Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 Mei 2010

Langit subuh sebelum siang


di bawah langit ini
ramai yang berjalan sendiri sendiri
berjalan tanpa peduli
demi mencari rezeki
demi sesuap nasi

di bawah langit ini
mungkin juga ada seorang bayi
yang menangis tanpa bunyi
kedinginan menunggu mati

di bawah langit ini
dosa pahala bersilih ganti
sekejap bergerak sebentar berhenti
dalam sedar dan alpa sekeping hati


17 ulasan:

  1. Salam Kanda AL..

    bila nak mula berpuisi? :)

    BalasPadam
  2. Di Bawah langit ini
    Menyaksikan manusia dengan ragamnya
    Zahir memiliki hati
    Namun ketandusan imannya...
    Membuat ia mati
    dan tersesat dalam diri sendiri.....

    **sayu bila terbaca cerita ibu dalam pantang ditendangnya si suami!!aduhai..:(

    BalasPadam
  3. Tinie Sayang..

    agaknya sudah terlalu 'surut' rasa kasihsayang dan kemanusiaan.. anak dibunuh, isteri di dera, amah disiksa.. semuanya menjadi hidangan harian yang bukan sahaja tidak enak malah terlalu memualkan...

    BalasPadam
  4. masa ambik gambar tu, kakcik pegi cari breakfast ye... :D

    BalasPadam
  5. Sempst lagi snap gambar masa dalam kereta tu... heheheheh...

    BalasPadam
  6. Fa... mike memang pandai dan tajam penglihatan.. :)

    BalasPadam
  7. Vic.. biasalah.. sementara tunggu Abg Mus pergi beli makanan.. :)

    BalasPadam
  8. Langit tidak selalu cerah.

    di lelangit zue juga ada 'mata ikan'...huhuhu.

    BalasPadam
  9. Zue.. mesti perit nak mengunyah makanan, kan? :)

    BalasPadam
  10. Kalu nak berduet puisi, nanti ajak yerrrr...

    BalasPadam
  11. Zeq.. arkitek yang tiada tandingan.. terasa kerdilnya diri kita....

    BalasPadam
  12. Azie.. boleh saja.. tapi, rasanya Azie yang kena ajak kakcik.. sbb kakcik tak tahu tempatnya. :)

    BalasPadam
  13. Salam..
    Di bawah langit ini
    malaikat maut setia menanti
    manusia alpa terus diekori
    merentap nyawa tanpa dikasihani..

    BalasPadam
  14. Salam Niza..

    di bawah langit ini
    manusia asyik memburu duniawi
    tanpa sedar 'sidia' memerhati
    menunggu masa membawa 'pergi'...

    BalasPadam
  15. Salam kakcikseroja,

    Sangat sinis, indah dan penuh makna puisi yang anda karyakan

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com