Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 22 Mei 2010

Dalam diam

dalam diam dan sepi
aku sebenarnya memerhati

dalam bisu tanpa suara
hatiku berkata-kata

dalam senyap dan kelabu
ada gemuruh di dadaku

dalam dingin dan beku
ada lahar yang menggelegak di kalbu

dan ..........

dalam apa pun keadaan
aku tak ingin tertekan!


arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!

18 ulasan:

  1. mengapa tak lari tekanan mendatang
    atau binalah tembok penghadang
    atau lari ke rumah tok sidang
    atau tunggu sahaja dengan senapang !

    BalasPadam
  2. Kanda AL..

    hendakku lari tak tahu ke mana
    tembok kubina tumbang merata
    rumah tok sidang lain bendera
    senapang kupegang muncungnya ke dada...

    huhuhuhu....

    BalasPadam
  3. as-salam pagi..Kak cik dah minum kerr..

    itu keluhan ker geram
    ayat power jugak yerr

    BalasPadam
  4. Sabarrrr.... tarik nafas... lepasss hehehehe

    BalasPadam
  5. Salam my dear sis..:):):)
    hehehe..wanna to know..??Bila tgk tjk n3 kakCiks tetiba jekk hati duk nyanyi..
    "dalam diam ..diam..dgn tiba..tiba..aku terpikat.."..lagu dulu2..anggapkan lagu tinie utk hiburkan hati sis..hehehe..

    Ok ok...KakcikS tenang2kan diri dulu ek..
    Sabarrr..

    BalasPadam
  6. Hidup al-lavendari dan kakciks! Best pantun kalian

    BalasPadam
  7. saya memang selalu stress kebelakangan ni !


    hehe.. waktu keje jer..

    BalasPadam
  8. Zeq.. salam petang.. kakcik dah makan dan minum macam2.. :)

    BalasPadam
  9. Azie.. dah lepas banyak2 sampai rasanya habis semua angin di badan.. :)

    BalasPadam
  10. Tinie Sayang.. tak ada apa2 sebenarnya.. saja melayan perasaan sorang2.. :)

    BalasPadam
  11. Aida.. itu pantun alang kepalang namanya! :)

    BalasPadam
  12. Azrina.. kalau stress waktu kerja, kena cari ruang untuk bercuti dan merehatkan diri. :)

    BalasPadam
  13. salam kakcik saya tumpang bace je..hebatlah kakcik ni..

    BalasPadam
  14. itu x bagus utk kesihatan kak.. bwk bertenang, tarik nafas dlm2 n jgn pikir nyk2 okay

    BalasPadam
  15. jangan stres kakcik,
    tekanan tak baik untuk kesihatan,
    tambah di usia kita skarang ni

    BalasPadam
  16. Datin El..tiada yang hebat tentang kakcik ni.. :)

    BalasPadam
  17. Maiyah.. kakcik ok je.. saja sesekali melepaskan apa yang terbuku di hati. :)

    BalasPadam
  18. Ibuintan.. sebagai manusia, kita tak boleh mengelak dari rasa tertekan di satu2 situasi, cuma tidaklah sampai memudaratkan diri. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com