Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 15 Mei 2010

Kemalangan

Terjadi pagi tadi dalam perjalanan ke One Utama kerana suami perlu menghadirkan diri ke pertandingan bowling.  Tiba-tiba sahaja terasa hentaman yang kuat di sebelah kiri dan inilah hasilnya...


dan ini pula kecederaan kereta yang melanggar...


Pucat sepucat-pucatnya muka wanita ini....



Cadangnya nak selesai di luar saja tanpa perlu membuat sebarang laporan polis. Suami menganggarkan RM2,000.00 diperlukan untuk membaiki kerosakan kereta kami. Tapi, wanita itu dengan yakin mengatakan, dia pernah membaiki kerosakan yang sama dengan kos hanya RM300.00. Setelah bertukar-tukar nombor telefon dan berbincang, kami meneruskan perjalanan. 

Hanya sebentar di One Utama..




Kemudian kami ke bengkel membaiki kereta..

Dan juga ke Pusat Servis Toyota..


Di kedua-dua tempat, kami diberitahu anggaran kos untuk membaiki kerosakan tersebut dalam lingkungan RM2k.  Kami dinasihatkan membuat laporan polis supaya boleh membuat tuntutan insuran.  Akhirnya kami ke Jalan Tun HS Lee.  Baru hendak menaip laporan, wanita tersebut menelefon agar niat kami tidak diteruskan dan dia sanggup membayar sejumlah RM2k tersebut.  Bagaimanapun, setelah berfikir dan berbincang, laporan diteruskan...




Aduh.. banyak hal jadi tergendala... :(


30 ulasan:

  1. Salam Abu Muaz.. iyalah.. kalau bukan kita yang tak berhati-hati, orang lain pulak buat yang kesilapan..

    BalasPadam
  2. Salam.
    Saya dh tak ke servis toyota sbb kadangkala harga servisnya lebih mahal drp bengkel kereta biasa..
    Apapun yg penting semua yg terlibat selamat...

    BalasPadam
  3. Salam Niza..

    Alhamdulillah.. tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa walaupun kereta yang melanggar itu berpusing dan melintang atas jalanraya. Mulanya pergi ke bengkel biasa, bila buat perbandingan, harganya lebihkurang sama. Tapi kalau untuk servis biasa, suami akan ke bengkel yang dia bisa pergi (bukan Pusat Servis Toyota). :)

    BalasPadam
  4. Tumpang simpati. Sabar yer Kak CIK dan Abg MUS. Syukur tiada kecederaan teruk.

    *Hmmm sempat lagi tuh snap dari dalam keta. Kak Cik.. Kak Cik.. hehehe buat kenangan tu.

    BalasPadam
  5. Azie.. hehehe.. sekarang ni jalan ke mana-mana, jarang tinggal kamera.. blogger la katakannnn... :)

    Alhamdulillah, hanya kereta yang cedera.. pintu dah tak begitu rapat.. :(

    BalasPadam
  6. Diharap kakcik banyak banyak bersabar,sebab mungkin 2 - 3 minggu rutin kakcik akan berubah sikit gara - gara kereta kat bengkel.

    Hah tu nampak kakcik tengah cantik je ...ngambil gambar.

    BalasPadam
  7. Salam Kak Wan..

    tak tahulah berapa hari kereta tu kena tahan kat wad! Mungkin kena gunakan khidmat Along (bukan Ah Long). :)

    BalasPadam
  8. Salam! Kokcik,
    Anggaran kerosakan Rm300 tu cukup utk ketuk2 dan tampal, tapi utk cat 2K, mana mahu rega tu je, mesti cecah Rm 2000 utk cat semua! Eloklah buat report kokcik, sekarang ni byk sangat org kelentong, makcik2 yg lebih tua dari kita pun kemain handei mutorligatnya...

    BalasPadam
  9. adoidoidoidoiiii....betul kakcik, kalau dah nak kena, kita berhati2 pun, org lain pulak yang buat hal. Dah tertulisss...sabor ye, kakcik. Mujor la sipemandu dan isterinya yang sentiasa membawa kamera tu, tak apa2..hehe

    BalasPadam
  10. Salam my lovely sis..:)
    Alhamdulillah..hanya kete jekk yg rosak skit..akak & suami tk dek pe2..maybe terkejut jek kut!!aduhaii..
    Pe2 sabar jeklah ekk..

