Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 31 Julai 2010

Kuala Lumpur - Kota Kinabalu (Bhg. 1)

 27/07/2010

Aku dan suami keluar rumah seawal jam 4.50 pagi dengan menaiki teksi (teksi jiran yang selalu ditempah oleh suami kalau hendak ke lapangan terbang) menuju ke LCCT.  Penerbangan kami ke Kota Kinabalu dengan pesawat Air Asia dijadualkan berlepas pada jam 6.50 pagi.  Alhamdulillah, penerbangan pergi ini tidak tertunda.

Aku dan suami tidak duduk di barisan yang sama.  Disebabkan dia pergi atas urusan rasmi, selalunya dia akan duduk di HOT SEAT Aku pula diberi tempat duduk di barisan ke 23.  Tapi, di barisan itu hanya aku seorang yang duduk.  Jadi, seperti lazimnya, aku akan duduk di tepi tingkap (macam budak-budak..hehehe)Aku cakap dengan suami, aku tak mahu 'membuang' duit RM25.00 semata-mata untuk duduk di 'kerusi panas' tu (bukan setakat kedekut, tapi aku memang 'berkira' - sampainya sama juga). Bila duduk di tepi tingkap, aku suka memandang keluar dan rasa mengantuk pun hilang.

Nak kata lapar sangat pun, tidak juga.  Tapi bila pramugari pramugara menolak troli makanan, teringinlah pulak nak membeli. Biasalah harga makanan dalam kapalterbang (dari aku ambil hot seat, baik aku ambil hot nasi lemak ...).  Tapi.. harga makanan di LABAN RATA lagi mahal tau...

 Lebihkurang jam 9.20 pagi, kami selamat mendarat di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.  Di sini, kawan suami dari BERNAS, Kota Kinabalu sudah sedia menanti.  Disebabkan anggota ekspedisi yang lain belum sampai (mereka menaiki penerbangan yang agak lewat), kami dibawa ke bangunan yang menempatkan pejabat BERNAS (aku lupa nama bangunannya).  Aku masih kenyang, tapi suami belum makan.  Kami ke tingkat 3 bangunan tersebut untuk mengisi perut (tak baik biarkan suami makan sorang-sorang, kan?).

 
Pemandangan di tingkat bawah

Selepas makan, kami naik ke pejabat BERNAS, di Tingkat 7 sementara menanti ketibaan anggota rombongan yang lain.


***  psssttttt... Dance India Dance Lil Masters dah nak mula - nanti sambung lagi, ya?  :)


 

Jumaat, 30 Julai 2010

Pandangan ke Gunung Kinabalu pada waktu yang berbeza

Sewaktu para peserta ekspedisi sibuk mendaki, aku hanya duduk di 'anjung' memerhati ke arah Gunung Kinabalu.  Ada waktunya, gunung tersebut langsung tidak kelihatan kerana diliputi awan tebal..










Nanti kita cerita, ya?


Baru sampai di rumah jam 4.30 pagi tadi.  Biasalah, naik Air Asia kan.. kenalah tanggung risiko sendiri! Penerbangan lewat lebih 3 jam dari jadual asal.  Pagi ini keluar jam 6.45 untuk ke pejabat.  Along hantar melalui jalan Loke Yew.  Tengoklah pesta  lampu merah tu.  Syukurlah, sampai juga sebelum 7.30 pagi.




Isnin, 26 Julai 2010

Nisfu Syaaban dan Fatwa tentangnya..

Artikel sepenuhnya di SINI

Assalaamu’alaikum w.b.t….. 

Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
 
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

Sebenarnya tiada hadith yang sahih yang memberitahu tentang bacaan yasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban ini dan jika ada pun, ianya adalah hadith berkenaan kelebihan malam nisfu Syaaban yang dhaif dan juga terdapat dalam hadith maudhu’ (palsu). Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis dhaif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.  Tetapi tidak sekali-kali dengan hadith maudhu’. Ingat, hadith maudhu’ maknanya hadith PALSU, dan hadith PALSU hanyalah hadith yang direka-reka oleh golongan tertentu. Dengan kerana itu, adalah penting agar kita berhati-hati dalam memahami martabat sesuatu hadith itu.
Namun , dalam soal bacaan Yasin sebanyak 3 kali dalam nisfu Syaaban tetap tidak ada hadith yang sahih berkenaannya dan amalan tersebut tiada ditunjukkan contoh langsung oleh nabi dan sahabat. Maka mengapa kita sekarang ini mengadakan majlis tersebut di masjid-masjid apabila tibanya malam nisfu Syaaban sahaja?  Mengapa perlu menetapkan malam itu untuk membaca Yasin 3 kali dan berduyun-duyun menuju ke masjid sedangkan malam lain tidak? Itu yang perlu diperhati bersama.

