Kepada yang berpuasa ganti atau berpuasa enam - selamat berpuasa. Pagi ini, masih belum banyak kedai makan atau warung yang memulakan operasi perniagaan mereka. Kalau tidak berpuasa dan agak rajin, boleh bangun awal dan sediakan makanan untuk dibawa sebagai bekalan. Walaupun aku memasak pagi ini, tapi aku tidak membawa bekal. Hanya suami yang bawa teh tarik dan roti sardin yang kubuat. Untuk anak-anak, telah kumasakkan nasi. Rendang ayam serta sambal ikan bilis semalam masih ada lagi. Kalaupun anak-anakku makan, mereka hanya akan makan tengahari atau selepas Zuhur nanti. Mestinya sekarang mereka sedang enak menyambung tidur selepas Subuh - tambahan pula hujan turun dengan agak lebat.
Tadi, aku dan suami singgah di warung Nasi Lemak Antarabangsa Kg. Baru. Sebungkus nasi lemak ini berharga RM5.60.... hmmmm.... kenyang sampai Maghrib lah ni....
salam kakcik,
BalasPadamdah masuk kerja ye kakcik.. selamat bertugas kembali saya masih cuti lagi, menumpang cuti anak-anak murid..
setelah puas makan juadah raya, memang menyelerakan makan nasi lemak ni kan, saya pagi semalam masak nasi lemak.. semua berselera makan
Salam Ibuintan...
BalasPadamkakcik memang tak ambil cuti tambahan. InsyaAllah, kakcik hanya akan ambil cuti pada 17/9 nanti.
Seronok berhari raya? Bagi kakcik, semuanya 'suram'... :(
SALAM,
BalasPadamDAH KERJA RUPANYA ! ORANG KATA "BLACK MONDAY" , SLOW SIKIT LE.
TENGOK GAMBAR TU MENYELERAKAN. DAH LAMA TAK RASA NASI LEMAK NI ! MESTI TRY MINGGU DEPAN !
salam kak cik ...wah..tema kita pun biru tahun ni...tapi biru gelap... hehehehe dah mula pose 6 ye kak cik..
BalasPadamSalam Dato'...
BalasPadamsunyi sepi sahaj pejabat pagi ni.. cuma ada 'beberapa kerat' manusia je...
Anak2 ada juga minta nasi lemak yang dimasak sendiri... minggu depan jugalah baru buat kot! :)
Salam Ila...
BalasPadamkakcik belum mula puasa lagi... masih 'bercuti'. InsyaAllah, mungkin mula minggu depan. :)
Assalamualaikum wbt
BalasPadamMasih dlm keadaan suram ke kokcik? Ai, kenapa sampei seghogoi ghoponya? Ade yg tak berapae kena ke? Apa2 pun, nama pun ompuan ditambah dgn mood `masih bercuti`....
Selamat bekerja, kak chik..
BalasPadamawalnya start keja..
Wa'alaikummussalam Yop...
BalasPadammana tak seghoghoinye.. ke mane pun idak.. belego2 kat kelumpo ni je... si kecik tu pulak kembung peghut/demam... ghaye pun teman menten je dengan t shirt lusuh dan suor bughuk.. ghaye petama je nampak semenggah sikit... :(
Salam Mizah...
BalasPadamcuti kakcik pun dah tak banyak lagi. Selepas Raya ni, suami mulalah 'ke sana sini' semula.. sebagai pengiring peribadi tak bergaji, kakcik kenalah 'standby' ;-)
Tempat Pak Nidus, kalau cuti panjang jawabnya penuh dengan kenduri kawin...sampai nak beraya dengan anak beranak pun tak sempat. Taapalah "hablum minannas" , mengiratkan silatul rahim. Selamat bekerja.
BalasPadamSalam Pak Nidus...
BalasPadamkalau buat kenduri kahwin kat tempat kakcik dalam sehari dua ni, mungkin boleh berjimat - tetamu tak ramai! :)