    BalasPadam
  11. Kalau sampai 2K kena bayar memang tak berbaloi langsung perempuan tu nak tanggung sendiri - nak bayar cash. Cuma terfikir satu sebab je kenapa pmpn ni tanak claim insuran, sebaliknya sanggup pula bayar RM2K. 1- Mungkin kereta tu bukan kereta dia. 2- Roadtax kereta dia dah mati kot. Kalau kerana nak selamatkan NCB, mmg x logik.

    BalasPadam
  12. alahai..

    ketok bodi sahaja dekat RM500.00

    macammana dia anggar RM300.00

    BalasPadam
  13. Salam Yop..

    dah buat report pun. Pintu tu kena tukar sama sekali. Dah terpeleot!

    BalasPadam
  14. Salam Fa... dan mujurnya si pemandu Innova tu boleh senyum dan tenang je. Kakcik kata, agaknya kalau lelaki yang melanggar, mahu bertumbuk kot! hehehe..

    BalasPadam
  15. Salam Tinie dear..

    memang kakcik terkejut sangat tadi.. sampai kena sedut 'inhaler'. Tercungap-cungap sekejap. Nasib baik tak perlu masuk wad! :)

    BalasPadam
  16. Vic..

    kemungkinan dia ada buat kesalahan sewaktu memandu seperti bercakap di telefon sampai tak sedar terlanggar kereta orang. Itu yang takut nak buat report kot. Lagipun, katanya dia hanya guna insuran 'third party'. Wallahu'aklam.

    BalasPadam
  17. Zeq.. tak tahulah.. dia ingat kereta lembu agaknya! :)

    BalasPadam
  18. Salam Kak Cik,

    Betul2 tu kadang kita dok berhati2 org pulak langgar kita. Tapi yg penting kak cik dan suami selamat tanpa sebarang kecederaan.

    BalasPadam
  19. Salam Kakcik.. itu satu dugaan. tapi baguslah buat report tu, utk kebaikan juga. mahal tu kalo nak buat sendiri.hmm..

    btw terima kasih kerna sudi hadir juga ke pertndingn bowling tu.

    BalasPadam
  20. dugaan yg mengandungi hikmah di sebalik nye..tapi sedih kan bila tengok keta kita kena langgar..kemek sana sini...huhuhu

    BalasPadam
  21. Salam,
    Alhamdulillah KakCik berTIGA selamat. Kalau takde yang 'keTIGA' tu, tergendala juga urusan berblogging, kan KakCik kan? :-)

    BalasPadam
  22. Salam Aidah..

    syukur... kami selamat. Tapi menggigil masa mula-mula tu, jangan cakaplah! :)

    BalasPadam
  23. Salam Cyana..

    ingatkan semalam dapatlah bergambar sakan dengan team bowling tu walaupun kakcik tak bermain.. :)

    BalasPadam
  24. Salam @cu.. memang sedih sangat tengok keadaan kereta tu.. walaupun masih boleh digunakan seperti biasa sementara menunggu 'dia' masuk wad esok.. tapi memang 'menyakitkan'!

    BalasPadam
  25. Salam CS.. Alhamdulillah. Apakah yang dimaksudkan yang keTIGA itu?? Kamera kenit kakcik tu, ya?? Tak sia-sia suami belikan kakcik 'sidia' tu. :)

    Hehehe.. macamlah kalau tak ada kamera atau gambar tak boleh tulis cerita sahaja kat blog, kan? :)

    BalasPadam
  26. kakcik,
    gambar Skondeng dalam skodeng yang mahalnya..mirror dalam sidemirror

    BalasPadam
  27. Zeq.. kalau tak, orang tak tahu kakcik yang ambil gambar tu.. :)

    BalasPadam
  28. Inilah yg kita terpaksa terima andai 'berkereta'...

    Dugaan yg menguji kesabaran... nasib baik suami akak tak apa2...

    BalasPadam
  29. Salam Nida.. Alhamdulillah, kami tak apa2. Tapi, sedih la tengok keadaan kereta tu. Mahu sekurang2nya seminggu duduk kat 'wad' untuk baikpulih.. :(

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com