Dan saya tidak berani mengatakan amalan tersebut haram. tetapi kita perlu ingat, amalan ibadah khusus yang bukannya berasal dari nabi sudah dikira bid’ah dan dibimbangi amalan itu akan menjadi penat dan lelah semata-mata kerana tidak berasas atau menambah dosa sahaja. Tetapi menurut fatwa dari Syeikh Abdul Aziz bin Baaz, amalan itu dikira bid’ah dan penjelasannya ada saya sertakan di bawah nanti.

Maka sebaiknya adalah kita lakukan sahaja amalan membaca Yasin atau apa-apa sahaja bacaan AlQuran , tanpa perlu dikhususkan 3 kali dan seumpamanya. Dan yang penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala  sehingga membaca AlQuran dengan tergopoh dan salah tajwid dan mengatakan sepatutnya melakukan bacaan Yasin 3 kali itu.

Pengertian nisfu Syaaban

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb Sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)



Geram....

Sebelum terbit matahari esok pagi, InsyaAllah, nak terbang menyeberangi Laut China Selatan.  Dari subuh tadi sampai dah petang ni cuba untuk Daftar Masuk, tak juga berjaya.  Dah mengadu ke laman facebook dan telah disuruh masuk menggunakan ID.  Dah cuba, masih juga tak berjaya.  Dulu senang je.. sekarang pulak buat hal.  Penambahbaikankah namanya itu???



Sekolah Murid Mengandung?

maksudnya - untuk murid-murid yang masih bersekolah tapi telah berkahwin dan mengandung?  Macam tu?

Baca Harian Metro hari ini atau pun BERITA INI




Ahad, 25 Julai 2010

Waspadalah dengan yang disayangi @ menyayangi

(dah lama sebenarnya aku ingin membicarakan hal ini, tapi.... En. ILHAM kata 'nanti dulu')

Bila kita menyayangi seseorang atau ada seseorang yang sangat menyayangi kita, pastinya kita akan merasa sangat bahagia (walaupun ada ketikanya, kita mungkin rasa terkongkong).  Segala apa yang kita lakukan, apa jua perasaan kita - semuanya ingin kita kongsikan dengan DIA. (DIA itu tak semestinya yang dipanggil KEKASIH).  DIA mungkin sahaja seseorang yang jantinanya sama dengan kita.  DIA juga punya keluarga seperti kita.  Dan DIA sentiasa bersedia menyediakan bahunya untuk kita melepaskan tangisan.  DIA juga sama-sama bergelak ketawa dengan kita.  Pendek kata, suka kita sukalah DIA.  Tangisan kita derita baginya.

Tapi AWAS!  Biarlah segala perasaan yang dikongsikan itu bertunjangkan keikhlasan.  Jangan sampai terjadi, perasaan yang terjalin itu menjadi satu perasaan INGIN MEMILIKI DAN MENGUASAI.  Bila ini terjadi, DIA akan menjadi CEMBURU.  Dia tak ingin sesiapapun rapat dan mendekati kita sehingga mengetahui segalanya tentang kita sepertimana DIA tahu.  DIA akan berusaha untuk memisahkan kita dengan siapa sahaja - hingga mungkin memporakperandakan kehidupan kita.  

Alangkah indahnya sesuatu persahabatan yang terjalin bilamana kita dan DIA sama-sama saling memahami.  Saling mengetahui bahawa di sebalik 'ikatan istimewa' antara kita dan DIA, kita ada dunia kita sendiri yang perlukan 'privacy' .  Jadi, ada sisi lain yang tidak perlu dikongsikan dengan sesiapa juga sekalipun!  Tak perlulah kita menjadi pelakon  - berpura-pura menghayati sesuatu watak demi menjaga hati orang lain sedangkan sebenarnya hati kita telah pun luka berdarah....





Sabtu, 24 Julai 2010

Salam pagi Sabtu..




pagi ni En. ILHAM nak berehat dulu.  Tengoklah kalau tengahari atau petang nanti dia nak bercerita semula. :)





Jumaat, 23 Julai 2010

Halalkah ayam yang kita makan?


