Kawan-kawan kakcik

Ahad, 24 Oktober 2010

Aku tetap suka menikmati...

 dari jauh nampak berbalam
bagai mengimbau sayu dan kelabu
biarpun dilihat malap dan kelam
isi hatimu siapa yang tahu

 langit jingga di ufuk timur
awan malu di balik gunung
saat mata tak mahu tidur
usah dibawa duduk termenung

 segaris awan di muka langit
tidak melakar cacat dan cela
jauh dari bising dan bingit
angan melambung entah ke mana

Indahnya kejadian Allah mencipta
leka dan kagum hamba menikmati
betapa kerdilnya terasa kita
mengucap syukur di lubuk hati

menyusur jalan menuju destinasi
tidak lupa mohon perlindungan
melihat gunung bagai gergasi
hadirnya itu pelengkap keindahan






32 ulasan:

  1. indah dan puitis sekali....

    sukaaaaaaaa......

    BalasPadam
  2. awan ni kakcik kekadang tu memang bulih tepegun dibuatnye..cantik..

    BalasPadam
  3. Cantik mendamaikan..tenang mata memandang walaupun jiwa tak setenang itu...

    BalasPadam
  4. Salam kakcik...

    Saya suka pantun kakcik...

    bagai mengimbau sayu dan kelabu,
    resah jiwaku di hambat kenangan;
    isi hatimu siapa yg tahu,
    biarlah rahsia disebar jangan...


    awan malu di balik gunung,
    gunung teguh menentang ribut;
    usah dibawa duduk termenung,
    sebelum tidur namamu ku sebut...

    tidak melakar cacat dan cela,
    nyaman udara mengiring mega;
    angan melambung entah kemana,
    berdua dengannya di alam syurga...

    leka dan kagum hamba menikmati,
    pawana indah berkicau tekukur;
    mengucap syukur di lubuk hati,
    hebat kebesaranNya hatiku akur...

    tidak lupa memohon perlindungan,
    hidup dan mati biarlah beriman;
    hadirnya itu pelengkap keindahan,
    marilah dijaga penuh keinsafan....

    Wooohoo kakcik, syoknya berpantun! Q.
    Nak lagi, nak lagi....hahaaha...

    BalasPadam
  5. Salam Yop Samad...

    kengkadang boleh leka nengok bentuk yang macam2, kan? :)

    BalasPadam
  6. Salam Ida...

    bunyi cengkerik di paya bakau
    menitis peluh basah di dahi
    duhai jiwa tenanglah dikau
    dalam dakapan kasih Ilahi

    Semoga Ida ceria dan sihat selalu :)

    BalasPadam
  7. Salam Q...

    kakcik suka pantun2 indah yang Q karang itu.. rasa segar jiwa kakcik. :)

    cantik berseri bunga melati
    hiasan rambut menyentuh pipi
    hadirmu membawa ceria di hati
    janganlah lagi dikau menyepi...

    Terima kasih Q...

    BalasPadam
  8. kakcik ni dulu mesti student art stream ye?

    BalasPadam
  9. Kakcik,

    Ini pantun Pak Nidus;

    Budak2 main congkak,
    Main congkak atas bukit,
    Nak kenal Pak Nidus botak,
    Pak Nidus botak perut buncit.

    Itu aje lah yang pandai...heee3.

    BalasPadam
  10. saya kalau kakcik berpantun berseloka berpuisi.. saya baca je tau..
    saya tak reti komen atau balas..
    :)

    BalasPadam
  11. kakcik...suka suka! lain kali kalo nk berpantun, dah tahu nk merujuk pada siapa.. hehe.

    BalasPadam
  12. Salam Yan...

    kakcik sebenarnya datang dari science stream! Tapi minat pada sastera itu kakcik pupuk sendiri.. :)

    BalasPadam
  13. Salam Pak Nidus...

    buah mangga di atas kotak
    untuk diberi rakan sebaya
    perut buncit kepala botak
    tandanya hati aman bahagia...

    hehehe...:)

    BalasPadam
  14. Salam Pn Dr...

    air selasih di dalam gelas
    mari diminum penghilang dahaga
    biarpun puan tak pandai membalas
    kehadiran puan yang kakcik damba

    :)

    BalasPadam
  15. Salam Cyana...

    tentu sahaja boleh

    (psssttt... En Nazuir dan En Ghaus pun baca pantun yang kakcik karang!)

    BalasPadam
  16. Salam zeq...

    pandanglah selagi boleh melihat dan menikmati keindahan itu.. :)

    BalasPadam
  17. Sedapnya pantun2 kakcik. Saya tabiklah

    BalasPadam
  18. Salam Aida...

    dulu Aida kata nak ambil pantun2 kakcik, dah ambil? Ambillah kalau belum, kakcik izinkan. :)

    BalasPadam
  19. tadabbur dengan keindahan alam. tidak tahu sampai bila ianya bertahan...

    BalasPadam
  20. Salam IM...

    keindahan itu tetap ada cuma manusia yang ghairah untuk 'memadamnya'...

    BalasPadam
  21. Hebat betul pantun-pantun di sini.. patut dibukukan untuk tatapan anak cucu cicit kita walau pun dah ada yang berbuat demikian...

    BalasPadam
  22. Salam Kak Cik,

    saya tak pandailah nak berpuisi2 ni kak..



    Tapi memang indah ciptaan Allah.

    BalasPadam
  23. salam kak cik

    manje paling suke tgk biru langit tu... tenang aje mendamaikan jiwa ~

    BalasPadam
  24. pergi bertamu ke pekan deli
    membeli kitab penuh perahu
    hari dah senja baru nak pulang
    pantun mu itu indah sekali
    ingin ku jawab satu persatu
    apakan daya masa menggalang.

    BalasPadam
  25. salam persahabatan buat kakcik...moga kekal bahagia selalu..

    BalasPadam
  26. Salam Mohamad...

    betul juga, kan? kalau kakcik bukukan pantun2 kakcik, dah tebal agaknya sebuah buku.. :)

    BalasPadam
  27. Salam Reen...

    syukur kita dapat menikmati keindahan itu.. :)

    BalasPadam
  28. Salam manje...

    kakcik juga suka menatap langit yang membiru itu... :)

    BalasPadam
  29. Salam Kanda AL...

    anak dara termenung di titi
    hendak merawat hati nan rawan
    janganlah kanda gusar di hati
    dinda memahami kesibukan tuan

    :)

    BalasPadam
  30. Salam Adinda Amy Sensei...

    salam perkenalan dan semoga adinda ceria selalu :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com