = rumah pangsa bukan rumah leper.. hehehe...

    You have a nice day too....

    BalasPadam
  10. Salam Myri...

    mengurus tu mungkin lebih senang dari mensetiakan diri, kot! :)

    BalasPadam
  11. erkk....!!!! adoi kene munmun...! (GB pun terkene munmun sabtu lepas tapi munmun baby ler..huuu~)

    BalasPadam
  12. Salam gB...

    pakcik tu kesian tengok budak kecik tu nangis2.. dia tolonglah angkat...

    Nasib baik ada bawa t shirt putih yang lain. :)

    BalasPadam
  13. Kenapa tak buat sampai KB?...bukan apa Pak Nidus nak tengok wajah glamor Kakcik secara live...

    BalasPadam
  14. Salam Pak Nidus...

    tahun ni kakcik dah sampai pun ke KB - mungkin akan datang lagi... tapi, belum pasti bila.. (nanti kakcik beritahu) :)

    BalasPadam
  15. Salam Alimaz...

    kalau kena kat kakcik, harus dengan kakcik2 sekali meloya.. tak senonoh, kan? :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com