Bacalah di :  SINI

Kalau kita suka makan di restoran-restoran besar dan ternama, carilah restoran yang diusahakan oleh orang Islam dan pekerjanya pun orang Islam.




Jangan laknat anak..

Islam larang ibu bapa laknat anak



SERING kita mendengar dalam kehidupan seharian, seorang ibu sering memarahi anak mereka di atas kenakalan atau kesalahan yang dilakukan.

Lantas mereka melaknat dan menyumpah anak mereka itu baik dengan kata kotor ataupun doa yang tidak baik sehingga menjadi kebiasaan.

Ibu tidak pernah merasa bersalah atau berdosa atas perbuatannya itu. Sambil bersungut dan mengumpat, si ibu meninggalkan permata hatinya itu menangis.

Memang tugas sebagai ibu di rumah tangga mempunyai tugas yang sangat berat, ibarat pekerja ibu mempunyai jam kerja yang tidak terbatas berbanding bekerja di pejabat selama enam hingga lapan jam.

Selepas itu dia boleh beristirahat dengan tenang. Sedangkan bagi ibu yang memiliki anak menjaga mereka 24 jam, belum melayani suami, memasak, mengurus rumah, menggosok pakaian dan sebagainya.

Aduh kasihan sungguh kaum ibu. Beruntunglah ibu yang suaminya menyediakan pembantu di rumah untuk meringankan tugasnya.

Bagaimana pula apabila suami tidak mampu? Tentu isteri yang perlu menyelesaikan tugas itu bersendirian dan biasanya apabila ibu keletihan di tambah pula dengan kerenah anak sudah pasti ibu tidak dapat kawal emosi.

Maka keluarlah cercaan, cacian, makian, laknat dan sumpah yang tidak baik kepada anak mereka.

Biasanya seorang ayah yang mendengar kadang hanya berdiam diri saja. Lalu bagaimana sebenarnya Islam memandang hal ini?

Memang apabila seseorang jauh dari penghayatan Islam yang mulia ini akan menyeret mereka dalam dosa dan maksiat bahkan mereka secara tidak sedar menzalimi diri mereka.

Kerana itu wajiblah bagi semua Muslim dan juga Muslimah mempelajari agama agar mereka terhindar dari apa yang diharamkan Allah dan mengerjakan apa yang di perintah-Nya.

Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka, bukan hanya itu kita pun dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah.
 
Seterusnya di Harian Metro
 
Renung-renungkan.... dan selamat beramal  (kata-kata popular Prof. Izzy)
 
 

Terganggu

Waktu kita sedang bersolat di surau atau di mana sahaja, adakah kita akan rasa terganggu andainya ada orang bercakap-cakap di sekitar kita? 

Kalau tanya aku, jawapannya 'ya, aku memang terganggu'.  Mungkin imanku terlalu lemah.  Jadi aku sama sekali tidak dapat kusyuk dalam mendirikan solat bila ada 'pot pet pot pet' di sekitarku.  Sedangkan waktu mendirikan solat bersendirian pun, susah untuk kusyuk apatah lagi bila ditambah dengan bunyi-bunyian yang tak diundang.

Persoalan ini aku utarakan kepada Prof. MKI  dan beliau menjawab begini :

Kakcik,

Salam sejahtera,
Jangan sesekali timbul perasaan marah, geram atau kecewa dengan sikap tersebut. Saya fikir mereka tidak tahu. Ramai yang begitu.

Tegurlah mereka dengan cara yang sangat bersopan.

Jika tidak mampu, berdoalah dengan sesungguh doa. Kita pun akan redha dengan keadaan tersebut dan insyaAllah bunyi bising yang mengganggu tidak mampu diproses oleh telinga kita.

Sedikit demi sedikit – InsyaAllah – ia tidak lagi menjadi gangguan untuk bersolat!


Terima kasih Prof.  InsyaAllah, akan kucuba lakukan yang terbaik agar solatku tidak terganggu dan mereka yang 'di luar sedar' itu akan segera tersedar dari kesilapan mereka.  Tolonglah hormati orang yang sedang bersolat.  Kalaupun rasa perlu sangat hendak bercakap, cakaplah dengan suara yang perlahan atau berbisik.  Tapi, kalau nak 'bergossip', tunggulah sehingga berada di luar surau atau lebih elok hentikan sahaja.







Khamis, 22 Julai 2010

Banyak fikir ya?





Hehehe...






