Setengah pinggan nasi (lembik pulak tu) bersama rendang daging = RM4.00
Setengah pinggan nasi (sama juga - lembik) tambah sotong goreng + kacang panjang = RM3.50
Segelas sirap sejuk tanpa air batu = RM1.20
Nak berniaga sampai bila???
Ala... dah ada permintaan - bukan salah peniaga punnnn...
Dah tahu macam tu - pergi 'serah leher' buat apa???
Sebulan berpuasa - tak makan waktu siang, boleh tahan
punnnn...
Padanlah dengan muka, kannnn?
Macam boleh mati kalau tak makan tengahari.....
Ada orang yang tak makan berhari-hari
Ada orang terpaksa selongkar tong sampah
Tak kasihan ke???
Baru tak kena sikit dengan selera
Baru kena bayar lebih sikit
Dah merungut-rungut
Dah bersungut-sungut
Ish ish ish.....
Biarkan sahaja peniaga tu
Mungkin mereka nak untung cepat
Tanpa memikirkan pahala dan berkat.....
SALAM,
BalasPadamKALAU NAK BERNIAGA, MESTI NAK BERKAT. TAK TAHULAH MENGAPA ADA PENIAGA YANG TAK AMBIL KIRA PERKARA INI. MUNGKIN NAK BANYAK UNTUNG ! BILA PELANGGAN TAK PUAS HATI, PELANGGAN AKAN LARI. MOGA2 MEREKA INI DIBERI PETUNJUK JALAN LURUS OLEH ALLAH SWT.
Assalamualaikum wbt
BalasPadamBab ni, teman mmg puji bebenor dgn peniaga cina. Ce kokcik nengok, semedang je dikerumuni pelanggan, bkn sbb org Cina kuat makan, ttp rege mi semangkok yg baru digorin pepaneih (sampei permukaan mi pun terbakor) baru je RM1 atau RM2. Kalor dipikior2kan ape le sgt perencah dan aweih2 yg ade sgt! Banding dgn org kita juwei, semunya mahei. Kot2 kite ni tak kisah le, tapi anak2 tu yg mbuat kita nyemedang je beghalah..
Salam Dato'...
BalasPadamkita doakanlah agar mereka segera sedar dan insaf... InsyaAllah, agar berkat rezeki yang mereka dapat.
Wa'alaikummussalam Yop....
BalasPadamkdg2 kalo kita tengok, nasik goren yang dijuey dek oghang kita.. cuma ada sayo campo dua tiga ketoi.. kunin telo teselit macam antah beghah... itu pun makan tiga ghengget setengah sepinggan... :(
tak boleh juga kalau dibiarkan saja. kena bagitau sebab mungkin dia tak tahu.
BalasPadamkalau semua orang berkata tak apa, dok lagu tu la sampai bila-bila....
Salam IM...
BalasPadambetuk juga tu. Tapi, ada orang tak boleh ditegur! Nanti dijawabnya, 'tak suka sudah, ramai lagi orang lain yang suka...' :(