Kawan-kawan kakcik

Selasa, 31 Ogos 2010

MERDEKA...

Merdeka Merdeka Merdeka



Bebaslah sudah Negara ini
Tiada ia dijajah lagi
Negara kita hak kita
Kita mentadbir kita yang menjaga




Tak perlu lagi tertunduk-tunduk ketakutan
Tak perlu menyembah-nyembah memohon ihsan
Ayuh … jangan kita hanya bersandarkan slogan
Bangunlah kita mengejar wawasan



Duhai pemimpin
Usah lagi bercakaran
Melalui media saling bertohmahan
Marilah bersama rakyat memacu perubahan
Jangan sampai kita diketawakan
Setelah sekian lama tapi masih bertatih berjalan



Bukan sekadar menaikkan bangunan pencakar langit
Bukan pula memegang kuasa menindas jelata
Kita cuci mana yang kotor
Kita gilapkan mana yang sudah bersih



Tidak hanya akhlak anak-anak yang perlu kita jaga
Akhlak kita perlu diperhatikan sama
Jangan bangga dengan Negara yang merdeka
Sedang hakikatnya jiwa kita di takuk lama



Negara ini masih banyak hasilnya
Bukan untuk kepentingan seorang dua
Sama-sama berusaha sama-sama merasa
Bukan bermusuhan demi kepentingan diri semata



Merdeka Merdeka Merdeka



Pertahankanlah kemerdekaan ini
Bukan menggadai Negara dalam sulaman senyum ketawa
Tidak dijajah secara nyata
Tapi dalam diam kita tidak merdeka jiwa!


15 ulasan:

  1. Mat rempit terperangkap dan kena perangkap. kat tempat saya ..mlm ni diaorang perang habisan terhadap mat rempit. Syabas dan Tahniah buat penduduk sekitar. Hapuskan budaya merempit.

    BalasPadam
  2. "Nenek moyang kaya raya...tergadai seluruh harta benda...akibat sengketa sesama lah kita...cinta lenyap di arus zaman.."

    Merdeka..!!! Merdeka..!!! Merdeka..!!!

    BalasPadam
  3. Salam Kacik,

    Betul ke... Merdeka...???

    BalasPadam
  4. Salam Salmi...

    masih banyak sebeanarnya yang perlu kita merdekakan. :(

    BalasPadam
  5. Salam Acu...

    orang dulu2 mati2an mewmperjuangkan sebuah kemerdekaan.. orang sekarang??? :(

    BalasPadam
  6. Salam Isa..

    sebenarnya - banyak yang ingin kakcik siratkan di sebalik yang tersurat. Tapiiiiiiiiii..... :(

    BalasPadam
  7. Muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

    BalasPadam
  8. salam kakcik,

    malaysia memang dah lama merdeka, tapi rakyatnya belum merasai kemerdekaan yang sebenar-benarnya...

    hak dan kebebasan yang sepatutnya kita dapat ada lagi yang masih disekat...

    papepun, ain tetap bersyukur sekurang-kurangnya negara kita jauh lebih baik dari negara orang lain....

    moga keamanan dan keharmonian ini terus dikekalkan....

    BalasPadam
  9. Salam Ain..

    janganlah hendaknya rakyat dimomokkan dengan erti kemerdekaan yang hanya dicipta demi kepentingan sesuatu golongan. Biarlah semuanya dikecapi bersama, bukan dengan memijak kepala atau mencantas jalan orang lain demi melunaskan dendam dan iri hati!

    Janganlah keamanan itu tercemar dek kerakusan sesama kita...

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum wbt
    Emmm... apelah erti kemerdekaan kokcik, kalo hidup rakyat `yg kaya bertambah kaya, yg miskin bertambah ghedat`. Gejala maksiat, jenayah, buang anak, berleluasa dan cukai bertambah sana-sini sehinggakan anak2 dlm kandungan sudah adahutang menunggu mrk dek dasar negara....

    BalasPadam
  11. saya aminkan doa en_me...
    .
    salam merdeka KakCik.
    buat semua..
    hayati kemerdekaan
    lihat sekeliling.pandang ke depan.
    bayangkan 10 tahun lagi..adakah lagi merdeka seperti tahun ini..
    sayang negara anda.
    itulah satu2nya negara anda.

    BalasPadam
  12. Wa'alaikummussalam Yop...

    tak tahu le teman nak ngabokan.. tetambah oghang sekoloh tak tinggi macam teman ni.. cakap pun tak sapa siyo nengonye.. :(

    BalasPadam
  13. Salam Pn. Dr..

    betul.. hanya inilah negara kita. Negara yang jadi idaman orang luar tetapi mereka menidakkan hak kita sebagai tuan rumah sehingga sanggup melemparkan najis ke tangan yang menyuap mereka makan! :(

    BalasPadam
  14. mana ada merdeka? lagi dijajah dengan BN agen jew... nak nikah pong kena consent mahkamah!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com