Tempat isteri adalah di sisi suami

macam perempuan seorang ni.. asyiklah nak mengekori ke mana suaminya pergi. 
Tapi, kalau suami tak ajak tidaklah sampai memberontak. :)


Kata orang (iyalah, kambing mana boleh berkata-kata, kan?), tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.  Tapi tengoklah pada keadaan, takkan nak jadi kembar siam yang tak boleh berpisah walau sesaat.

Di sisi tu, di sisilah juga.  Tapi janganlah sampai menjadi BEBAN kepada suami.  BEBAN yang maksudnya, sampai suami tak boleh nak bersuara.  Apa-apa kena tanya isteri dulu. Apa-apa keputusan isteri yang tentukan.  Sampaikan hal ehwal yang melibatkan organisasi atau urusan pejabat pun, kena tanya isteri.  Sedangkan siisteri tak ada kena mengena pun.  Cukup-cukuplah hal yang berkaitan dengan rumahtangga, keluarga dan yang sewaktu dengannya sahaja isteri dibawa berbincang dan diminta pandangan.  Isteri pun, kalau suami dah suka sangat minta pendapat, janganlah berlebih-lebih pulak.  Walaupun mungkin kita ada Phd, bukan bermakna semua bidang kita tahu.  Janganlah hendaknya sampai suami kita dikata DAYUS ataupun IKUT TELUNJUK ISTERI.  Maruah suami kena jaga, ya puan-puan...


(Sesaja nak merapu pepagi hari ini - maklumlah ILHAM baru cair...)



Rabu, 21 Julai 2010

Menutup aurat?




Awak tahu siapa saya?

Satu pertanyaan yang bernada angkuh dan sombong!


Eh... Hello... Assalamu'alaikum...


Selain dari mengetahui bahawa awak adalah manusia seperti saya, saya tidak mengetahui yang lain tentang diri awak. 


Tapi...

awak tahu tak?


setinggi mana pun jawatan yang awak sandang


sebesar mana pun kuasa yang awak ada


sepanjang mana pun gelaran di pangkal nama awak


awak tetap hambaNya sama seperti saya


awak boleh dipanggil kembali kepadaNya pada bila-bila masa.


Pada masa itu


mana pangkat yang awak ada?


mana kuasa yang awak pegang?


mana gelaran yang awak sandang?


Orang kata - masa kita kembali,


selain amalan, do'a dan sedekah jariah -


hanya kain kapan yang mengiringi kita


tapi - sama ada awak mahu pun saya,


apakah kita pasti


yang kita akan diiringi oleh kain kapan itu?


jangan-jangan mayat kita pun tidak ditemui


tiada talkin yang dibaca


tiada keranda yang ditutupi bendera


dan selepas beberapa lama


tiada siapa pun yang ingat kepada kita


maka - pesanan untuk awak dan saya juga...


'tak perlulah mendabik dada hingga alpa dan leka,


kerana ke sana juga akhirnya kita'



Hujan....

Hujan (lirik lagu nyanyian Allahyarham Sudirman)


 Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...





Sewaktu aku menaip catatan ini, hujan turun dengan lebatnya.  Tambah pula waktu sekarang yang masih terlalu awal.  Terfikir, alangkah enaknya kalau aku terus menarik selimut dan memeluk bantal.  Tapi, aku ada tugasan yang perlu dilangsaikan (sambil mengetuk papan kekunci ini, apa yang ada di atas dapur perlu dijenguk agar tak hangus atau kekeringan).   Maka.. biarlah hujan turun mengikut aturan yang telah ditetapkanNya.  Semoga turunnya bersama rahmat yang tak terfikirkan. Amin.




 

Selasa, 20 Julai 2010

Biarpun ringkas, aku masak juga!

Yang penting, suami dan anak-anak berselera dan kenyang.  Memang kuakui aku bukannya pandai memasak, tapi aku tukang bancuh air, tau. :)

ayam goreng, ikan kembung masak taucu, sambal belacan dan kubis masak lemak putih

dari sudut berbeza

aku masak sebaik balik dari pejabat. :)



Siapa nak ikut?


Kakcik nak panjat Gunung Kinabalu ke??  Ish... biar betul.  Belakang tu dah betul-betul baik ke?

Tak adalah....

Kakcik duduk diam-diam di kaki gunung tu sahaja.  Suami bersama rombongannya yang naik nanti. Kakcik jadi 'budak baik' tunggu kat bawah. :)


Masih beku